Sedapnya andai dapat menikmati Shawarma Wrap homemade ni. Tak perlu lagi ke restoran untuk makan sajian Timur Tengah yang enak. Anda sendiri boleh masak di rumah untuk ahli keluarga tercinta dengan kos yang jauh lebih murah.
Bukan setakat intinya dimasak sendiri, bahkan rotinya juga anda boleh buat secara homemade. Mudah sangat. Pasti puas hati melihat juadah yang terhidang.
Nak cuba? Saudari Ida Alina Salleh ada kongsikan resipinya. Jom lihat cara-cara menyediakan sajian istimewa ini. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT SHAWARMA HOMEMADE
RESIPI ROTI LAFFA (NIPIS, TAK MACAM ROTI PITA) UNTUK SHAWARMA:
BAHAN-BAHAN A:
1 1/2 cawan air suam
1 sudu kecil gula
1 sudu besar yis kering (macam mauri pan) – beli online disini
BAHAN-BAHAN B:
3 cawan tepung gandum apa-apa jenama pun
2 sudu teh garam
2 sudu besar minyak zaitun
CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan-bahan A. Campurkan semua hingga berbuih.
2.Dalam mangkuk lain campurkan tepung gandum dan garam.
3. Bila adunan yis sudah berbuih, campurkan dalam tepung dan uli dalam 5 minit.
4. Masukkan minyak zaitun dan teruskan menguli hingga adunan lembut macam baldu dan tidak melekat di tangan. Biarkan hingga kembang 2 kali ganda. Tumbuk.
5. Bahagikan adunan kepada 8 bahagian. Buat bulat-bulat.
6. Panaskan grill pan. Canai nipis doh tadi dan letak dalam grill pan.
7. Sapu bahagian atas dengan sikit minyak zaitun. Bila sudah mula gelembung-gelembung, terbalikkan.
8. Masak lagi roti dalam 30 saat – 1 minit. Angkat dan letak dalam bekas suam.
9. Untuk membuat Shawarma, ambil sekeping roti, letak daging / ayam, parsli, grilled tomatoes, pickles dan lettuce kalau suka. Tambah Sos Tahini. Sos Toum untuk shawarma ayam.
RESIPI DAGING SHAWARMA:
BAHAN-BAHAN:
1kg daging
1/4 cawan jus lemon segar
1/4 cawan cuka putih
1/4 cawan minyak zaitun
BAHAN-BAHAN A (KISAR KERING):
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil bunga cengkih
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil “all spice” – beli online disini
1/2 sudu kecil serbuk cardamom / serbuk buah pelaga – beli online disini
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis – beli online disini
1/2 sudu kecil oregano / thyme
1/2 sudu kecil serbuk buah pala – beli online disini
1/2 sudu kecil lada hitam
1/4 sudu kecil serbuk halia – beli online disini
1/4 sudu kecil serbuk cili
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan-bahan A dan kisar kering hingga jadi serbuk.
2.Campurkan serbuk yang dikisar tadi dengan jus lemon, cuka dan minyak zaitun. Sebatikan.
3.Lumur campuran pda daging dan biarkan semalaman. Boleh guna daging bahagian “culotte”, steak ribeye, flank steak atau skirt steak. Boleh juga gantikan dengan thigh ayam yang sudah dibuang tulang atau dada ayam.
4. Untuk memasaknya, nyahbekukan daging dan masak atas pemanggang hingga separuh masak.
5. Keluarkan daging dan rehatkan. Hiris nipis.
6. Panaskan grill sekali lagi dan grill daging hiris hingga sampai tahap masak yang disukai. Ketepikan.
RESIPI SOS TAHINI:
BAHAN-BAHAN:
2 sudu teh pes tahini – beli online disini
3 ulas bawang putih
1/2 cawan lemon jus
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan kisar halus.
RESIPI SOS BAWANG PUTIH (TOUM):
BAHAN-BAHAN:
7 ulas bawang putih – kupas & hiris
1 putih telur
2/3 cawan minyak sayur
1 sudu besar jus lemon
Garam sedikit
CARA MEMASAK:
1.Kisar putih telur dengan bawang putih.
2. Bila bawang putih sudah halus, sambil dikisar, masukkan minyak dengan aliran tetap secara perlahan-lahan. Adunan akan memekat.
3. Teruskan tuang minyak hingga adunan menjadi agak kental. Sos toum ni lebih kental dari mayones.
4. Akhir sekali, masukkan garam dan jus lemon. Kisar hingga sebati.
5. Hidangkan bersama Shawarma (sesuai untuk Shawarma Ayam)
Kredit resipi & foto: Ida Alina Salleh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jom Cuba! 24 Resipi Sambal Pelbagai Jenis Citarasa Orang Malaysia
Asam Pedas Daging Tetel Sedap, Resipi Mudah Boleh Masak Hari-Hari
Resipi Bingka Kelapa Muda, Kuih Tradisi Banjar Paling Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI