Makan

Resipi Siakap Goreng Pedas Manis, Satu Famili Confirm Suka

Share

Menu ikan siakap biasanya kalau makan di restoren harganya agak mahal, jadi eloklah kita sediakan sendiri di rumah. Memang jimat banyak.

Ikan siakap selain dari dimasak kengsom atau tiga rasa ada satu lagi yang tak kurang sedapnya iaitu siakap goreng pedas manis. Lauk ini juga mudah untuk disediakan dan rasanya pasti disukai seisi keluarga.

Cara Buat Siakap Goreng Pedas Manis

Bahan-bahan

1 ekor siakap saiz kecil / sederhana
2sb cili dan bawang kisar
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang holland
Tepung jagung
Sos tiram, sos nampla (sos ikan), cili sos
Garam
Cili padi, nenas
Air limau / air asam jawa
Gula
Daun sup

Cara membuat:

1. Siakap yang dah dibersihkan dilumur dengan garam dan tepung jagung seluruh bahagian.

2. Panas minyak dalam kuali, guna minyak yang banyak supaya ikan tenggelam bila digoreng. Bila dah garing, angkat dan tos.

3. Cincang bawang putih kemudian tumis sampai garing. Seterusnya masukkan cili dan bawang kisar, tumis lagi sampai garing.

4. Seterusnya masukkan sos tiram, sos cili dan air limau. Kacau sebati.

5. Bubuh gula dan renjis sedikit nampla. Kacau.

6. Masukan cili padi yang dihiris serta nenas yang dipotong bersama bawang.

7. Akhir sekali masukkan daun sup. Kacau kemudian tuang atas ikan siakap yang siap digoreng. Sedia dihidang.

Selamat mencuba.

Sumber: Wan LuQman.

 

Published by
Rose