Di laman sosial, terdapat banyak menu ringkas dan mudah yang anda boleh cuba. Sebagai contoh, Roti Rangup Inti Berlauk perkongsian Mleisya Scarf Comel Sokmo ni. Daripada roti sandwic biasa, anda boleh ubah jadi hidangan luar biasa sedapnya! Jom cuba. Anda pasti suka.
ROTI RANGUP INTI BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
Roti sandwic
Tepung goreng sebaguna
BAHAN INTI:
Ads
Telur – goreng hancur tanpa minyak
Ayam – rebus & cincang halus
Sosej – rebus & potong nipis
Daun ketumbar@ daun sup – hiris halus
Lobak merah – hiris nipis
Mayones secukupnya
Serbuk lada hitam @ serbuk lada putih secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Ambil tepung goreng serbaguna dan bancuh dengan air hingga jadi bancuhan agak pekat. Adun hingga sebati. Tepung ini akan digunakan untuk mencelup roti.
2. Satukan telur hancur, isi ayam, sosej, daun ketumbar dan lobak merah dalam bekas.
3. Kemudian masukkan mayones serta serbuk lada hitam @ lada putih dengan secukupnya. Gaul rata.
Ads
4. Ambil roti dan potong dua. Kemudian letak inti berlauk tadi.
5. Lipat kemas dan salut dalam bancuhan tepung yang telah dibancuh awal tadi.
Ads
6. Kemudian golekkan roti dalam bekas berisi tepung gorengan serbaguna yang kering.
7. Panaskan minyak dan goreng roti hingga garing dan berwarna keemasan. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan roti. Goreng guna api sederhana.
Roti telur menu simple dan mudah nak sediakan untuk keluarga. Tambah pula bila ada roti yang tak habis dan hampir expired. Sesuai sangat nak buat roti telur untuk sarapan atau pun minum petang. Boleh cuba 5 resipi roti telur yang RASA kongsikan ini, selepas ni tiada lagi masalah roti terbuang kan?
ROTI TELUR GARING
Bahan-bahan:
4 biji telur
2 sudu besar planta
Serbuk lada putih
Lada hitam kasar
Mushroom seasoning
1 sudu kecil mayonis
Roti keping
Keju
Cara memasak:
1.Rebus telur dalam 4 biji.
2.Kupas kulit telur tu, masuk dalam mangkuk, lenyekkan dengan garfu.
3.Masuk planta, serbuk lada putih, lada hitam kasar (black pepper coarse), mushroom seasoning, mayonaise, Gaul semua sebati.
4.Letak pada roti, letak keju sekeping, sapu planta luar roti, grill atas kuali tidak melekat. Jangan letak minyak apa-apa, pusingkan sampai roti tu garing.
5.Angkat, potong tepi roti dan belah tengah, guna pisau yang tajam.
Ambil sekeping roti yang telah dipotong dan sapukan coklat atau peanut butter.
Lapis lagi sekeping roti di atas roti yang ada coklat tadi. Letak sedikit susu pekat diatasnya dan letak lagi sekeping roti. Jadi, akan ada tiga lapisan roti ya.
Kemudian, pecahkan telur dan gaul sebati putih dan kuning telur. Masa ni dah boleh panaskan kuali untuk menggoreng. Saya letak marjerin sedikit.
Celup roti ke dalam telur.
Masukkan roti yang sudah dicelup telur ke dalam kuali. Pastikan semua bahagian digoreng sehingga kekuningan.
Siap untuk diangkat. Dan boleh terus makan.
ROTI TELUR SARDIN
BAHAN-BAHAN 1 tin kecil sardin
4 biji telur
Garam
3 tangkai cili padi (dicencang)
Lada sulah
½ biji bawang holland (dicencang)
Sedikit daun sup dan daun bawang (dicencang)
Roti keping
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT 1. Lenyek ikan sardin dan sedikit sosnya.
2. Gaul ikan sardin tadi dengan telur, garam, cili padi, lada sulah, bawang holland, daun sup dan daun bawang sampai sebati.
3. Celup roti dalam adunan sardin.
4. Goreng dalam minyak masak panas seperti menggoreng roti telur biasa tu. Siap.
Anak-anak menang suka makan pizza, tapi nak makan selalu harganya pun boleh tahan. Jadi bagi memenuhi kehendak anak-anak yang asyik lapar cuti sekolah ni, Apa kata mak-mak cuba buat sendiri pizza yang ringkas tapi rasanya tak kalah dengan pizza yang dijual direstoran. Ikut je resipi dan cara membuatnya seperti yang RASA kongsikan ini.
PIZZA GUNTING
BAHAN-BAHAN:
1/2 batang roti Perancis | potong dadu
BAHAN ISIAN:
5-6 biji telur
200gm daging kisar
200gm keju Mozarella
3 sudu makan sos tomato
Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
Sedikit nanas dalam tin
Sedikit cendawab inoki
Sedikit hirisan tomato
1/2 biji bawang Holland | potong dadu
2 ulas bawang putih | cincang kasar
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN PERISA:
Sedikit lada hitam | kisar kasar
Sedikit perasa ayam
Sedikit garam
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1:
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga wangi. Kemudian masukkan daging kisar dan kacau rata hingga daging bertukar warna coklat.
LANGKAH 2 :
Masukkan sos tomato dan terus kacau.
LANGKAH 3:
Masuk garam, serbuk lada hitam dan serbuk perasa ayam secukup rasa. Tutup api dan sejukkan.
LANGKAH 4: Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau rata, kemudian masukkan bahan tumisan dan kacau sebati.
LANGKAH 5:
Masukkan roti dalam Loyang pembakar non stick. Kemudian tuangkan bancuhan telur bersama bahan tumisan di atasnya.
LANGKAH 6:
Taburkan di atasnya dengan hirisan cili benggala, cendawan, nanas dan akhir sekali, keju. Kemudian bakar dalam dengan suhu 180 lebih kurang 20-25 minit. Atau ikut kesuaian ketuhar.
Roti bakar kastard yogurt ini sedap walau pun cara pembuatannya versi lebih sihat. Roti dibakar dan tak menggunakan minyak. Bahkan terdapat buah-buahan juga.
Siapa cakap makanan untuk orang diet tak sedap ye? Roti bakar kastard yogurt atau Yogurt Custard Toast ini cukup mudah nak membuatnya. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Tuan Adrianna Arissa ini.
Ambil sekeping roti, lenyekkan nipis bahagian tengah dengan menggunakan sudu.
Dalam satu bekas, campurkan bahan yogurt, sirap maple, serbuk kulit kayu manis dan telur. Kacau sebati. Kalau tak suka rasa dan bau kayu manis, boleh skip.
Letakkan campuran yogurt itu di atas roti tadi dan susun buah-buahan pilihan. Terpulang berapa banyak nak letak dan buah apa.
Susun roti di dalam tray di dalam air fryer. Bakar suhu 160 -170 selama 10 minit. Siap!