Resipi Simple & Sedap, Kerabu Telur Dadar Ala Thai

Share

Sebelum ni, kita dah ada resipi kerabu perut, kerabu mangga atau kerabu kerang. Kali ini, kita kongsikan resipi kerabu Kerabu Omelette Thai Style.

Resipi kerabu telur dadar ala Thai ini dikongsi Nurhayati Abd Malek, sangat mudah dan sesuai untuk dibuat berbuka ataupun sahur.

Kerangupan telur bersama epal, lobak merah dan salad memang sesuai untuk anda yang sukakan kerabu.

 

KERABU OMELETTE THAI STYLE

BAHAN KISAR:

2 ulas bawang putih – beli online di sini


5 batang cili padi (ikutlah nak pedas mana) – beli online di sini
3 sudu makan sos ikan – beli online di sini
2 biji limau nipis (diperah jus nya)
1 sudu makan gula – beli online di sini
Garam secukup rasa
Perasa ajinomoto (optional)

TONTON Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan Yang Sedap & Menyelerakan

BAHAN GORENG:

3- 5 biji telur

TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese

BAHAN DIRACIK PANJANG:

1 batang lobak merah – beli online di sini
3 helai salad
10-15 biji tomato ceri
3 batang cili padi – beli online di sini
1 biji epal hijau
3 batang daun ketumbar
1 biji bawang besar – beli online di sini


Salad (potong kasar)

CARA-CARA:

1. Hiriskan limau nipis dan perahkan jus sahaja. Kemudian kisar semua bahan di atas.


2. Telur ni kalau jenis 3 XL korang letak 2-3 biji pun okey dah. Tapi kalau gred C letaklah 5 biji. Pandai-pandai adjust ye.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Saya degil. Jangan tiru. Dah tahu telur gred 3XL pun pergi letak sampai 5 biji. Dah terkeluar dari landasan telurnya. Mujur tak melimpah.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


4. Bila telur dah masak, angkat dan letak dalam pinggan. Kemudian, guntinglah lepas tu ye.


5. Lepastu gaul je kesemua bahan yang dah diracik dan dikisar tadi. Siap! Mudah sangatkan?

Kredit resipi: Nurhayati Abd Malek

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff