Ibu-ibu yang sedang berpantang, boleh cuba hidangan Serunding Halia Bersama Bawang Putih. Jika mahu lebih sedap, boleh ditambah ikan bilis yang digoreng garing. Halia dan bawang putih amat bagus serta membantu membuang angin dalam badan. Perut kenyang, badan pun ringan. Puan-puan yang tidak berpantang pun boleh cuba.

BAHAN-BAHAN:

  • Halia
  • Bawang putih
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

1. Tumbuk halia hingga hancur. Perah air jusnya kemudian goreng hingga garing.

2. Kemudian, hurus nipis bawang putih. Goreng hingga garing juga.

3. Gaulkan halia dan bawang putih yang digoreng tadi.

4. Enak dinikmati bersama nasi putih panas.

Nota: Semasa menggoreng halia dan bawang putih, boleh juga ditabur sedikit garam sebagai perisa.

Kredit resipi & gambar: Puan Salimah Olie