Selain bawang putih, halia juga sangat berkesan dalam membantu membuang angin dalam badan. Jika dimakan secara terus atau segar, rasanya agak ‘letar’. Oleh sebab itu ramai yang mencampurnya dalam masakan atau dijadikan minuman.
Bagi anda yang tak boleh nak makan halia ni dengan cara yang disebutkan diatas, boleh cuba hasilkan serunding halia. Dengan cara ini, halia akan rasa lebih sedap. Sekali cuba, tak sedar hampir sebalang habis. Nak buatnya pun mudah dan ringkas. Bagi yang nak hasilkan serunding halia ni, boleh cuba resipi perkongsian Nor Haidah Md Said ni.
BAHAN-BAHAN:
Halia | tumbuk halus atau sagat
Sedikit bawang putih | ditumbuk bersama halia @ dihiris
Ikan bilis | dibersihkan
Sedikit garam & perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Perah halia yang ditumbuk tadi bagi mengeluarkan airnya. Ambil hampasnya sahaja.
Ads
2. Panaskan minyak masak dalam kuantiti yang banyak menggunakan api besar. Masukkan halia tadi. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Kemudian, dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
4. Tumbuk ikan bilis hingga hancur atau agak hancur. ( ikut citarasa masing-masing.)
5. Tabur garam dan serbuk perasa dengan secukupnya ke dalam bekas berisi halia goreng tadi.
Ads
6. Kemudian, masukkan ikan bilis tumbuk. Gaul sekali lagi hingga rata.
7. Simpan serunding halia di dalam bekas kedap uadar untuk tahan lama.
Ads
Info chef:
Kuantiti sukatan untuk setiap bahan bergantung kepada citarasa masing-masing.
Jika mahukan rasa serunding yang lebih sedap, boleh menambah bawang goreng.
Buah cempedak memang mahal. Alang-alang harganya tinggi tu, selain makan isinya, kulit pun jangan dibuang. Anda boleh hasilkan jeruk kulit cempedak atau juga dikenali sebagai mandai. Ia merupakan sajian tradisi masyarakat Banjar. Menu ni sangat mudah disediakan malah rasanya juga sedap. Nak cuba? Jom lihat cara-cara penyediaan mandai perkongsian dari saudari Mariana Zainal.
CARA MENJERUK KULIT CEMPEDAK @ MANDAI
BAHAN-BAHAN MENJERUK MANDAI:
1 biji cempedak bersaiz sederhana
Air masak suam secukupnya
3 sudu makan (penuh) garam
Bekas atau botol bersih | untuk menjeruk mandai
CARA MENJERUK:
1. Belah buah cempedak dan keluarkan isinya.
2. Kemudian bersihkan kulit cempedak dengan membuang bahagian durinya dan hanya bahagian isi putih sahaja diambil.
3. Potong kulit cempedak berbentuk kiub dan cuci bersih. Toskan.
4. Gaul kulit cempedak dengan garam hingga rata. Kemudian masukkan ke dalam bekas atau botol bersih.
5. Tuang air masak suam hingga kulit cempedak tenggelam. Tutup botol dengan penutup.
6. Simpan jeruk mandai di tempat gelap dan terlindung dari matahari dan peram selama seminggu sebelum dinikmati.
CARA MEMASAK JERUK MANDAI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan mandai @ jeruk kulit cempedak yang dihiris nipis
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
1 biji cili hijau | hiris
1 biji cilimerah | hiris
10 biji cili padi hijau | hiris (boleh diabaikan)
1 genggam ikan bilis | dibersihkan & rendam sekejap
CARA MEMASAK:
Keluarkan secukupnya kulit cempedak @ mandai jeruk tadi, cuci bawah air paip dan perah airnya.
Hiris nipis dan goreng hingga agak-agak garing. Ketepikan.
Ikan bilis ditoskan dan goreng hingga garing. Ketepikan.
Tinggalkan kurang lebih 4 sudu makan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan cili padi. Kacau rata dan masak sekejap. Tambah mandai yang digoreng garing tadi, gaul rata dan masukkan ikan bilis goreng.
Kacau dan masak sekejap hingga kering. Rasa dan jika perlu, baru tambah sedikit garam.
Nikmatnya bila dapat menikmati hidangan Pucuk Ubi Tempoyak Petai ni. Bila tiba musim durian dan petai, ibarat pesta bagi penggemarnya. Masak menu kampung sebegini tidak susah kerana caranya sangat ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan. Janji cukup bahan-bahan serta sukatannya, pasti sangat enak hasilnya. Bagi anda yang menggemari sajian ini dan nak belajar memasaknya sendiri di rumah, bolehlah cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Zuriani Zuhri ni. Pasti berselera.
CARA MASAK PUCUK UBI TEMPOYAK PETAI
BAHAN-BAHAN: (jumlah boleh agak-agak ikut berapa banyak yang hendak dimasak)
Pucuk ubi Petai Tempoyak 3 batang serai Cili padi – ikut kepedasan yang digemari Santan secukupnya Serbuk kunyit @ kunyit hidup – beli online disini Sedikit kerisik – beli online disini Garam dan bahan perasa secukup rasa Sedikit ikan bilis – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan pucuk ubi. Kemudian celur seketika untuk menghilangkan rasa pahitnya.
2. Kisar cili padi, serbuk kunyit dan ikan bilis bersama sedikit air.
3. Masukkan tempoyak ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
4. Tuang bahan kisar ke dalam kuali. Masukkan juga bahan-bahan lain termasuk santan.
5. Masak sehingag pucuk ubi menjadi lembut. Rasa supaya cukup perasanya.
Tauhu sering diolah menjadi menu berkhasiat. Ia menjadi sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesihatan.Tauhu putih teksturnya lebih padat dan sesuai untuk hidangan berkuah, campuran dalam masakan dijadikan bergedel dan nugget. Manakala tauhu kuning teksturnya lebih kenyal, padat dan lembut. Ia tidak mudah hancur berbanding tauhu putih.Bila digoreng luarnya rangup dan isinya lembut.
TAUHU TELUR TUMIS DAGING CINCANG
BAHAN-BAHANNYA:
3 batang tauhu telur 12 kuntum cendawan butang (boleh guna yang dalam tin, toskan airnya) 1 camca besar penuh tepung jagung 2 camca besar air 1 cawan daging cincang, taruk dalam tapis dan cuci bawah air paip, toskan 3 ulas bawang putih, cincang halus 1 pokok daun bawang, hiris 1 biji kecil cili merah, buang biji dan dadu kecil 1/2 cawan air
BAHAN-BAHAN SOS (DISATUKAN):
2 camca besar sos tiram 1 camca besar kicap cair 1 camca besar kicap lemak manis 1/4 camca teh minyak bijan 1/2 camca teh serbuk lada sulah (che mat tambah) CARA MEMBUATNYA:
1.Tauhu telur di potong 5 atau 6 setiap 1, kemudian masukkan ke dalam mangkuk. 2.Satukan tepung jagung dengan 2 camca besar air dan kacau rata. Tuang ke dalam mangkuk berisi tauhu telur. 3.Gaul perlahan dan goreng satu persatu hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Cendawan butang dihirs 3 setiap 1 biji, kemudian goreng sekejap hingga layu, angkat dan toskan. Ketepikan 4.Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan dalam anggaran 2 camca besar. 5.Tumis bawang putih hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata dan masak hingga airnya kering dan daging cincang berubah warna. Masukkan bahan2 sos dan juga air. Kacau rata dan biarkan mendidih. 6.Baki terpung jagung untuk menggoreng tauhu telur tadi, boleh dimasukkan ke dalam kuah. Kacau dan masak hingga pekat. Kemudian boleh tambah tauhu telur dan cendawan tadi. Gaul hingga rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu sebelum dihidangkan. Sedap dimakan panas. Selamat mencuba!! **terung juga enak dimasak cara begini. Bagi yang tak makan daging lembu, gantikan saja dengan daging ayam
Kongsi resipi & ganbar: tiffinbiru
TOFU AYAM CINCANG SOS TIRAM BAHAN-BAHAN:
1 paket tauhu lembut | kukus Sedikit isi dada ayam | cincang 4 ulas bawang putih | cincang Sedikit hirisan daun bawang Sedikit daun ketumbar | hiris 100gm sos tiram 5gm minyak bijan Sedikit kicap cair Sedikit minyak masak Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang dicincang sehingga garing. Ketepikan. 2.Gunakan minyak yang sama, goreng bawang putih hingga wangi. 3.Masukkan sos tiram, kicap dan minyak bijan. Biarkan mendidih. 4.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 5.Setelah masak, siram di atas tauhu lembut tadi dan taburkan isi ayam cincang yang telah digoreng tadi. 6.Kemudian hiaskan dengan daun bawang dan ketumbar.
INfO CHEF:
Sebaiknya, kukus terlebih dahulu lebih kurang lima minit.
TAUHU GORENG NYONYA BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu biasa | hancurkan 2 biji telur | pecahkan dan kacau rata 1/2 biji bawang Holland | hiris 1 biji cili merah | hiris Sedikit timun 1 sudu makan kacang tanah kisar 2 sudu makan Sos Thai 1 sudu makan kicap pekat Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Tauhu dicampurkan dengan telur yang telah dikacau. 2.Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan tauhu tadi ke dalam kuali. 3.Kemudian kacau hingga sebati. 4.Setelah tauhu bertukar warna kekuningan angkat dan ketepikan. 5.Hiaskan dengan timun, hirisan bawang dan cili. 6.Taburkan kacang tanah kisar di atasnya, kemudian tuangkan sos Thai dan kicap pekat di atasnya. 7.Tauhu goreng siap dihidangkan.
INFO CHEF:
Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng tauhu bagi memastikan minyak meliputi tauhu.