Resipi Seminggu Untuk Korang Yang Tak Ada Idea. Mudah Buat, Gerenti Licin Sepinggan

Share

Asyik ulang menu yang sama memang jemulah jawabnya. Untuk elak rasa jemu pelbagaikan lauk pauk yang di makan ada ayam, daging, udang dan sebagainya. Sambal belacan dan ulam-ulaman jangan pula dilupa.

Boleh tiru resipi yang dikongsi oleh Yna Sarina ini. Bukan hanya sedap memang gerenti berebut semua.

Ikan bakar

Bahan-bahan untuk Pes ikan bakar:
20 tangkai cili kering ( ikut tahap kepedasan masing-masing) (dikisar)
2 biji bawang besar ( dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
2 inci halia (dikisar)
5 batang serai (dikisar)
2 inci belacan bakar
Gula (secukup rasa)
2 sudu besar air asam jawa
Garam (secukup rasa)

Cara memasak:
1.Panaskan minyak. Masukkan bahan yang telah dikisar.

2.Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan belacan, air asam jawa, gula dan juga garam. Biarkan sehingga garing.

3.Layurkan daun pisang.

4.Kelar ikan. Letak diatas daun pisang, kemudian sapu pes yang telah siap dimasak tadi.

5.Letak atas kuali pemanggang , tutup kuali dan bakar. Balikkan setelah sebelah bahagian ikan masak.

6.Angkat dan hidangkan dengan limau kasturi .

Kerabu tembikai

Bahan – bahan
Isi tembikai
2 inci belacan
Sedikit garam
5 tangkai cili padi (dipotong)
1 biji bawang besar (dihiris)

Cara membuat:
1.Kaut isi tembikai, masukkan garam, belacan dan juga bawang.

2.Gaul sebati dan sedia dihidang.

Sambal petai bersama ikan bilis

Bahan-bahan:
10 papan petai yang telah dihiris.
Segenggam ikan bilis (digoreng terlebih dahulu)
20 tangkai lada kering (ikut kepedasan masing-masing) (dikisar)
2 biji bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)
2 sudu air asam jawa

Cara memasak:
1.Panaskan kuali. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi.

2.Biarkan sedikit kering.

3.Masukkan garam, gula dan juga air asam jawa.

4.Gaul sebati.

5.Masukkan petai  akhir sekali masukkan ikan bilis.

*Enak dimakan bersama nasi panas dan juga kicap manis.

Butter chicken

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong 16 dan digoreng terlebih dahulu)
5 sudu mentega
1 1/2 tin susu cair
10 ulas bawang putih (dihiris)
2 biji bawang besar (dihiris)
10 tangkai cili api (dipotong)
3 tangkai daun kari
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)

Cara memasak:
1.Masukkan majerin, bawang merah, bawang putih, lada kecik dan juga daun kari.

2.Kacau seketika. Kemudian masukkan ayam Yang telah digoreng terlebih dahulu tasi. Gaul sehingga sebati.

3.Masukkan susu cair.

4.Perasakan dengan sedikit garam dan gula.

Ayam masak kicap ala Yna

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong 16 dan digoreng terlebih dahulu)
5 helai daun limau purut
2 biji tomato


2 biji bawang besar (dipotong bulat)
10 tangkai lada kecil (dipotong serong)
3 sudu sos tiram
Kicap manis (bergantung kepada anda untuk kuah banyak atau sedikit)
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara memasak:
1.Panaskan kuali, masukkan Ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan sos tiram dan juga kicap. Gaulkan.

2.Kemudian masukkan daun limau purut, tomato, lada kecil dan juga bawang.

3.Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.

4.Sedia dihidangkan

Kurma daging

Bahan-bahan:
1 kilo daging (direbus terlebih dahulu dan dihiris)


2 biji bawang merah (dikisar)
20 tangkai cili api (dikisar)
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
4 biji kentang yang telah dipotong empat
Rempah kurma
1 kotak santan atau sebiji kelapa

Cara memasak:
1.Panaskan periuk, kemudian masuk bahan yang telah dikisar. Biarkan seketika.

2.Kemudian, masukkan rempah kurma dan daging. Gaulkan.

3.Masukkan serbuk kunyit dan juga belacan. Kemudian masukkan santan.

4.Jangan lupa masukkan garam dan juga sedikit gula.

5.Masukkan kentang. Untuk tambahan, anda boleh masukkan lada besar hijau yang telah dibelah dua dan juga bawang Holland yang telah dibelah empat.

Sedia dihidangkan

Ayam sambal hijau

Bahan-bahan:

1 ekor ayam yang telah dipotong 16 dan digoreng.
25 tangkai lada hijau (ikut kepedasan masing-.masing. saya gemar pedas) (dikisar)
Sedikit kunyit serbuk
2 biji bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang kecil

Cara memasak:
1.Panaskan minyak. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi.

2.Kacau sehingga kering. Masukkan serbuk kunyit, garam dan juga gula. Kemudian kacau.

3.Masukkan ayam dan gaul sehingga rata.

4.Untuk tambahan, Boleh taburkan dengan hirisan daun limau purut, bawang Holland dan juga hirisan tomato.

Siap!

Kredit: Yna Sarina

INGIN MENUKAR BLENDER BARU, LIHAT DI SINI.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!

Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade?  Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk. 

Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg

Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)

 

Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI  

 

Published by
Putri