Sedapnya resipi Shawarma Ayam perkongsian saudari Nor Illustrator ni. Ringkas, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Beliau tinggal di luar negara dan mungkin sesetengah bahannya, jenamanya itu tidak ada di Malaysia tapi boelh sahaja gantikan dengan yang lain mengikut kesesuaian. Jom cuba! Pasti berselera.
CARA MASAK SHAWARMA AYAM SEDAP, MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN
BAHAN-BAHAN:
Isi ayam tanpa kulit & tulang
2 ulas bawang putih – cincang halus
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk pelaga – beli online disini
1 sudu teh serbuk cayenne pepper – kurangkan jika tak nak pedas. Boleh juga gantikan dengan serbuk cili
2 sudu teh serbuk paprika salai (smoked paprika) – beli online disini
2 sudu teh garam
Lada hitam secukupnya – beli online disini
2 sudu makan jus lemon
3 sudu makan minyak zaitun – beli online disini
Daun parsli & secukupnya – jika suka
Tomato dipotong dadu – jika suka
Sandwich spread – beli online disini
Keju cheddar – jika suka
Roti
CARA MEMASAK:
1. Satukan isi ayam dengan semua bahan kecuali parsli, tomato dan sandwich spread.
2. Perap selama 20-30 minit. Lagi bagus kalau dapat perap semalaman.
3. Panaskan kuali dan masak isi ayam hingga sempurna. Angkat dan letak dalam mangkuk.
4. Masukkan daun parsli cincang, tomato dan juga sandwich spread dengan secukupnya. Gaul rata.
5.Ambil roti dan belah tengahnya.
6. Letak kepingan keju kemudian sudukan inti ayam tadi dengan secukupnya.
7. Shawarma Ayam sedap sedia untuk diikmati.
Kredit resipi & foto: Nor Illustrator
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official