Resipi Siakap Kukus Halia Special. Menu Makan Tengahari Ala Siam Yang Sedap & Mudah!

Share

Cara masakan terbaik untuk menikmati kemanisan isi ikan segar ialah dengan cara mengukusnya. Dipadankan dengan perisa yang tidak terlalu ‘over’ dan ada sedikit citarasa thai, sememangnya hidangan Siakap Kukus Halia Special ni anda perlu nikmati. Caranya sangat mudah dan rasanya pun memang sedap. Malah lebih sihat. Selamat mencuba!

SIAKAP KUKUS HALIA ISTIMEWA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap | dikelar
  • 2.5cm halia | hiris
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 sudu makan sos plum – Jika tiada boleh abaikan.
  • 3 batang serai | ditumbuk
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 ulas bawang merah | dikisar
  • 2 biji limau nipis | diperah air
  • 2 biji cili merah | dihiris
  • 1 biji buah tomato | dipotong dadu
  • 1/2 batang lobak merah | hiris
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 sudu makan sos ikan thai
  • Garam dan perasa jika perlu

 

CARA MEMASAK:

  1. Bahan yang dikisar tadi digaul pada ikan bersama sos ikan, sos plum dan garam. Perap kira-kira 15 minit.
  2. Cili merah, tomato, daun limau purut, halia, lobak merah dan daun sup ditabur di atas ikan.
  3. Kukus ikan siakap 20 minit. Kira-kira 5 minit sebelum angkat, perah air perahan limau nipis.
  4. Sedia untuk dinimati.

 

Info Chef:  Sebaik-baiknya hidangan hendaklah terus dinikmati kerana enak dinikmati panas

Published by
Nur