
Ibu-ibu yang sedang berpantang, boleh cuba hidangan Serunding Halia Bersama Bawang Putih. Jika mahu lebih sedap, boleh ditambah ikan bilis yang digoreng garing. Halia dan bawang putih amat bagus serta membantu membuang angin dalam badan. Perut kenyang, badan pun ringan. Puan-puan yang tidak berpantang pun boleh cuba.
BAHAN-BAHAN:
- Halia
- Bawang putih
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk halia hingga hancur. Perah air jusnya kemudian goreng hingga garing.

2. Kemudian, hurus nipis bawang putih. Goreng hingga garing juga.

3. Gaulkan halia dan bawang putih yang digoreng tadi.

4. Enak dinikmati bersama nasi putih panas.
Nota: Semasa menggoreng halia dan bawang putih, boleh juga ditabur sedikit garam sebagai perisa.
Kredit resipi & gambar: Puan Salimah Olie
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Tumis Sayur Tauge Hijau Paling Mudah & Sedap


Masakan ni simple je nak buat dia, tapi kalau dapat makan memang sedap sehingga menjilat jari. Lebih-lebih lagi bila makan dengan keluarga, mesti anak-anak suka.
Menerusi perkongsian daripada Che Nolly, tidak perlu ambil masa lama untuk menyediakan menu ini. Jom kita cuba.
RESIPI SAYUR TAUGE HIJAU
BAHAN-BAHAN:
Tauge hijau/tau miu /pea sprout
Tofu telur/Japanese Tofu |dipotong bulat
Sedikit tepung bestari – beli online di sini
2 ekor sotong | dipotong
3 cendawan shitake | dipotong nipis – beli online di sini
1 sudu sos tiram – beli online di sini
Sedikit secukup rasa Maggi
Sedikit minyak masak untuk goreng & menumis
TONTON Makan Di Mana Ep16: Sekali Pekena Gerenti Tersandaq
TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk

BAHAN-BAHAN TUMIS:
1 biji bawang merah besar
2 biji cili merah besar – beli online di sini
4 ulas bawang putih – beli online di sini
*Tumbuk kasar kesemua bahan ini

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi:]
CARA-CARA:
1. Gaul japanese tofu bersama sedikit tepung bestari. Kemudian, digoreng garing. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan bahan yang telah ditumbuk kasar. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan sos tiram dan serbuk secukup rasa Maggi. Kacau rata. Kemudian, masukkan sotong dan kacau rata.
4. Masukkan cendawan shitake yang telah direndam dan dipotong nipis. Gaul sebati.
5. Kemudian masukkan sedikit air supaya bahan tumis tidak kering dan hangit.
6. Masukkan tauge hijau/tau miu/pea sprout. Gaul kesemua bahan sehingga sebati.
7. Akhir sekali, masukkan japanese tofu. Gaul rata. Siap sudah menu sayur tauge hijau tumis bersama japanese taufu.
Kredit resipi: Che Nolly
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sedapnya Asam Pedas Utara, Hirup Kuah Hingga Titisan Terakhir
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
4 Masakan Kesukaan Orang Johor. Nasi Beringin Dilupa Jangan

Siapa yang tak suka makan lauk-pauk warisan orang lama. Sajian kali ni bukan orang Johor aje suka, semua rakyat Malaysia pun boleh ‘jatuh cinta’ dengan masakan ni.
Ni min kongsikan 4 sajian dari daging, sotong dan tempe. Resipi No 4 jangan lupa semak,Nasi Beringin tapi diolah sikit letak daun pudina dari hotel The Pearl KL. Resipi yang lain tu dari Bunga Lawang Cafe dan Hotel Seri Petaling, KL. Cubalah nanti, sedap teramat tau.
1. DENDENG DAGING

Bahan-bahan :
- 1 kg daging batang pinang
- 1/2 kg cili merah/ buang biji dan kisar kasar
- 1/2 kg bawang besar/dikisar
- Sedikit kicap (gabungan kicap manis dan kicap pekat
- 2/3 sudu makan cuka
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Rebus daging hingga lembut.
2. Hiris daging nipis dan ketuk atau tumbuk hingga kembang. Air rebusan daging jangan dibuang.
3. Goreng daging hingga garing. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan minyak, tumis cili merah dan bawang besar yang telah dikisar.
5. Apabila cili sudah masak dan naik minyak, masukkan air rebusan daging, kicap dah cuka. Kacau rata.
6. Apabila sudah pekat, masukkan daging dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Saiz hidangan : 6-7 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Dendeng boleh tahan lama, jika disimpan dalam bekas kedap udara
INFO CHEF : Dendeng sedap dimakan dengan ketupat dan roti selain nasi. Daging diketuk supaya ia jadi lembut dan cepat empuk.
2. SOTONG MASAK HITAM

Bahan-bahan :
- 6- 7 ekor sotong saiz sederhana
- *3 ulas bawang putih /ditumbuk
- *1/2 inci halia /ditumbuk kasar
- *1/2 inci kunyit hidup /ditumbuk kasar
- *1 sudu teh serbuk jintan manis
- *1 sudu teh serbuk jintan putih
- *1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 labu bawang besar /dihiris bulat
- 2 – 3 batang cili hidup/ padi
- 1 batang serai /diketuk
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Cara memasak :
1. Potong sotong bulat2 dan bersihkan macam biasa tapi dakwatnya JANGAN DIBUANG.
2. Kemudian tos dan ketepikan.
3. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda *.
4. Lepas tu, masukkan dakwat sotong dan biarkan sekejap.
5. Kemudian masukkan sotong, dan tunggu sampai sotong keluar air.
6. Kemudian masukkan cili dan bawang besar dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Saiz hidangan : 3 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Cukup kaya dengan rasa rempah ratus, dakwat hitam memberi aroma yang sedap .
INFO CHEF :Sotong jika dimasak terlalu lama akan menjadi liat, jangan menumis lebih daripada lima minit, cukup sekadar tiga minit sahaja.
3. HATI AYAM DAN SAYUR GORENG JAWA

BAHAN-BAHAN :
- 300 gm hati ayam
- 200 gm kacang panjang
- 6 keping tauhu | digoreng dan dipotong dadu
- 4 keping tempe | digoreng dan dipotong dadu
- 100 gm ikan bilis | digoreng dan dipotong dadu
- 100 gm fucuk | direndam dahulu
- 150 gm soo hoon | direndam dahulu
- 20 ml kicap manis
- 100 gm pes cili kering
- garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Bahan dihiris :
- 200 gm bawang merah
- 100 gm bawang putih
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Kemudian masukkan pes cili kering, tumis hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan kacang panjang, tempe, tahuhu, ikan yang digoreng, soo hoon, fucuk serta hati ayam.
4. Masukkan kicap manis , dan perasakan dengan sedikit garam.
5. Setelah sayur masak, sajian sudah boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 5 orang makan
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis hidangan : Lauk utama, sayuran
Keistimewaan : Sambal goreng jawa lebih enak ditambah hati ayam.
INFO CHEF : Sajian popular di Johor dan sedap diratah juga.
4. NASI BERINGIN DAUN PUDINA

BAHAN-BAHAN :
- 4 cawan beras basmathi
- 4 cawan santan /diperah dari sebiji kelapa (pekat dan cair)
- 2 sudu makan minyak sapi atau majerin
- 2 batang serai /diketuk
- 5 ulas bawang putih /dicincang
- 1 biji bawang besar /dihiris
- 1.5 sm halia /dihiris
- 2 helai daun pandan / disiat dan disimpul
- 1 batang kayu manis
- 2 biji buah pelaga
- 2 biji bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 sudu makan halba
- Garam secukup rasa
- 100 gm daun pudina /dikisar dengan sedikit air
CARA MEMASAK :
1. Basuh berat terlebih dahulu dan toskan. Rendam dahulu sekurang-kurangnya setengah jam.
2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan tumiskan bawang, bawang putih, serai, halia, bersama rempah empat sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih) dan halba hingga naik bau.
3. Sediakan periuk nasi dan masukkan beras basmathi yang telah ditoskan bersama bahan tumisan tadi.
4. Kemudian masukkan santan, dan daun pudina yang telah dikisar dan daun pandan.
5. Tambahkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan apabila kuah pekat dan surut, tutup periuk dan kecilkan api.
6. Biarkan nasi hingga masak, dan kacau sesekali supaya ia berderai.
7. Taburkan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidang
Saiz hidangan : 10 orang
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis masakan : Nasi
Keistimewaan : Seakan rasa nasi lemak, tetapi kurang rasa lemaknya. Ramuan halba dan rempah menjadikan ia lebih berempah dan beraroma.
INFO CHEF : Nasi beringin sangat popular di Muar, Segamat dan Batu Pahat, Johor. Ia adalah masakan tradisi orang Johor lama.
Resipi Terung Goreng Rangup Yang Sedap & Crispy

Jom cuba buat Terung Goreng Rangup perkongsian saudari Umi Watie ni. Nampak sangat sedap dan membuka selera. Biasanya kalau nak makan sayur celup tepung begini, kena bercuti ke Cameron Highlands. Disana banyak sayur yang digoreng sebegini. Kali ini bolehlah cuba masak sendiri di rumah. Sedap! Bak kata empunya resipi, rasanya seakan ayam. Bagi yang tak makan sayur pun, tak akan perasan. Ralit je mengunyah. Ha… Best kan? Jom lah cuba. Anda pasti suka.
RESIPI JEJARI TERUNG GORENG RANGUP

BAHAN-BAHAN:
- Terung
- Tepung goreng serbaguna (bestari) – beli online disini
- Air sejuk
CARA MEMASAK:
1.Dalam bekas, potong terung secara memanjang. Kemudian salutkan dengan tepung Bestari dengan sedikit air hingag bersalut.

2. Celupkan jejari terung ke dalam bekas berisi Tepung Bestari yang kering. Gaul manja.

3. Kemudian celup kepingan terung dalam bekas berisi air sejuk (air dari peti sejuk).

4. Toskan terung tadi. Kemudian salut kembali dalam tepung kering tadi. Hasil terung yang telah disalut tepung. Elok berkerinting.

5. Panaskan minyak masak dan goreng terung tadi dalam minyak panas. Balik-balikkan supaya terung masak sekata.

6. Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan.

7. Terung Goreng Rangup sedia untuk dinikmati. Boleh dinikmati bersama sos.

Kredit resipi & foto: Umie Watie
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Paprik Sardin & Telur Dadar Gebu, Lauk Simple Tapi Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

