Siapa suka makan sate? Selain sate daging dan ayam, sate ikan atau locking ni pun layan juga. Dari secucuk ke secucuk lagi, pendek kata ketagih jugalah makan. Kalau ada yang rindu nak nikmatinya jomlah buat sendiri ikut resipi yang dikongsi oleh Muliadi Ramli. Tak lengkap makan sate ni tanpa kuahnya. Kuah sate lokcing mesti pedas,manis dan masam.
Sate Ikan atau Lokcing 2 kg Ikan selayang ( dibersih, dibuang kulit dan tulang dan dikisar halus isinya) 500gram tepung ubi 100 gram tepung sagu ½ sudu besar soda bikarbonat 1 1/2 sudu besar garam 1 sudu besar ajinomoto Minyak masak
Cara membuat:
1.Campur semua bahan tu dengan isi ikan. Gaul rata. Adunannya agak lembik berbanding dengan adunan keropok. Biar dulu dalam setengah jam. 2.Kemudian buat pakai tangan dengan sudu bentuk la bebola kecil.Letak dalam bekas yang diletak minyak masak supaya ia tak melekat( boleh tengok gmbar).
Ads
3.Panaskan minyak bolehlah goreng.
Ads
4.Bila nak makan boleh bakar. Kalau bakar pakai dapur arang lagi sedap. Kalau nak pakai dapur gas pun boleh, cuma kurang aromanya. Saya buat banyak, simpan untuk frozen sekali.
Kuah atau pencicah: 4 labu bawang putih jeruk 10 tangkai cili kering 10 biji cili padi( nak pedas letak lebih) 4 helai akar ketumbar * campur 2 cawan air.Semua bahan di atas dikisar halus 1 keping Nisang 1 senduk cuka Garam & gula secukup rasa 1-2 titik pewarna merah Serbuk perasa 1 sudu besar tepung ubi Daun ketumbar
Cara membuat: 1.Masukkan semua bahan kisar. Masak hingga mendidih. 2.Kemudian masukkan nisang,cuka,garam,gula dan pewarna. Masukkan tepung ubi untuk memekatkan kuah. 3.Kacau dengan api sederhana. 4.Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan tutup api.
Teringin makan murtabak mi segera? Hari ni jom kita buat sendiri kat rumah, senang sesangat rupanya. Orang-orang bujang mesti suka ni, bahan asasnya hanya mi segera, telur. Isi ayam dan sayur hanya sebagai tambahan je.. Kalaua nak tahu macam mana masak ini DIY yang Rasa kongsikan dengan korang semua.
MURTABAK MI SEGERA
BAHAN-BAHAN:
1 paket mi segera kari | celur dan toskan
2-3 biji telur | ikut suka
1 biji bawang besar | potong dadu
Sedikit kubis | hiris halus
Sedikit lobak merah | hiris halus
Sedikit isi ayam | rebus dan carik-carik
2 bijicili padi | hiris halus
Sedikit garam | jika kurang masin
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Masukkan mi segera di dalam mangkuk bersama hirisan sayur-sayuran dan cili.
LANGKAH 2: Masukkan pula hirisan bawang besar dan dan ayam isi yang telah direbus.
LANGKAH 3: Pecahkan telur dalam mangkuk lain kemudian campurkan dengan serbuk kari mi segera dan kacau sebati.
LANGAKAH 4: Tuangkan di dalam mangkuk campuran mi segera dan sayur-sayuran. Kacau rata.
LANGKAH 5: Kacau sebati supaya telur sekata.
LANGKAH 6: Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian masukkan campuran mi segera. Goreng hingga masak.
Ibadah korban akan dilakukan oleh umat Islam yang berkemampuan setiap kali Aidiladha tiba. Jadi, tak hairanlah jika terdapat banyak bekalan daging korban yang disedekahkan oleh saudara mara dan sahabat handai di rumah. Apakah hidangan yang hendak dimasak agaknya ye? Mungkin ada resipi yang kami kongsi ini boleh anda cuba..
1. SINGGANG DAGING
BAHAN-BAHAN:
1/2kg daging | rebus hingga empuk
2 inci kunyit hidup | hiris nipis
2 inci lengkuas | hiris nipis
1 batang serai | titik
10 tangkai cili padi
1 biji bawang besar | belah enam
400ml air
1 biji tomato | belah empat
2 sudu makan budu
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan kunyit, lengkuas, serai, cili padi, bawang besar.
Kemudian masukkan daging yang telah direbus. Biar ia mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Akhir sekali masukkan tomato. Biar seketika dan tutup api.
Masukkan budu untuk memberikan aroma yang lebih enak.
Sedia dinikmati bersama nasi putih.
Info chef: Jika masukkan budu, berhati-hati sebelum masukkan garam kerana budu sudah masin.
2. DAGING KAMBING BAKAR KUNYIT BERSAMA AIR ASAM DAN KUAH KICAP
BAHAN-BAHAN:
400gm daging kambing | potong nipis bersama tulang
Sedikit garam dan kunyit
AIR ASAM:
150gm air asam jawa
5 biji cili padi
10gm bawang merah
1 biji cili merah besar
5gm air perahan limau nipis
1 biji bawang besar | mayang
1 biji tomato | potong dadu
Garam dan serbuk perasa secukupnya
SAMBAL KICAP:
20 tangkai cili padi
50gm gula pasir
50ml kicap manis
5gm belacan
10gm bawang merah
CARA MEMASAK:
Perap daging kambing dengan garam dan kunyit sekitar 10 minit. Panggang daging sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat air asam; kisar kesemua bahan tersebut kecuali yang dimayang dan dipotong dadu.
Tuang bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan tomato dan bawang yang dimayang. Gaul sebati. Ketepikan.
Untuk membuat kuah kicap; Kisar kesemua bahan tadi dan masukkan ke dalam mangkuk.
Sedia dihidangkan.
Info chef: Jangan panggang kambing terlalu masak, kerana tekstur dan rasa daging kambing akan berubah dan mudah keras bila sejuk.
3. SOTO DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 kapit nasi impit segera | rebus hingga lembut, sejukkan dan ketepikan
BAHAN UNTUK KUAH:
500ml air
400gm daging | rebus empuk, carik-carik
BAHAN UNTUK SUP:
50gm rempah sup
1 biji bawang merah
1 inci halia
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
Air rebusan daging secukupnya
30ml minyak masak untuk menumis
Garam dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN SAYUR:
30gm tauge
40gm kacang goreng
Limau kasturi
Sedikit daun bawang
BAHAN UNTUK SAMBAL KICAP:
50gm cili padi
40ml kicap manis
30gm gula pasir
20ml air
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan untuk sup kecuali minyak dan air rebusan.
Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga terbit wangi.
Masukkan air rebusan, diikuti dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Gaul sebati.
Biarkan ia mendidih, tutup api.
Untuk menyediakan sambal kicap; kisar kesemua bahan hingga sebati.
Untuk menyediakan soto; masukkan nasi impit ke dalam mangkuk. Tuang sup dan letakkan daging yang telah dicarik-carik, tauge, hirisan daun bawang, limau kasturi dan kacang goreng di atasnya.
Sedia dinikmati bersama sambal kicap.
Info chef: Perahan limau kasturi tambah kesedapan soto.
4. PERUT SAMBAL BERCILI
BAHAN-BAHAN:
400gm perut | rebus ¾ empuk, hiris kasar
BAHAN KISAR:
50gm cili besar merah
10 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1keping asam gelugur
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan kisar kecuali asam gelugur.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga terbit wangi dan pecah minyak. Masukkan asam gelugur.
Masukkan perut yang telah direbus terlebih dahulu. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Gaul sekata.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih panas.
5. DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
350gm daging | rebus dan potong nipis
6 tangkai cili kering | goreng garing
2 biji bawang merah
15gm jintan manis
15gm jintan putih
30ml kicap manis
20gm gula pasir
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisarkan cili kering, bawang merah, jintan manis, jintan putih bersama gula pasir dan kicap manis.
Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumis bahan kisar hingga terbit wangi dan memekat.
Masukkan daging yang telah direbus terlebih dahulu, dan perasakan dengan garam secukup rasa. Gaul sekata.
Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh letak cili padi sebiji-sebiji di dalam hidangan jika mahu lebih pedas.
6. GULAI KAWAH TETEL DAN TULANG
BAHAN-BAHAN:
250gm daging tetel | rebus ¾ empuk
300gm tulang | rebus empuk
Garam secukupnya
BAHAN UNTUK KARI:
50gm rempah kari
15gm kerisik
2 biji bawang merah
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
10gm halba
300ml santan pekat
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan kisar dan masukkan ke dalam periuk. Kacau sekata dan masukkan daging dan tulang tadi.
Masak sehingga ia mendidih, perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan seketika.
Tutup api, angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Boleh tambah ubi kentang jika suka.
7. GULAI CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
250gm daging |rebus ¾ empuk
300gm tulang | rebus empuk
100gm perut | rebus empuk
200gm hati | rebus empuk
BAHAN UNTUK KUAH:
50gm rempah kari
15gm kerisik
2 biji bawang merah
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
10gm halba
300ml santan pekat
Sedikit air
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan untuk kuah kecuali minyak masak, santan dan garam.
Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga terbit wangi. Masukkan santan. Gaul sebati.
Masukkan daging, tulang, perut dan hati. Gaul sekata. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Gaul dan masak hingga mendidih. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Gulai harus sentiasa dikacau untuk menggelakkan santan berketul.
8. PEPES DAGING
BAHAN-BAHAN:
400gm daging | rebus ¾ masak
Daun pisang secukupnya
BAHAN KISAR:
2 inci lengkuas
1 inci halia
2 batang serai
5 biji cili besar merah
1 inci kunyit hidup
Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar kesemua bahan dan gaul bersama daging yang telah direbus tadi.
Kemudian balut dengan daun pisang.
Bakar selama 8-10 minit.
Sedia dinikmati.
Info chef: Daun pisang tambah aroma wangi pada masakan.
9. SUP TULANG RUSUK
BAHAN-BAHAN:
400gm tulang rusuk lembu | bersihkan dan rebus ¾ empuk
400ml air rebusan tulang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
50gm rempah sup
2 inci halia | hiris tebal
1 batang serai | titik
1 keping asam gelugur
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Didihkan air rebusan tulang tadi dan masukkan kesemua bahan di atas kecuali tulang, garam dan serbuk perasa.
Biarkan kuah mereneh dan mendidih seketika dan masukkan tulang.
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau sekata.
Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh hias dan perah sedikit limau nipis yang menambahkan kesedapan sup.
10. BIHUN SUP BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
100gm bihun | celur ke dalam air panas hingga lembut, sejukkan
Bebola daging secukupnya
Air rebusan daging secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
50gm rempah sup
1 biji bawang merah
1 inci halia
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
Minyak masak secukupnya
BAHAN SAYUR:
30gm tauge
Sedikit daun sup
Sedikit limau nipis
CARA MEMASAK:
Untuk membuat sup; Kisar kesemua bahan kisar. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit bau.
Masukkan air rebusan daging, bebola daging bersama garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau sekata.
Biarkan mendidih, tutup api.
Untuk menghidang; masukkan sedikit bihun ke dalam ke dalam mangkuk. Tuangkan sup, atur bebola daging di atasnya.
Letakkan sedikit tauge, hirisan daun sup dan limau nipis di atas.
Sedia dinikmati bersama sambal kicap.
Info chef: Bebola daging boleh dibuat sendiri atau dibeli siap.
Bila sebut pasal Sambal Goreng berapi, pasti ramai yang terbayang keenakan lauk yang sangat mudah dimasak ini. Sangat ringkas bahan-bahannya namun rasanya sangat sedap dan boleh buat makan bertambah banyak kali. Cukup sekadar nasi panas, telur goreng dan juga ulam. Memang berselera. Sesuai sangatlah dicuba oleh anda yang punya masa yang terhad dan juga bagi penggemar lauk pedas. Saudari Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
1.Sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan. Jumlahnya bergantung pada sebanyak mana yang anda mahukan.
2.Goreng bawang besar, bawang putih, cili padi dan ikan bilis secara berasingan.
3.Setelah semuanya siap digoreng, satukan dan kisar hingga hancur.
4.Goreng kembali bahan yang dikisar tadi dalam kuali. Masukkan asam keping dan serbuk perasa. Masak terpulang pada selera sama ada nak sambal yang kering atau basah.
5.Angkat dan sedia untuk dinikmati. Enak dimakan bersama nasi panas dan telur mata goreng kuning cair.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.