Resipi Sate Ayam Viral Yang Dikongsi Oleh Peniaga Sate Sendiri. Mudah & Nampak Sedap!

Share

Sate adalah antara makanan yang menjadi kegemaran ramai dan resipinya ada pelbagai versi. Bagi anda yang nak cuba buat sate yang sedap dan mudah, resipi perkongsian saudari Zahiza Asfar nib oleh dicuba. Menurut beliau, ini adalah resipi sate ayam viral yang beliau hasilkan setiap hari untuk jualan. Pasti sedap! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

SATE AYAM VIRAL

BAHAN-BAHAN:

  • 2 kg isi ayam – dipotong
  • 1/2 kg gula
  • 4 biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • 4 batang serai
  • 5 inci halia / lengkuas
  • 2 sudu makan serbuk jintan manis
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Basuh isi ayam hingga bersih. Toskan.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, serai, halia dan lengkuas hingga halus.
  3. Masukkan isi ayam ke dalam bekas. Tambahkan gula, bahan kisar, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
  4. Perap seketika isi ayam dan kemudian cucuk menggunakan lidi. Saiznya ikut selera.
  5. Bakar sate hingga masak dan nikmati bersama kuah kacang dan nasi impit.

Kredit resipi & foto: Zahiza Asfar

Published by
Nur