Resipi semula jadi kurangkan sakit lutut dengan menggunakan tiga bahan ini perlu dicuba bagi yang mengalami sakit lutut.
Kadangkala masalah sakit lutut sangat menganggu aktiviti seharian. Nak bergerak susah, nak beribadah pun susah. So, eloklah cuba minum minuman yang menggunakan tiga bahan yang ada di dapur rumah kita. Mudah sangat tapi khasiat bukan main-main ye.
Jom ikuti resipi yang dikongsikan oleh puan Lela Yusof ini. Selamat mencuba!
2 biji Epal hijau (potong dadu)
4-5 batang serai diketuk (Kalau besar guna tiga batan cukup) – boleh beli online di sini
1 batang Kayu Manis Ceylon patah-patahkan (kalau yang gemuk, guna 1/2) – boleh beli online di sini
5 gelas air
Masukkan air dalam periuk. Tambah hirisan epal hijau, serai ketuk dan kulit kayu manis.
Rebus semua bahan sampai jadi anggaran dalam empat gelas air. Biarkan Suam, Barulah boleh diminum.
Seeloknya minum dua kali sehari, tiap-tiap hari selama dua hingga tiga minggu untuk mendapatkan kesannya.
Epal itu boleh dikunyah. Atau boleh juga kisar halus kalau rajin. Tapi tanpa kayu manis dan serai lah ye.
Epal, serai dan Kayu Manis memang anti inflammation. Tiga bahan ni power dan terbukti berkesan untuk sakit sendi. Sebab tu ramai yang berkesan bila minum air ni.
Kulit epal tak perlu dikupas. Cuci bersih dan rebus skali dengan kulit. Kulit epal ada 5 kali ganda antioksidan. Rugi le kalau buang!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official