Teringin nak masak menu istimewa untuk suami dan anak-anak di hari cuti ni? Menu yang RASA kongsikan ni memang sedap. Nasi Kukus Kismis bersama dua menu lauk yang sangat mudah dan sedap!  Jom cuba. Pasti tetamu berselera.

 

1. NASI KUKUS KISMIS

Resipi Set Nasi Kukus Kismis Bersama Lauk Kari Udang & Ayam Masak Berlada.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan beras basmathi
  • 3 cawan air rebusan ayam
  • 1 batang serai | titik
  • 4cm halia |mayang halus
  • Garam secukup rasa
  • Kismis secukupnya

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Rendam beras sejam. Toskan.
  2. Kukus bersama serai dan halia hingga separuh masak.
  3. Tuang air rebusan ayam/daging yang dicampurkan sedikit garam ke atas nasi yang sedang dikukus dan gaul rata.
  4. Kukus lagi hingga nasi benar-benar masak.
  5. Tabur kismis ke dalam nasi yang telah masak dan gaul rata.
  6. Angkat dan sedia dinikmati.

 

2. KARI UDANG

Resipi Set Nasi Kukus Kismis Bersama Lauk Kari Udang & Ayam Masak Berlada.
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm udang | saiz XL
  • 2 biji bawang besar | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 2cm halia | kisar
  • 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
  • 3 sudu makan serbuk kari ikan
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • 100ml santan kotak
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Bahan yang dikisar digaul bersama serbuk kari hingga sebati. (dijadikan pes).
2. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, Apabila daun kari sedikit layu, masukkan pes dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan pes cili, sedikit gula dan garam sesedap rasa dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
4. Masukkan santan dan kacau perlahan lahan sehingga pecah minyak..kemudian tambah air ikut suka.
5. Setelah mendidih,masukkan udang dan gaul bersama sehingga udang masak..
6. Udang kari sedia dihidang

INFO CHEF: Jangan masak udang terlalu lama.

 

IKLAN

3. AYAM MASAK BERLADA

Resipi Set Nasi Kukus Kismis Bersama Lauk Kari Udang & Ayam Masak Berlada.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam | potong 7-8 ketul dan goreng
  • 1 biji bawang besar | hiris kasar
  • 1 biji bawang besar | kisar
  • 4 ulas bawang putih | kisar
  • 1 batang serai | kisar
  • 1 sudu makan pes cili kisar
  • 4 biji cili merah | kisar kasar
  • 2 biji cili hijau | kisar kasar
  • 1 asam keping gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
3. Tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak dan masukkan daun limau purut dan asam gelugor.
4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan ayam yang dah siap goreng tadi bersama bawang besar yang telah dihiris.
6. Bila bawang layu, angkat dan hidangkan panas-panas.

INFO CHEF:  Jika tidak suka daun limau purut tidak perlu masukkannya. Atau ingin tambah bunga kantan juga boleh.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI