Resipi Sayur Meranti Masak Lemak Keledek antara menu masakan kampung yang sangat digemari ramai. Walaupun sayur meranti agak sukar didapati terutama di bandar namun sajian ini menjadi menu pembuka selera yang membuatkan kita makan bertambah-tambah. Ada pula sambal belacan dan ikan kering, aduhhh memang tak pandang orang dah bila makan. Jomlah kita cuba resipi Sayur Meranti Masak Lemak Keledek yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim
RESIPI SAYUR MERANTI MASAK LEMAK KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
Secekak sayur meranti 1 biji ubi keledek (siap dipotong) Udang secukupnya Ikan bilis/udang kering – beli online Bawang besar (dihiris) Bawang putih (dihiris) – beli online Cili merah (dihiris) – beli online Garam secukup rasa – beli online Santan kelapa
CARA MEMBUAT:
1. Celurkan sayur meranti kemudian ketepikan.
Ads
2. Campurkan keledek dan semua bahan lain kecuali sayur meranti ke dalam periuk. Renihkan.
3. Apabila kuah mula mendidih, masukkan sayur meranti. Kacau biar sebati.
Ads
4. Apabila sudah hampir masak, barulah masukkan udang. Biarkan seketika cukup untuk bagi udang masak (dalam 3/4 minit). Perasakan dengan garam secukupnya. Siap. Bolehlah hidangkan.
Kalau mak masuk dapur masakan simple pun nampak sedap, macam ada magic air tangan mak ni. Kamu kalau nak makan lauk ni boleh cuba resipi langkah demi langkah cencaru sumbat mak. Mesti menjadi!
Suka makan Char Kuey Teow? Kenapa mesti berbaris panjang menunggu hanya nak makan sepinggan kue teow. Lepas ini buat sendiri senang sangat nak buat, boleh letak udang banyak-banyak, ikut selera. Resipi, jangan risau, admin kongsi…
CHAR KUAY TEOW BUJANG
BAHAN-BAHAN:
250gm kuay teow-cuci dan tos
4-6 ekor udang-bersih dan tos
1 ekor sotong-hiris bulat, bersih dan tos
Sedikit hirisan isi ayam
1 biji telur
Sedikit hirisan daun kucai
Sedikit tauge
2 ulas bawang putih-titik
2 ulas bawang merah-cincang
1 sudu besar pes cili
3 tangkai cili padi-titik
½ sudu besar sos tiram
½ sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap pekat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Langkah 1: Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan merah kemudian masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak.
Langkah 2: Masukkan hirisan ayam, sotong dan udang. Kacau lagi hingga layu.
Langkah 3: Masukkan sedikit air, sos cili, tiram, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Langkah 4: Seketika kemudian masukkan kuey teow. Setelah kuah pekat, masukkan telur.
Langkah 5: Masukkan kicap pekat.
Langkah 6: Akhir sekali masukkan tauge dan daun kucai. Gaul rata dan tutup api. Kuey teow sedia dihidangkan.
Terdapat pelbagai jenis dessert yang boleh anda semua cuba, terkini dessert yang disediakan dan bekas atau gelas kecil menjadi tarikkan kerana ia lebih mudah dihias dan kelihatan cqntik bila dihidangan di atas meja. Rasa macam tak sabar nak jamah.
PUDING STRAWBERRY BAHAN-BAHAN: 500 ml susu cair
1sachet agar-agar serbuk warna pink.
4sudu makan yogurt
30gm coklat masak putih 5-6 sudu makan gula pasir Pes strawberry secukupnya.
CARA MEMBUAT:
Campurkan agar-agar serbuk dengan susu cair dalam periuk, kacau rata.
Campurkan pula gula dan yogurt, kacau lagi hingga sebati.
Renehkan atas dapur setelah mendidih masukkan coklat putih.
Setelah coklat cair dan mereneh. Tutup api.
Tuangkan dalam acuan kecil, bila hilang wap, sejukkan dalam peti air.
Bila sedia dihidangkan, hias di atasnya dengan pes strawberry, hirisan strawberry.
PUDING TEMBIKAI SUSU KARAMEL BAHAN-BAHAN: 1 paket agar-agar serbuk perasa Pudding Tembikai Susu 500 ml air BAHAN KARAMEL 150gm gula 100 ml air BAHAN HIASAN: Buah Strawberry Buah tembilai susu Buah sunkis Daun Pudina
CARA MEMBUAT:
Campurkan serbuk agar-agara dengan 500ml air, kacau rata dan didihkan atau dapur.
Sejukkan hingga hilang wap, tuangkan dalam gelas yang telah disediakan (tuang hanya separuh gelas sahaja).
Kemudian sediakan caramel. Masukkan gula dalam satu sudu makan air.
Goyangkan periuk biarkan air membasahi gula sepenuhnya.
Panaskan atas dapur hingga gula menjadi coklat caramel.
Tuangkan baki air ke dalamnya. Setelah mendidih dan pekat, tutup api. Dan sejukkan.
Potong buah-buahan untuk hiasan.
Keluarkan puding dari peti ais, kemudian tuangkan 2 sudu makan caramel ke atas puding.
Akhir sekali hiaskan dengan potongan buah-buahan tadi serta daun pudina.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!