Sedap juga buat karipap untuk berbuka puasa kan? Boleh bekukan. Esok-esok nak makan lagi, tinggal goreng je. Tapi tak pernah buat. Macam mana ya?
Resipi ni sangat sesuai untuk orang yang baru nak cuba belajar buat karipap. Terutamanya orang bujang. Terima kasih pada Dapur Bujang yang sudi berkongsi dengan pembaca RASA. Walaupun rupa karipap tu kurang menarik tapi rasanya sudah cukup sedap untuk dinikmati sendiri atau berkongsi dengan kengkawan. Bolehlah cuba.
KARIPAP AYAM
BAHAN INTI
Ads
Minyak masak untuk menumis
2 inci halia (ditumbuk)
2 biji cili merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 helai daun kari
1/2 bawang besar (dipotong dadu)
2 isi dada ayam sederhana besar (dipotong dadu)
2 sudu besar rempah kari
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
1 biji kentang (potong dadu)
Daun bawang
BAHAN DOH
1 1/2 cawan kecil tepung gandum
1/2 senduk minyak masak
1/2 cawan air garam
CARA MEMBUAT INTI
1. Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan yang ditumbuk, bersama daun kari dan bawang besar.
2. Masukkan dada ayam serta rempah kari. Gaulkan.
3. Masukkan setengah cawan air dan garam secukup rasa.
4. Masukkan kentang dan tutup periuk. Biarkan kentang masak dan kuah menjadi pekat.
5. Setelah kentang empuk, dan kuah pekat, masukkan daun bawang. Alihkan ke dalam bekas, biar inti sejuk.
CARA BUAT DOH KARIPAP
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Buat bulatan kosong di tengah.
Ads
2. Panaskan minyak, setelah minyak masak panas, curahkan minyak ke tengah bulatan dan gaulkan bersama tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan air garam sedikit demi sedikit sambil menguli tepung. Pastikan tepung yang diuli tidak telalu lembik dan tidak terlalu keras.
4. Setelah diuli, masukkan ke dalam plastik selama 10 minit supaya doh menjadi lembut.
5. Keluarkan doh. Ambil sedikit doh dan buatkan bulatan. Leperkan doh dan masukkan inti. Kelim doh karipap dan gorengkan di dalam minyak panas. Setelah warna doh bertukar kuning keemasan, boleh angkat dan siap untuk dihidang!
Anda suka makan Apam Lenggang? Ni min nak kongsi resipi mudah perkongsian saudari Shida Razak KC yang anda boleh cuba buat secara homemade. Senang je rupanya. Bahan-bahan mudah kita perolehi dan sukatannya menggunakan cawan serta sudu. Senanglah nak sukat kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Cara makannya pun ringkas sahaja. Boleh dimakan begitu sahaja atau sesuai juga dimakan bersama sambal atau kuah bersantan. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dan kisar hingga halus dan sebati. 2. Bila sudah siap dikisar, masukkan ke dalam bekas dan tutup bekas tersebut. Peram selama 1-2 jam.
3. Untuk memasaknya, panaskan non-stick pan/kuali tak melekat. Oles sedikit mentega atau minyak menggunakan berus. Guna api kecil sahaja. 4. Tuang bancuhan apam dengan menggunakan senduk bulat dan rata-ratakan adunana supaya menipis dalam kuali. Proses ni macam kita buat kulit ketayap atau lempeng. Kalau kuali ade penutup boleh tutup masa memasak supaya apam masak sekata dan lembut.
5. Bila keliling apam sudah garing boleh gulung terus dalam kuali atau lipat dua. Angkat, letak terus dalam pinggan dan sedia untuk dinikmati.
Bagi yang menggemari hidangan berasaskan kelapa parut, kuih beko kelapa pandan ini antara yang boleh dicuba. Kuih tradisi dari Kelantan ini bukan saja enak, cara membuatnya juga mudah. Boleh guna acuan kuih cara saja.
Cara buat kuih beko kelapa pandan
Bahan-bahan
4 cawan kelapa pandan parut
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula
1 sdt garam
2 biji telur
1/4 cawan air
Sedikit pewarna hijau dan kuning
Perisa pandan kelapa
Cara membuat
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Gaulkan hingga sebati.
2. Panaskan acuan atas api dapur. Guna api kecil, sapukan minyak pada acuan.
3. Sendukkan adunan dan letak pada acuan.
4. Tutup acuba guna penutup periuk dan biarkan 7-8 minit. Balikkan kuih ke bawah supaya bahagian atas kuih masak rata.
INFO: Adunan ini boleh menghasilkan 36-40 biji kuih beko pandan.
Cucur kembung ini adalah salah satu versi cucur yang ada. Tapi cucur ini boleh dikatakan yang paling senang dan cepat siap. Kalau lapar waktu petang sesuai sangat untuk sediakan hidangan ini.
Sedap makan panas-panas, kalau hidang sepinggan sekejap saja licin. Kalau belum pernah buat cucur ini kenalah cuba. Caranya ada dikongsi oleh Munierah Rohanie
Cara buat cucur kembung
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum (Bakers Choice’s)
2 cawan air panas mendidih
3 sudu gula
Secubit garam
Cara membuat
1.Gaul sebati adunan guna senduk/sudu.
2.Bentukkan bulat bila adunan suam.
3.Sapukan minyak sikit dekat tapak tangan untuk cantikkan bentuk bulat cucur.