Resipi Sate Celup Steamboat Yang Dijamin Bersih & Halal.

Share

Sate celup atau juga dikenali sebagai Lok-Lok adalah street food yang terkenal di kalangan masyarakat cina. Namun kini semua orang tidak kira bangsa mula meminati hidangan ini. Biasanya ia dijual di tepi-tepi jalan dan terdiri dari aneka makanan laut, daging, kepingan kek ikan, bebola dan juga juga sayur-sayuran. Sempena cuti hujung minggu, anda bolehlah hasilkan untuk keluarga. Pasti seronok. Jom Lihat bahan-bahan yang diperlukan.

SATE CELUP @ LOK-LOK

BAHAN CELUP:

  • 4 keping kek ikan | dihiris memanjang
  • Kangkung secukupnya
  • Tomato ceri
  • Bebola daging
  • Aneka bebola ikan
  • Isi ketam

BAHAN SOS HITAM:

  • 11 tangkai cili kering( digoreng dengan minyak sehingga garing)
  • 1 ruas kelingking belacan bakar
  • 1 sudu teh petis @ otak udang
  • 1 keping gula melaka kelantan @ nise
  • 2 sudu besar minyak bijan (untuk bau harum dan kilatkan kuah)
  • 1 sudu teh cuka makan
  • Kicap pekat untuk warna hitam
  • Tepung jagung untuk memekatkan
  • Garam & gula secukup rasa

BAHAN SOS MERAH:

  • 3 ulas bawang putih- ketuk
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng garing dengan sedikit minyak
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar sos masam manis
  • 4- 5 sudu besar gula
  • 3 cawan air
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan sos hitam, kisar cili kering bersama air dan belacan. Tapiskan cili kisar ke dalam periuk supaya kuah halus dan tiada biji cili.
  2. Panaskan cili kisar tadi. Masukkan gula melaka, petis udang, minyak bijan, cuka makan serta kicap pekat.
  3. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung.Masak hingga pekat.
  4. Akhir sekali imbangkan perasa garam dan gula. Biar ada rasa masin, manis dan juga pedas.
  5. Untuk sos merah pula, kisar semua bahan-bahan diatas kecuali bawang putih dan cili kisar. Kisar hingga kacang halus.
  6. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumiskan bawang putih yang diketuk. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar. Kacau dalam 3 minit.
  7. Setelah itu masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar. Masak hingga kuah agak pekat dan sentiasa kacau.
  8. Bila sudah mencapai kepekatan yang anda mahukan sesuaikan rasa. Siap.
  9. Celur bahan celup di dalam air panas, toskan dan nikmati bersama sos hitam dan merah.

Info chef: Supaya kuah tahan lama, masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk. Ia tahan lebih kurang seminggu.

Nak bawa keluarga makan dekat luar? Boleh juga cuba Lok-Lok dekat sini:

 

Published by
Nur