Resipi Serunding Halia. Lauk Sedap Yang Boleh Buang Angin Dalam Badan.

Share

Selain bawang putih, halia juga sangat berkesan dalam membantu membuang angin dalam badan. Jika dimakan secara terus atau segar, rasanya agak ‘letar’. Oleh sebab itu ramai yang mencampurnya dalam masakan atau dijadikan minuman.

Bagi anda yang tak boleh nak makan halia ni dengan cara yang disebutkan diatas, boleh cuba hasilkan serunding halia. Dengan cara ini, halia akan rasa lebih sedap. Sekali cuba, tak sedar hampir sebalang habis. Nak buatnya pun mudah dan ringkas. Bagi yang nak hasilkan serunding halia ni, boleh cuba resipi perkongsian Nor Haidah Md Said ni.

BAHAN-BAHAN:

  • Halia | tumbuk halus atau sagat
  • Sedikit bawang putih | ditumbuk bersama halia @ dihiris
  • Ikan bilis | dibersihkan
  • Sedikit garam & perasa secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

1. Perah halia yang ditumbuk tadi bagi mengeluarkan airnya. Ambil hampasnya sahaja.

2. Panaskan minyak masak dalam kuantiti yang banyak menggunakan api besar. Masukkan halia tadi. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.

3. Kemudian, dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak.

4. Tumbuk ikan bilis hingga hancur atau agak hancur. ( ikut citarasa masing-masing.)

5. Tabur garam dan serbuk perasa dengan secukupnya ke dalam bekas berisi halia goreng tadi.

6. Kemudian, masukkan ikan bilis tumbuk. Gaul sekali lagi hingga rata.

7. Simpan serunding halia di dalam bekas kedap uadar untuk tahan lama.

 

Info chef:

  1. Kuantiti sukatan untuk setiap bahan bergantung kepada citarasa masing-masing.
  2. Jika mahukan rasa serunding yang lebih sedap, boleh menambah bawang goreng.

Kredit resipi & gambar: Nor Haidah Md Said

 

Published by
Nur