Resipi Singgang Daging Power Letak Budu. Fuhhh…Merecik Sedap!

Share

Pernah cuba resipi Daging Singgang yang ditambah budu? Jika tak pernah, anda memang kena cuba. Sedap! Padanannya mudah sahaja. Nasi panas, singgang daging dan ulam-ulaman sahaja. Itu sudah boleh membuka selera. Cubalah! Anda pasti kagum dengan rasanya.

 

SINGGANG DAGING BUDU

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2kg daging | rebus hingga empuk
  • 2 inci kunyit hidup | hiris nipis
  • 2 inci lengkuas | hiris nipis
  • 1 batang serai | titik
  • 10 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang besar | belah enam
  • 400ml air
  • 1 biji tomato | belah empat
  • 2 sudu makan budu
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan kunyit, lengkuas, serai, cili padi, bawang besar.
  2. Kemudian masukkan daging yang telah direbus. Biar ia mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  3. Akhir sekali masukkan tomato. Biar seketika dan tutup api.
  4. Masukkan budu untuk memberikan aroma yang lebih enak.
  5. Sedia dinikmati bersama nasi putih.

 

INFO CHEF: Jika masukkan budu, berhati-hati sebelum masukkan garam kerana budu sudah masin. Andai kurang menggemari budu, boleh diabaikan penggunaannya.

 

Published by
Nur