Resipi Sausage Bread Roll Paling Mudah Nak Buat Di Rumah

Share

Siapa yang baru nak berjinak buat roti di rumah, boleh cuba resipi Sausage Bread Roll ni, sangat mudah cara pembuatan dan penyediaannya. Resipi ni pasti disukai anak-anak di rumah. Resipi lengkap Sausage Bread Roll ni telah dikongsikan oleh Khairunnisa Mohammad di Facebook mendapat komen yang positif terutamanya dari surirumah yang buntu tak tahu nak buat menu apa untuk anak di rumah. Jom cuba resipi mudah Sausage Bread Roll ni.

 

Pening betul kepala ni kalau nampak barang dekat dapur tak tersusun rapi, nasib baik haritu ada beli Muzy 3-Layer Anti-dust Dish Storage Box ni kemaslah sikit dapur kita tu kan bila ada tetamu nak datang tengok dapur kita pun takdelah malu sangat. Dapatkan dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!

 

SAUSAGE BREAD ROLL

BAHAN-BAHAN:

1 bungkus sosej

1 sudu besar marjerin – BELI DISINI

2 1/2 cawan tepung gandum* – BELI DISINI

1/2 cawan air suam*

1 biji telur*

1 sudu besar yis* – BELI DISINI

2 sudu besar gula* – BELI DISNI

1 sudu kecil baking powder* – BELI DISINI

BAHAN SAPUAN:

1 biji telur

Sedikit susu segar

 

CARA PENYEDIAAN:

Bahan-bahan yang bertanda (*) ni semua campur di dalam 1 bekas dan uli.  

Kemudian masukkan 1 sudu besar marjerin. Uli sampai doh licin dan elastik.  

Lepas uli, perap selama 1 jam.  

Lepas perap, bahagikan doh kepada 10 bahagian.  

Canai nipis, memanjang. Kelar garisan memanjang dengan pisau.  

Letak sosej, kemudian gulung.  

Perap lagi dalam 20 minit.  

Bakar pada suhu 160° selama 15 minit atau hingga masak.  

Sebelum bakar, sapu dulu dengan campuran 1 biji telur dan sedikit susu segar.  

Boleh dimakan dengan sos cili dan mayonis. 

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Khairunnisa Mohammad

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:

Published by
Nadzirah Rashid