Resipi Siakap Kengsom Thai Paling Sedap & Mudah Masak.

Share

Sajian Thailand memang enak dan kena dengan cita rasa orang Malaysia. Masam, pedas dan cukup rencahnya menjadikan hidangan-hidangan dari sana cukup popular. Salah satu menu yang sedap dan unik yang wajib dicuba ialah Siakap Kengsom ni. Sedap! Siap ada kangkung lagi. Jom try resipi yang dicuba oleh saudari Saro Pahsa ni. Pasti puas hati.

 

CARA MASAK SIAKAP KENGSOM ORIGINAL THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap – boleh gantikan dengan ikan kerapu
  • 2 biji cili merah – buang biji (*)
  • 15 biji cili api (*)
  • 1 inci kunyit hidup (*)
  • 1 biji bawang besar (*)
  • 2 biji bawang merah (*)
  • 2 ulas bawang putih (*)
  • 1 batang serai (*)
  • 1 inci belacan (*)
  • Air asam jawa secukup rasa
  • 1 biji limau nipis – ambil jus
  • Nanas masak secukupnya
  • Kangkung secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Kisar bahan-bahan bertanda (*) kemudian masukkan ke dalam periuk. Masukkan juga hirisan nanas.

2. Masak bahan tadi hingga mendidih kemudian tambahkan air asam jawa.

3. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.

4. Seterusnya masukkan ikan. Biar hingga masak.

5. Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis. Padam api dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Saro Pahsa

 

Dapatkan MICROWAVE pelbagai jenama dengan harga mampu milik DISINI.

 

Cuba pelbagai resipi menarik dari laman web kami www.rasa.my

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur