Resipi Sate Ikan Homemade, Buat Banyak Boleh Disejukbeku

Share

Siapa suka makan sate? Selain sate daging dan ayam, sate ikan atau locking ni pun layan juga. Dari secucuk ke secucuk lagi, pendek kata ketagih jugalah makan. Kalau ada yang rindu nak nikmatinya jomlah buat sendiri ikut resipi yang dikongsi oleh Muliadi Ramli. Tak lengkap makan sate ni tanpa kuahnya. Kuah sate lokcing mesti pedas,manis dan masam.


Sate Ikan atau Lokcing
2 kg Ikan selayang ( dibersih, dibuang kulit dan tulang dan dikisar halus isinya)


500gram tepung ubi
100 gram tepung sagu
½ sudu besar soda bikarbonat
1 1/2 sudu besar garam
1 sudu besar ajinomoto
Minyak masak

Cara membuat:

1.Campur semua bahan tu dengan isi ikan. Gaul rata. Adunannya agak lembik berbanding dengan adunan keropok. Biar dulu dalam setengah jam.

2.Kemudian buat pakai tangan dengan sudu bentuk la bebola kecil.Letak dalam bekas yang diletak minyak masak supaya ia tak melekat( boleh tengok gmbar).

3.Panaskan minyak bolehlah goreng.

4.Bila nak makan boleh bakar. Kalau bakar pakai dapur arang lagi sedap. Kalau nak pakai dapur gas pun boleh, cuma kurang aromanya. Saya buat banyak, simpan untuk frozen sekali.

Kuah atau pencicah:
4 labu bawang putih jeruk


10 tangkai cili kering
10 biji cili padi( nak pedas letak lebih)
4 helai akar ketumbar
* campur 2 cawan air.Semua bahan di atas dikisar halus
1 keping Nisang
1 senduk cuka
Garam & gula secukup rasa
1-2 titik pewarna merah
Serbuk perasa
1 sudu besar tepung ubi
Daun ketumbar

Cara membuat:
1.Masukkan semua bahan kisar. Masak hingga mendidih.
2.Kemudian masukkan nisang,cuka,garam,gula dan pewarna. Masukkan tepung ubi untuk memekatkan kuah.
3.Kacau dengan api sederhana.
4.Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan tutup api.


Kredit: Muliadi Ramli

Published by
Putri Adila Saari