Jangan tenung lama-lama scone ni. Dapat yang ada cranberi di dalamnya pun best juga. Korang yang suka sangat scone tu dah tak perlu beli lagi. Harga pun boleh tahan mahal.
Jadi boleh saja buat sendiri ikut cita rasa anda. Nak mudah ikut saja resipi ini.Nak yang plain saja pun boleh, atau letak kismis atau cranberi pun lagi tambah sedap.
Scone ni boleh buat banyak-banyak, bakar siap-siap kemudian boleh simpan dalam chiller atau freezer. Bila nak makan hanya panaskan semula guna oven,suhu 160C selama 5 minit. Selamat mencuba.
1.Satukan bahan-bahan kering. Gaul sebati dengan tangan sampai jadi ala-ala breadcrumbs.
Ads
2.Masukkan susu and vanilla. Mix sampai jadi macam doh biskut.
3.Canaikan doh, ketebalan boleh agak-agak. Tekap bentuk bulat. 1 adunan ni boleh dapat dalam 14 keping.
4.Sapukan permukaan doh dengan kuning telur dan sedikit susu full cream.Nak sapu kuning telur saja pun boleh, terpulang.
Ads
5.Panaskan oven pada suhu 180-190 degC,bergantung oven masing-masing. Sis punya 180 C. Pastikan oven dah panas 10 min awal sebelum masukkan scone. Bakar scone selama 10-15 minit atau sampai keperangan.
6.Boleh dinikmati dengan whipped cream and strawberry jem.
Sedapnya KekPisang Coklat Kluster Kayangan ni. Versi premium sangat. Menurut saudari Ekin Majid resipi ini dikongsi dari saudara Rushdi Lazim dan ia sangat mudah disediakan. Guna bahan-bahan yang ada di rumah je. Nak cuba buat kek ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT KEK PISANG COKLAT KLUSTER KAYANGAN
BAHAN-BAHAN:
4 biji pisang
120gm gula perang
115gm mentega
120gm buttermilk ( ½ cawan susu segar + ½ sudu makan cuka. Satukan & biarkan)
Esen vanilla
BAHAN KERING:
160gm tepung gandum
25gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
80gm belgian callebout chox (jika tiada, guna choc chip sahaja. Jik guna coklat callebout, rasa lebih sedap)
30gm walnut (jika ada. Empunya resipi tak guna sebab tiada)
Sedikit belgium choc & walnut untuk topping ( empunay resipi guna chip chocolate sahaja)
CARA MEMASAK: 1. Cairkan mentega dan ketepikan. 2. Lenyek pisang menggunakan spatula. Kemudian masukkan gula. Gaul hingga larut. 3. Seterusnya masukkan mentega. Gaul rata diikuti dengan buttermilk. Gaul sekali lagi. 4. Masukkan bahan-bahan kering. Adun sebati. Pastikan tepung tidak berketul.
5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dioles dengan marjerin atau mentega.
6. Tabur topping yang telah disalut dengan sedikit tepung gandum. Tujuannya supaya topping timbul dan tidak tenggelam ke dalam kek semasa dibakar.
7. Bakar pada suhu 150C-160C selama 40-45 minit. ( masa membakar mungkin berbeza ikut saiz dan jenis ketuhar masing-masing. Cucuk kek guna lidi untuk uji kek sudah masak atau belum.
INFO: 1. Loyag guna yang bersaiz 6 inci. 2. Bahan topping perlu disalut dengan tepung gandum terlebih dahulu sebelum ditabur supaya tidak tenggelam dalam adunan.
Tengah berkira-kira nak cari perkakas rumah & peralatan dapur baru? RASA kongsikan seleksi ‘HOME APPLIANCES’ yang boleh anda miliki dengan harga lebih rendah. Jom shopping!
NANTI DAH ADA GAJET DAPUR BARU, BOLEH MASAK MENU NI:
Teringin nak makan kek keju dengan oreo, boleh cuba ramuan dari biskut oreo perisa red velvet ini. Rasa krim keju lemak berkrim ni tak muak sebab ada jus lemon. Untuk kelainan rasa boleh guna biskut perisa red velvet. Memang terbaiklah.
Jom semak resipi perkongsian dari Sue Unnieni, kalau ikut ramuan dan langkah membuat dengan betul, InsyaAllah jadi. Cubalah ye.
RED VELVET OREO CHEESECAKE
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan base/ lapisan dasar:
1 pek besar biskut Oreo perisa Red Velvet (krim dan biskut diasingkan)
3 sudu besar mentega (dicairkan)
Bahan-bahan krim keju:
500 gm dengan krim keju
200 ml krim putar
Krim putih Oreo
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar gula kastor
1 sudu besar serbuk gelatin
2 sudu besar air
1/2 pek biskut Oreo kecil (dipatahkan)
.
CARA MEMASAK :
1. Asingkan biskut Oreo perisa Red Velvet dengan krim putihnya.
2. Hancurkan biskut Oreo sehingga menjadi serbuk.
3. Gaulkan dengan mentega yang sudah dicairkan sehingga sebati.
4. Ratakan campuran biskut di atas loyang saiz 6″ dan tekan sehingga mampat.
5. Biarkan bes Oreo sejuk di dalam peti beku selama 15 minit.
6. Putarkan krim keju dan gula sehingga sebati atau sehingga gula sudah tidak menjadi berketul.
7. Menggunakan teknik double-boiler, cairkan krim putih Oreo yang diasingkan.
kemudian gabungkan gelatin dengan air suam.
8. Campurkan krim putih Oreo cair, gelatin, jus lemon dan putarkan sehingga adunan menjadi gebu dan sebati.
9. Letakkan biskut Oreo yang dipatahkan ke dalam adunan dan kacau sedikit.
10. Masukkan adunan krim keju ke atas base Oreo yang telah dibekukan. Hiaskan kek mengikut kreativiti anda.
11. Masukkan ke dalam peti ais dan bekukan semalaman atau sehingga sudah tidak cair lagi.
Kredit : FB Sue Unnie
MASIH MENCARI OVEN UNTUK MEMBAKAR KEK, BELI ONLINE AJE, JOM LAYARINYA DI SINI.
Biskut kelapa ini adalah antara kuih raya atau biskut legend. Bila lihat dan makan, terimbau zaman kanak-kanak. Yang pasti, biskut ini tetap ada peminatnya.
Masih dalam bulan Syawal tapi biskut raya dah habis. Mungkin boleh buat biskut ini untuk dijadikan hidangan tetamu yang masih berkunjung ke rumah. Atau boleh dijadikan buah tangan bila pergi beraya di rumah rakan atau saudara-mara.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Sarimah Kadiron ini ye. Selamat mencuba!
Mentega dan gula dikacau sebati. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau hingga rata. Masukkan kesemua tepung an telah diayak sedikit-sedikit bersama kelapa. Uli sebati.
Setelah itu terap dengan bentuk acuan kesukaan masing-masing. Susun di atas tray pembakar.
Bakar dengan suhu 160C. Tapi kena ikut oven masing-masing ye. Siap!
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.