Hidangan sihat kerana menggunakan cara masakan rebus dalam masakkan. Hirup kuah ketika panas memberi rasa segar.
SINGGANG BENDI
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji kacang bendi
- 6 ulas bawang putih | diketuk
- 2 ulas bawang merah | hiris nipis
- 2 biji cili merah | dibelah dua
- 3 keping asam keping
- 5 keping kecil lengkuas
- garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk dan basuh sayur bendi tanpa memotongnya.
2. Masukkan bawang putih,bawang merah,lengkuas dan asam keping. Biarkan kuah sehingga mendidih.
3. Potongkan tangkai dan hujungnya serta potong dua sayur bendi dan di masukkan ke dalam kuah yang sedang mengdidih.
4. Tambahkan garam/perasa yang di sukai secukup rasa.
5. Bila sayur kelihatan masak,bolehlah dipadamkan api dan dihidangkan.
Kredit gambar & resipi: http://suzana-ciksue.blogspot.my/2012/06/singgang-bendi.html
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masak Kuah Lemak Lontong, Tak Lengkap Kalau Tanpa Sambal Tumis
Kuah lemak lontong atau kuah lodeh ini memang enak. Selalunya inilah antara hidangan wajib ada ketika Hari Raya. Dihidangkan bersama nasi impit dan sambal tumis.
Kini, kuah lemak lontong semakin mudah diperoleh. Peniaga restoran atau gerai jualan kuih menjadikan menu ini antara menu sarapan di kedai mereka. Memang ramai penggemarnya.
Nak tahu cara memasak Kuah Lemak Lontong yang sedap, ikuti perkongsian resipi daripada أختي اراني ini. Memang padu! Makan pula dengan sambal tumis pedas manis. Bertambah-tambah jadinya.
BAHAN-BAHAN:
¼ biji kubis
1 batang lobak merah (dipotong memanjang) – Boleh beli online di sini
9 batang kacang panjang
1 ikat soo hoon – Boleh beli online di sini
1 keping fucuk (dipotong memanjang) – Boleh beli online di sini
1 keping tempe (dipotong dadu dan goreng dahulu) – Boleh beli online di sini
2 batang serai (diketuk)
1 cawan udang hidup
½ biji kelapa parut
Garam
Gula
Serbuk kunyit – Boleh beli online di sini
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup – Boleh beli online di sini
1 inci halia
2 sudu besar udang kering – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
Masukkan pula udang dan sayur-sayuran yang agak keras.
Kemudian, masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih.
Masukkan pula kunyit sampai warna nampak cantik. Masukkan juga kesemua sayur, soo hoon dan tempe yang telah digoreng. Sayur lembik baru sedap makan lontong. Kacau guna api perlahan sahaja.
Akhir sekali, masukkan gula dan garam secukup rasa.
Buatkan juga sambal tumis ikan bilis.
Sedia untuk dihidangkan.
Kredit: أختي اراني
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Daging Masak Lemak Cili Api, Buat Cara Tumis Luar Biasa Sedap
Mahukan Air Katira Versi Ekspres dan Sedap, Begini Cara Buatnya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tempe Tumis Sambal, Menu Ringkas Yang Menyelerakan!
Tempe Tumis Sambal lauk simple yang menyelerakan. Makan lauk macam ni sahaja pun boleh buat makan nasi bertambah.
Menu ringkas yang tak perlukan banyak bahan. Tak perlu lauk lain makan macam ni ada kicap pun dah cukup.
Resipi lengkap telah dikongsikan oleh D Suraya Osman. Bahan yang digunakan untuk lauk ini sangat sedikit dan mudah dicari di kedai runcit berdekatan.
Tempe Sambal Tumis
BAHAN-BAHAN: (Dikisar)
3 ulas bawang merah / 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili api merah
2 biji cili merah
CARA PENYEDIAAN:
- Goreng tempe sehingga separuh masak.
- Tumis bahan kisar dan masukkan ke dalam kuali.
- Masukkan tempe yang telah digoreng separuh masak.
- Perasakan dengan gula,garam dan perasa.
- Masak sehingga garing atau mengikut selera.
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Tempe Goreng Berempah Kudapan Pagi Penuh Khasiat. Cicah Dengan Sambal Kicap Paling Sedap!
Kerepek Tempe Rangup Rasa Berempah, Ini Teknik Hirisannya Nipis
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Koleksi Resipi Masakan Lauk Pauk Mudah, Enak & Jimat Kos.
Bila setiap hari masak, ada kalanya kita akan buntu memikirkan menu. Jika asyik ulang lauk sama, naik jemu pula. Berikut adalah koleksi idea masakan kampung yang boleh anda cuba hasilkan sebagai sajian makan tengahari atau malam. Ringkas dan mudah. Selamat mencuba!
1. TUMIS KACANG PANJANG & KUPANG
BAHAN-BAHAN:
- 10 tangkai kacang panjang | dipotong 3cm
- 100gm isi kupang | dibersihkan
- 1 biji bawang besar| dihiris
- 2 biji cili merah | dihiris
- 4 ulas bawang putih | dicencang
- 1 sudu makan sos tiram
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang hiris dan cili sehingga layu dan berbau wangi.
- Selepas itu masukkan sos tiram, sedikit air dan isi kupang. Kacau rata sehingga sebati.
- Masukkan kacang panjang dan garam secukup rasa. Kacau lagi sehingga rata.
- Biarkan kupang masak dan kacang panjang layu sedikit.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jangan dimasak terlalu lama kerana kacang panjang akan lembik.
2. PERIA GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
- 1 batang peria | dihiris bulat, dibuang biji dan dicuci
- 1 sudu makan rempah kari
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 4 sudu makan tepung beras
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh serbuk cili
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan air
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rendam peria bersama 2 sudu garam dan gula. Kemudian tos dan keringkan.
- Masukkan peria yang telah dicuci ke dalam sebuah mangkuk.
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk peria tadi kecuali air. Gaul semua bahan hingga rata dan sebati.
- Masukkan 1/2 sudu makan air dahulu dan gaul rata. Jika ia nampak masih agak kering masukkan 1/2 sudu makan air lagi. Pastikan tepung bersalut cantik pada peria.
- Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali. Bila minyak sudah panas, masukkan peria sekeping demi sekeping dan jangan digoreng terlalu banyak pada sesuatu masa.
- Goreng peria hingga betul-betul garing. Angkat dan tos minyaknya. Sedia dihidangkan.
Info Chef: Peria direndam di dalam air garam dan gula untuk mengurangkan rasa pahitnya. Selain itu jika ingin peria digoreng cantik, gunakan kuali tanpa lekat.
3. IKAN PARI AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan pari | direbus dengan asam keping dan sedikit garam
AIR ASAM:
- 1 biji bawang besar | dipotong dadu
- 1 biji tomato segar | dipotong dadu
- 10 biji cili api | dihiris halus
- 2 tangkai cili merah
- 2.5cm belacan
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- 1 sudu makan sos cili
- 500ml bancuhan air asam jawa
CARA MEMASAK:
- Tumbuk cili merah bersama belacan, gula dan garam secukup rasa.
- Masukkan bancuhan air asam jawa ke dalam bekas bersama bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Gaul rata.
- Masukkan bawang besar, tomato dan cili api yang dipotong tadi. Gaul sebati.
- Letakkan ikan pari ke dalam pinggan dan curahkan air asam jawa ke atasnya.
- Sedia dihidangkan.
Info Chef: Selain direbus, ikan pari boleh juga dikukus agar ia tidak pecah.
4. SAMBAL TUMIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 5 keping petai |dihiris nipis termasuk kulitnya
- 1 biji kelapa |diambil santannya
- 5 tangkai cili kering |dikisar
- 5 biji cili padi |dikisar
- 2 biji bawang besar |dikisar
- 3 ulas bawang putih |dikisar
- 10gm belacan |dikisar
- Air secukupnya
- Sedikit asam keping
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Hiris petai bersama kulitnya sekali dan rendamkan seketika di dalam air. Toskan.
- Satukan bahan kisar bersama petai dan biarkan petai empuk seketika.
- Masukkan santan bersama asam keping. Kacau rata.
- Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan kuahnya pekat seketika.
- Angkat dan hidangkan.
Info Chef: Jika suka anda boleh juga meletakkan sedikit udang segar ke dalam kuahnya untuk lebih menaikkan rasanya.
5. ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
- 3 ekor ikan kembung
- 10 tangkai cili kering |dikisar
- 4 biji bawang merah |dikisar
- 2 ulas bawang putih |dikisar
- 1sm kunyit hidup |dikisar
- 1sm halia |dikisar
- 1sm lengkuas |dikisar
- 1 sudu makan pati asam jawa
- 3 biji kacang bendi
- 500ml air
- Daun kesum secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tumiskan bahan kisar hingga naik minyaknya.
- Masukkan sedikit air bersama air asam jawa. Biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan ikan bersama garam, daun kesum serta kacang bendi.
- Didihkan hingga kuahnya sedikit pekat dan berminyak.
- Angkat dan hidangkan.
Info chef: Selain kembung, boleh juga menggunakan ikan kegemaran anda yang lain.
6. SAMBAL CILI PADI POWER
BAHAN-BAHAN:
- 20 tangkai cili padi hijau | ditumbuk lumat
- 1 labu bawang besar | dipotong bulat
- 4 ulas bawang putih | di mayang
- 1 keping asam keping
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan cili padi yang ditumbuk tadi. Kacau rata dengan api perlahan.
- Setelah itu masukkan garam dan gula. Seimbangkan rasanya.
- Akhir sekali, masukkan asam keping dan biarkan sambal masak sempurna.
Info Chef: Asam keping dimasukkan di akhir tumisan untuk menyeimbangkan rasa pedas. Tidak perlu dimasukkan asam keping yang banyak kerana ia akan menyebabkan rasa sambal masam.
7. KERABU KAKI AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 8 ketul kaki ayam
- 1/2 biji bawang besar | di mayang
- 5 biji cili api hijau | dipotong
- 2 biji cili merah | dihiris halus
- 1 batang serai | dihiris halus
- 2 biji limau nipis | diambil jusnya
- 3 sudu makan sos ikan
- 1 pokok daun sup| dihiris halus
- Gula & garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan kaki ayam ke dalam periuk bersama sedikit garam dan air. Rebus sehingga empuk.
- Setelah kaki ayam betul-betul empuk, tos dan pisahkan isi dari tulangnya.
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.
- Sesuaikan rasanya dan sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Pastikan ayam yang direbus ditos terlebih dahulu sebelum digaulkan bersama bahan kerabu. Ini membuatkan kerabu lebih tahan lama.
8. BENDI GORENG BERLADA
BAHAN A:
- 10 biji sayur bendi
- 5 biji cili merah | ditumbuk
- 3 biji bawang merah | ditumbuk
- 1 ulas bawang putih | ditumbuk
- 2 sudu besar udang kering
- Sedikit air
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan bendi dan potong serong.
- Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama udang kering sehingga naik bau.
- Seterusnya masukkan sayur bendi bersama sedikit air. Kacau hingga rata dan tutup kuali seketika.
- Apabila bendi telah lembut, matikan api dan perasakan dengan sedikit garam.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Untuk rasa lebih pedas, boleh menggunakan cili padi yang ditumbuk bersama cili merah.