Bila tengok resipinya Nasi AyamHoney Lemon ni, terasa kesedapannya. Persis sajian yang kita tempah di restoran. Bagi anda yang nak cuba masak menu istimewa ni buat keluarga, Cikgu Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MASAK NASI AYAM HONEY LEMON
BAHAN SUP AYAM RINGKAS:
2-3 ketul ayam bahagian bertulang, kaki & leher (jika suka)
2 hiris halia
1 sup bunjut
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK SUP:
1. Penuhkan air dalam satu periuk kecil.
2. Masukkan halia, sup bunjut dan ayam.
3. Tambahkan kiub pati ayam. Masak hingga sup mendidih.
4. Perasakan denga garam secukup rasa. Siap dan ketepikan sup.
BAHAN NASI AYAM:
2-3 cawan beras – basuh & toskan
3 sudu makan marjerin
Sedikit lemak ayam
1 batang serai – dicarik
2 hiris halia
Sedikit kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 helai daun pandan – simpul
Sedikit pewarna kuning
Secubit garam
Sedikit kuah sup
Air secukupnya
CARA MEMASAK NASI AYAM:
1. Masukkan marjerin, lemak ayam, serai, halia, bunga lawang, kulit kayu manis dan daun pandan ke dalam kuali.
2. Bila marjerin dan lemak ayam mula cair serta bahan tumis jadi wangi, masukkan beras yang telah ditos. Kacau hingga beras sekata.
Ads
3. Pindahkan beras ke dalam periuk nasi. Tambah setitis dua pewarna kuning dan secubit garam.
3. Masukkan sedikit kuah sup dan air ke dalam periuk. Jumlahnya biar sesuai dengan beras yang diguna. Kacau dan masak nasi seperti biasa.
BAHAN SOS LEMON MADU:
2 senduk kuah sup
1 senduk sunquick
2 sudu makan madu
2 hiris lemon
Sedikit bancuhan tepung jagung
CARA MEMASAK SOS LEMON MADU:
1. Masukkan sup, sunquick, madu dan hirisan lemon ke dalam periuk. Kacau rata.
2. Tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung. Seimbangkan rasa dan padam api.
Ads
BAHAN AYAM CRISPY:
3 keping dada ayam – dibelah
Tepung ayam goreng bestari perisa asli
Sedikit air
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK AYAM CRISPY:
1. Bersihkan ayam dan perap bersama 2 sudu makan tepung bestari bersama sedikit air. Biarkan selama 1 jam.
2. Ambil mangkuk dan masukkan 1 senduk kecil tepung bestari, 1 sudu makan tepung gandum dan 1 sudu makan tepung beras. Gaul.
Resipi tradisional Nasi Kapit Sambal Kelapa asli dari Terengganu ni telah dikongsikan oleh Muliadi Ramli di Facebook memang lain dari yang lain. Cara penyediaannya sangat mudah dan ringkas. Boleh cuba sendiri di rumah resipi lengkap yang akan saya kongsikan di bawah.
NASI KAPIT SAMBAL KELAPA
BAHAN-BAHAN:
Bahan A
4 ekor ikan selayang
Asam keping
Garam
Gula
Gula melaka atau nisan
Bahan B
1 biji kelapa parut
Bahan C
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
1 inci halia
4 batang serai
2 sudu besar lada hitam
Bahan D
Nasi himpit
Cara-caranya
Bersihkan ikan selayang dan rebus dengan asam keping dengan sedikit garam.
Ambil isinya dan ditumbuk dengan gula melaka atau nisang, garam dan gula.
Kemudian, sangai kelapa parut hingga agak garing dan sedikit perang.
Masukkan bahan C (kisar dulu sehingga halus), masak sehingga hampir kering.
Tambah bahan A tadi, gaul rata dan biarkan sampai hampir kering.
Akhir sekali, masukkan bahan B. Gaul lagi. Kalau suka sambal kelapa yang agak lembap tadi payah masak sampai kering.
Siap dan boleh dihidang dengan nasi impit yang telah dimasak mengikut arahan pada paket.
Nasi ayam semestinya menjadi kegemaran ramai. Namun agak renyah sebab kena tumis dan sebagainya. Nak lebih mudah? Ha..Ini ada resipi pes nasi ayam perkongsian saudara Paan Selamat yang anda boleh buat. Dengan pes ni, anda tak perlu lagi menumis bahan-bahan. Hanya perlu masukkan pes dan masak nasi seperti biasa. Sangat mudah & sedap! Rugi kalau tak cuba.
PES NASI AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 biji bawang merah
Halia ( anggaran panjang sejengkal)
15 ulas bawang putih
7 batang serai
5 sudu makan garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.
2. Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.
3. Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.
4. Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.
5. Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.
6. Simpan didalam peti sejuk dan boleh diguna pada bila-bila masa.
CARA MASAK NASI AYAM GUNA PES
1. Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan 2 sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan 1 sudu makan marjerin.
2. Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat 2 inchi.
3. Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.
4. Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.
Nota:Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika digunakan untuk memasak masakan lain.
NASI berlauknya cukup ringkas. Nasi putih dicampur gulai ayam bersama ayam goreng kecil dan dilengkapkan dengan sambal. Dibungkus pula dengan sehelai kertas makanan. Itulah identiti nasi berlauk yang sebelum ini dipopularkan oleh Kak Wook atau nama sebenarnya Allahyarham Mek Wook Hassan.
Biarpun serba ringkas, nasi Kak Wook yang pada mulanya bertapak di Kelantan pada 1984 mula mendapat tempat di luar negeri Cik Siti Wan Kembang.
Populariti Kak Wook ditambah dengan keenakan gulainya dan harga murah menjadi faktor makanan itu turut digemari bukan sahaja daripada kalangan penduduk Kelantan. Di atas faktor itu juga, muncul restoran-restoran yang menjual makanan seakan nasi Kak Wook di luar Kelantan sehingga membuatkan nasi berlauk itu menjadi fenomena. Ikuti kupasan Sinar Harian mengenai nasi yang menjadi sebutan orang ramai ini.
Tiada siapa tahu kisah mencabar di sebalik kesedapan nasi Kak Wook, yang diperkenalkan pada 1984 oleh Allahyarham Mek Wook Hassan.
Ia sebenarnya bukanlah satu perkara mudah untuk mula-mula menambat hati pelanggan, namun ikhtiar atas keikhlasan, akhirnya ia terkenal hingga kini.
Mendekati anak ketiganya, Maheran Ibrahim, 48, yang kini mempunyai anak yang membuka tiga lokasi menjual nasi Kak Wook original, untuk menjadi pandai dia sering dimarah arwah ibunya. Arwah Kak Wook seorang penyabar dan menjaga kesedapan rasa lauk yang dimasak olehnya atau anak-anak, malah kalau ada kekurangan rasa itu, dia segera minta ubah.
Memendam rasa terkilan sebagai pewaris perniagaan nasi Kak Wook, Maheran mengakui kini pelanggan nasi Kak Wook keliru untuk mengenali nasi hasil usaha ibunya dengan nasi Kak Wook klon, namun dia tidak menolak, semua rezeki datang daripada ALLAH SWT.
Tiga Lokasi Nasi Kak Wook Asli
Siti Nur Hidayah (kiri), Maheran (tengah) dan Mastura menjadi pelapis perniagaan nasi Kak Wook asli.
Meninggalkan sejarah tempat asal nasi Kak Wook di Kampung Lundang, Maheran berkata, sejak kecil, dialah anak yang selalu di sisi arwah menyiapkan nasi dan kuih setiap hari, selain arwah bapanya, Ibrahim Mamat.
“Dahulu saya rasa ‘derita’ sangat kerana agak terkebelakang dari segi pembelajaran, jadi arwah Mek selalu suruh membantunya di dapur, disuruhnya saya membuat gulai, menyiang ikan untuk buat nasi kerabu dan kuah laksam, juga menyediakan bahan untuk kuih. Nak menangis pun ada masa tu… tetapi saya sabar.
“Kini, apabila arwah tiada, barulah saya faham mengapa saya terpilih ‘sekaki’ memasak dan menjual nasi dengannya, malah memandangkan anak saya ramai, dari kecil mereka membantu arwah nenek menyediakan nasi Kak Wook,” katanya.
Mempunyai tiga anak menjual nasi Kak Wook asli menggunakan gambar arwah Kak Wook pada kain rentang di kedai, Siti Nur Hidayah Zulkifli, 28, menggantikan tempat lama di lokasi Jalan Telipot, manakala Rabiatul Adawiyah, 23, membuka kedainya di Pasir Tumboh dan satu lagi bersebelahan Bank Islam di Kubang Kerian dikendalikan Siti Nor Salwani, 23.
Berikut kami kongsikan resepi nasi berlauk ala kak Wok yang berasal dari Kelantan untuk anda cuba sendiri di rumah.
RESIPI NASI KAK WOOK
Gulai Ayam
Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam
1 kotak santan 200ml (jenama Kara)
2 kiub pati ayam Knorr
Air perahan asam jawa
Air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan tumisan
1 labu bawang besar, dihiris nipis
1 inci halia, diracik halus
4 pelepah daun kari
3 bunga lawang
1 kayu manis
5 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
*Bahan dijadikan pes rempah (dibancuh dengan sedikit air)
4 sudu besar serbuk kari ayam
4 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk rempah briyani
Cara Memasak:
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan tumisan sehingga berbau harum. Setelah naik bau wangi, masukkan pes rempah. Goreng sehingga garing dan terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul sebati.
Setelah ayam agak masak, masukkan santan. Boleh ditambah secawan air untuk kuah. (Jika suka kuah sedikit cair, boleh lebihkan air)
Tambah perahan air asam jawa dan kiub pati ayam Knorr.
Rasa gulai dan tambah garam atau gula mengikut citarasa.
Biarkan mendidih dengan api sederhana sehingga pecah minyak. Tutup api.
Ayam goreng kunyit
Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam, dipotong kecil-kecil
1 sudu kecil garam
1 sudu serbuk pati ayam Knorr
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan kacang panjang, dipoton2 satu inci
1 labu bawang besar, dihiris
Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak:
Gaul ayam dengan garam, serbuk pati ayam dan serbuk kunyit. Perapkan selama 15 minit. Goreng ayam sehingga kuning keemasan. Setelah ayam garing, angkat ayam, tos minyak dan ketepikan.
Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau.
Masukkan kacang panjang dan goreng seketika sehingga masak (tetapi masih mengekalkan kerangupan).
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Siap dan bolehlah dihidangkan.
Sambal Kelantan @ Air Lada
Cili hidup
Cili api
Cuka masakan
Garam dan gula secukup rasa
Kisar semua bahan menggunakan blender (boleh juga ditumbuk menggunakan lesung batu)
Hidangkan dengan nasi putih panas-panas. Memang power!
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!