Bila tengok resipinya Nasi Ayam Honey Lemon ni, terasa kesedapannya. Persis sajian yang kita tempah di restoran. Bagi anda yang nak cuba masak menu istimewa ni buat keluarga, Cikgu Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!

CARA MASAK NASI AYAM HONEY LEMON

Resipi Sedap & Mudah, Nasi Ayam Honey Lemon Ala Restoran.

BAHAN SUP AYAM RINGKAS:

  • 2-3 ketul ayam bahagian bertulang, kaki & leher (jika suka)
  • 2 hiris halia
  • 1 sup bunjut
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK SUP:

1. Penuhkan air dalam satu periuk kecil.

2. Masukkan halia, sup bunjut dan ayam.

3. Tambahkan kiub pati ayam. Masak hingga sup mendidih.

Resipi Sedap & Mudah, Nasi Ayam Honey Lemon Ala Restoran.

4. Perasakan denga garam secukup rasa. Siap dan ketepikan sup.

BAHAN NASI AYAM:

  • 2-3 cawan beras – basuh & toskan
  • 3 sudu makan marjerin
  • Sedikit lemak ayam
  • 1 batang serai – dicarik
  • 2 hiris halia
  • Sedikit kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 helai daun pandan – simpul
  • Sedikit pewarna kuning
  • Secubit garam
  • Sedikit kuah sup
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK NASI AYAM:

1. Masukkan marjerin, lemak ayam, serai, halia, bunga lawang, kulit kayu manis dan daun pandan ke dalam kuali.

Resipi Sedap & Mudah, Nasi Ayam Honey Lemon Ala Restoran.

2. Bila marjerin dan lemak ayam mula cair serta bahan tumis jadi wangi, masukkan beras yang telah ditos. Kacau hingga beras sekata.

Resipi Sedap & Mudah, Nasi Ayam Honey Lemon Ala Restoran.

IKLAN

3. Pindahkan beras ke dalam periuk nasi. Tambah setitis dua pewarna kuning dan secubit garam.

Resipi Sedap & Mudah, Nasi Ayam Honey Lemon Ala Restoran.

3. Masukkan sedikit kuah sup dan air ke dalam periuk. Jumlahnya biar sesuai dengan beras yang diguna. Kacau dan masak nasi seperti biasa.

BAHAN SOS LEMON MADU:

  • 2 senduk kuah sup
  • 1 senduk sunquick
  • 2 sudu makan madu
  • 2 hiris lemon
  • Sedikit bancuhan tepung jagung

CARA MEMASAK SOS LEMON MADU:

1. Masukkan sup, sunquick, madu dan hirisan lemon ke dalam periuk. Kacau rata.

Resipi Sedap & Mudah, Nasi Ayam Honey Lemon Ala Restoran.

2. Tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung. Seimbangkan rasa dan padam api.

Resipi Sedap & Mudah, Nasi Ayam Honey Lemon Ala Restoran.

Resipi Sedap & Mudah, Nasi Ayam Honey Lemon Ala Restoran.

IKLAN

BAHAN AYAM CRISPY:

  • 3 keping dada ayam – dibelah
  • Tepung ayam goreng bestari perisa asli
  • Sedikit air
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung beras
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK AYAM CRISPY:

1. Bersihkan ayam dan perap bersama 2 sudu makan tepung bestari bersama sedikit air. Biarkan selama 1 jam.

Resipi Sedap & Mudah, Nasi Ayam Honey Lemon Ala Restoran.

2. Ambil mangkuk dan masukkan 1 senduk kecil tepung bestari, 1 sudu makan tepung gandum dan 1 sudu makan tepung beras. Gaul.

3. Ambil ayam perap tadi, salut dengan campuran tepung. Tekap biar mampat.

Resipi Sedap & Mudah, Nasi Ayam Honey Lemon Ala Restoran.

4. Panaskan minyak masak dan goreng ayam hingga masak serta jadi garing keemasan.

Resipi Sedap & Mudah, Nasi Ayam Honey Lemon Ala Restoran.

BAHAN SOS AIR LADA:

IKLAN

Resipi Sedap & Mudah, Nasi Ayam Honey Lemon Ala Restoran.

  • 3 biji cili merah
  • 1/2 biji tomato
  • 1 hiris halia
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit sup
  • 1 senduk sos air lada dalam botol (jika ada)
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Kisar cili merah, tomato, halia dan bawang putih dengan sedikit sup hingga lumat.

2. Masak bahan kisar dengan api perlahan seketika.

3. Tambah sos air lada jika ada. Jika tiada, abaikan.

4. Seimbangkan rasa ikut cita rasa.

5. Hidangkan nasi ayam bersama ayam crispy, sup, sos air lada dan sos lemon.

Resipi Sedap & Mudah, Nasi Ayam Honey Lemon Ala Restoran.

 

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

JANGAN LUPA CUBA JUGA RESIPI DI BAWAH NI:

 

Nasi Ayam Penyet Sambal Sedap. Menu Musim PKP Mudah Masak.

Tak Perlu Perap & Goreng.Ni Resipi Nasi Ayam Thai Paling Mudah

Resipi Nasi Ayam Paling Senang & Sedap Sukatan 1 Ekor Ayam.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI