Korang suka makan Shellout? Puaskan kalau dapat makan shellout yang kaw kaw sedap , pendek kata hingga menjilat jari. Apa yang penting ialah kuah yang diolah pada makanan laut ini. Boleh cuba buat dengan resipi yang satu ni.Terbukti memang sedap sehingga menjilat jari.
SHELL OUT
Bahan-bahan:
Bawang holland setengah biji
Bawang merah 6 biji
Bawang putih 10 ulas
Halia 1 inci
Buttercup
Daun kari
Ads
Sos tiram
Sos ikan
Rempah kari
Black pepper
Belacan
Cabai kering 5 tangkai
Ads
Udang kering
Kiub pati ayam
Lemon
Seafood
Vege ( brokoli, kentang,jagung – tapi tadek jagung ,so guna anak jagung jer ).
Ads
Bahan kisar :
Cabai kering rebus..blend dengan bawang putih, sedikit belacan and udang kering.kat sini,korang kena pandai agak-agak.kalau nak buat untuk ramai atau nak lebih pedas,lebihkan cili kering tu.belacan dalam seinci jer.udang kering dalam sesudu.di larang guna cili yang dah siap blend and jual tu.nanti rasa lain sebab cili tu selalu dah siap blend dengan bawang bagai.
Bahan tumis :
Bawang holland,bawang merah ,bawang putih and halia di hiris halus.untuk masakan ni,aku guna bawang holland setengah biji,bawang putih dalam 6 ulas ( lagi banyak lagi sedap ) ,halia seinci and bawang merah
Bahan perap:
Lepas tu,dah boleh la basuh segala jenis seafood yang korang ada.semalam sy masak udang besar 10 ekor,ketam 5 ekor,lala setengah kilo dan sotong 4 ekor.Lepas tu perap kejap dengan black pepper and kunyit.sebab kejap lagi nak rebus.tujuan nya supaya dia half cook,so that bila sos dah masak,tak payah tunggu lambat masak,especially ketam.
Cara memasak :
1. Rebus seafood yang dah diperap tu.sy rebuskan air dulu bagi mengelegak,baru masukkan ketam.tutup pan dalam 5 mins macam tu.pastu masukkan lala kejap dalam 5 mins.tutup api,and celurkan udang and sotong.ingat yer,shell out ni konsep nya seafood,jangan pulak nak letak daging ke apa pulak.nanti dah tak ikut tema :).udang and sotong tu,kalau tak nak masukkan pun takper,sebab air manis tu akan sebati nanti ( di step akhir )..
2. Dalam kuali yang berlainan,panaskan buttercup and sedikit minyak.Masukkan bahan tumis dan daun kari.tengok dah kuning,naik bau,masukkan pulak bahan kisar.masak lagi.dah nampak layu sikit,masukkan serbuk kari.tambahkan sedikit air.serbuk kari tu,dalam 2 sudu penuh jer.kalau banyak seafood ,boleh letak lebih sebab tak nak rasa dia lari.kang nanti rasa kari pulak.
3. Bila dah pecah minyak,masukkan kiub pati ayam,sos tiram 2 sudu and sos ikan.garam tak guna sebab sos ikan dah cukup umphh.nampak kalau kuah sikit,tambahkan sikit lagi. Kemudian boleh masukkan sayuran.ni pun sama,kalau nak cepat,sayuran tu boleh la dicelur dahulu.aku lupa nak celur,so bagi la dia masak terus dengan kuah tu.jangan la gelabah tengok macam cair,kejap lagi mesti pekat.
4. Last sekali baru masuk seafood.ingat seafood tadi dah rebus sekejap kan.balik-balikkan aje.Agak kuah sikit,masukkan air sikit.tapi jangan la sampai cair,tak best wooo..just nice jer kuah dier.kata nak ikut style shell out kan.jangan terlebih atau terlalu banyak.biar la depa masak mesra gitu,nanti kuah akan pekat and meresap.nyummmsss.boleh adjust rasa dengan tambahkan black pepper.
5.Siap untuk dihidang ala ala shellout stail.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nasi kukus memang enak. Teksturnya yang gebu membuatkan ia tidak puas dimakan. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama kuah gulai, ayam goreng berempah panas serta sambal. Bagi yang nak cuba buat nasi kukus ni, bolehlah guna teknik serta sukatan perkongsian saudari Yatie Tie. Resipi ni juga sesuai untuk berniaga. Selamat mencuba!
CARA-CARA MASAK NASI GUNA TEKNIK KUKUS
BAHAN-BAHAN:
Beras
Air
Bekas (seperti dalam gambar)
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras seperti biasa dan toskan airnya.
2. Sukat 1 bekas beras dan 1 bekas air. Guna sukatan yang sama untuk kedua-dua bahan ini.
3. Masukkan beras dan air ke dalam bekas kukusan dan kukus selama 30 minit. Jika menggunakan api yang besar, lagi cepat nasi masak.
4. Angkat dan nasi boleh dinikmati bersama ayam goreng berempah, sambal belacan dan kuah gulai/kari.
Kalau dahulu masak kurma hanya boleh dinikmati ketika kenduri kahwin atau hari raya, kini ia boleh dimasak sendiri kalau sesekali rasa teringin. Lebih enak kalau diregukan dengan nasi minyak dan jelatah. Anak-anak juga pasti mengemarinya.
BAHAN-BAHAN:
500 gm daging | dihiris nipis
50 gm serbuk kurma
2 biji cili hijau | dibelah dua
2 kuntum bunga lawang
2 cawan santan
2 ulas bawang kecil | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 ulas bawang besar | dihiris
1 batang kulit kayu manis
Sedikit air
Minyak masak
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rebus daging hingga lembut dan ketepikan.
2. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, bawang besar dan bawang putih sehingga berbau harum.
3. Kemudian masukkan serbuk kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air.
4. Tumis seketika sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging yang telah direbus tadi.
5. Gaul rata sebelum dimasukkan santan, cili hijau dan perasakan dengan garam.
Asam pedas ni ada bermacam-macam jenis. Ada Asam Pedas Kembung, Asam Pedas Pari, Asam Pedas Sotong, Asam Pedas Ayam dan banyak lagi. Kalau Asam Pedas Daging pula, paling sedap guna daging tetel. Ada lemak-lemak sikit, lembut-lembut kenyal rasa dia. Memang best! Terasa nak cuba? Jom cuba resipi perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni. Selamat mencuba!
RESIPI ASAM PEDAS DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging tetel
1 mangkuk air asam jawa
Sedikit gula melaka
Garam secukup rasa
3-4 helai daun limau purut – buang tulang tengah
3 batang serai – ketuk
BAHAN KISAR HALUS:
15@10 tangkai cili kering
4 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
Rendam cili kering, jintan dan lada hitam dalam air panas terlebih dahulu sebelum dikisar halus.
Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing.
Seterusnya masukkan daging tetel. Masak sampai air daging keluar.
Tambahkan air asam jawa, serai dan daun limau purut. Biarkan mereneh seketika.
Perasakan dengan garam dan gula melaka dengan secukupnya. Teruskan masak hingga daging empuk.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Daging tetel boleh juga direbus terlebih dahulu. Tetapi air rebusan jangan dibuang dan boleh masukkan ke dalam kuah nanti.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!