Semperit Chocolate Rice antara biskut raya yang sesuai sangat dibuat untuk yang baru-baru nak cuba hasilkan sendiri kuih raya.
Adunannya mudah dan gerenti jadi. Tapi bagi memastikan ia sedap kena tambah satu bahan yang dikongsi oleh Anita Ahmad yang juga peniaga biskut ini selama 10 tahun.
250gm mentega (Buttercup atau apa-apa jenis butter)
80gm gula aising
350gm tepung naik sendiri atau tepung biskut
Bahan tambahan lain untuk jadi penyedap biskut
50 gm serbuk kacang badam
1. Pastikan mentega tidak keras dan berada dalam suhu bilik.
2. Kacau mentega bersama gula aising hingga sebati, hanya guna spatula atau senduk kayu. Kacau-kacau manja.
3. Masukkan serbuk kacang badam dan kacau.
4. Masukkan tepung, kacau lagi hingga dapat adunan doh yang lembut anggaran 350gm atau lebih ikut acuan mudah dan lembut.
5. Kemudian terap atau bentuk mengikut citarasa. Hias dengan chocolate rice.
Nota: Sekiranya ingin membuat biskut semperit coklat tambahkan 30gm serbuk koko sebelum masukkan tepung.
6. Bakar dalam oven suhu 160c selama 30-35 minit.
Sumber: Anita Ahmad