Sebut sahaja menu asam laksa, terbayang dalam kepala kuah yang rasa cukup pekat dan masam dengan asam keping tetapi diimbangi dengan rasa manis, pedas.
Kalau anda teringin nak makan asam laksa penang, bolehlah cuba resipi yang dikongsi saudara Muhamad Muktamin Abdul Karim ini.
CARA BUAT ASAM LAKSA PENANG
BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA:
10 ekor ikan sardin | rebus, asingkan isi (separuh untuk dikisar, ketepikan yang selebihnya)
1.5 liter air (untuk merebus ikan)
1 tin kecil ikan sardin/mackarel (ambil isinya sahaja)
TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung
TONTON Dapur Rasa Live: Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung
CARA BUAT:
1. Rebus ikan dengan 1.5 liter air bersama 1 atau 2 asam keping.
2. Tumis semua bahan kisar sehingga timbul minyak *kecuali isi ikan.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Masukkan air rebusan ikan, belacan, daun kesum, serai, asam keping dan air asam jawa. Biarkan masak dalam 40 minit ke 1 jam atau sehingga agak pekat.
4. Masukkan isi ikan, ikan sardin dan pes otak udang. Gaul sebati kesemua bahan, masak sekejap sehingga ke tahap kepekatan yang dikehendaki.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN LAIN & SAYURAN:
1 paket laksa
Telur rebus
Daun salad @ daun selom
Timun
Daun pudina
Cili merah & cili padi
Nenas
Limau kasturi
Pes otak udang
Kredit resipi: Muhamad Muktamin Abdul Karim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: