Jika masukkan budu, berhati-hati sebelum masukkan garam kerana budu sudah masin. Andai kurang menggemari budu, boleh diabaikan penggunaannya.
BAHAN-BAHAN:
- 1/2kg daging | rebus hingga empuk
- 2 inci kunyit hidup | hiris nipis
- 2 inci lengkuas | hiris nipis
- 1 batang serai | titik
- 10 tangkai cili padi
- 1 biji bawang besar | belah enam
- 400ml air
- 1 biji tomato | belah empat
- 2 sudu makan budu
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan kunyit, lengkuas, serai, cili padi, bawang besar.
- Kemudian masukkan daging yang telah direbus. Biar ia mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan tomato. Biar seketika dan tutup api.
- Masukkan budu untuk memberikan aroma yang lebih enak.
- Sedia dinikmati bersama nasi putih.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Set Nasi Briani, Boleh Cuba Ni Untuk Hidangan Raya.
Bosan dengan lauk pauk Melayu sepanjang musim raya ni? Jom ubah selera Malaysia sikit dengan mencuba menu masakan India yang dijamin sedap. Anda wajib cuba kerana bahan-bahan mudah dibeli, janji rajin untuk mencuba resipi yang Rasa kongsikan ini. Satu nasi, dua lauk, sekali buat gerenti ulang masak.
KARI KAMBING
BAHAN-BAHAN:
- 600gm daging kambing | botong dadu
- 3 sudu makan rempah
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu makan air asam Jawa
- 3/4 cawan yogurt
- 2 biji tomato | potong dadu kecil
- 1/2 cawan dauh pudina | cincang
- 1/2 cawan daun ketumbar cincang
- 1/4 cawan minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 2 biji cili hijau
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 biji buah pelaga
- 5-6 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis.
- Setelah wangi masukkan bahan kisar hingga naik bau.
- Kemudian masukkan, pes kari (campuran rempah kari, serbuk cili dan sedikit air).
- Kacau rata dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan daging kambing dan air asam Jawa. Terus kacau hingga daging kecut.
- Jika liat tambah sedikit air, reneh seketika.
- Setelah daging empuk masukkan yogurt dan perasakan dengan garam dan gula.
- Kacau rata dan kecilkan api, biarkan mereneh seketika.
- Sebelum tutu api masukkan hirisan daun ketumbar dan pudina.
- Kari sedia dihidangkan.
NASI BRIAYANI SAYUR-SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi
- 3 cawan air
- 1/2 cawan lobak merah | potong dadu kecil
- 1/2 cawan kacang panjang | hiris kecil
- 1/2 cawan cili benggala merah | potong dadi
- 1/2 cawan cili benggala hijau | potong dadu
- 1 biji tomato | cincang halus
- 1 sudu makan serbuk pati ayam
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu teh garam masala
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh air rose
- 1 cawan yogurt
- Sedikit daun pudina
- Sedikit pewarna kuning
- 2 sudu makan minyak masak
- 2 sudu makan mentega
- Sedikit hirisan daun pudina
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- Garam secukup rasa
REMPAH PENUMIS:
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 3cm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak bersama mentega di dalam periuk, tumis rempah penumis bersama bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan pula bahan campuran serbuk cili, ketumbar, jintan manis dan garam masala dengan sedikit air. Kacau rata.
- Tambah ke dalamnya yogurt, masukkan beras, daun pudina, ketumbar, garam dan serbuk perasa ayam.
- Angkat dan tukarkan ke dalam periuk nasi elektrik. Biarkan mendidih.
- Setelah air kering masukkan hirisan lobak merah, cili benggala merah dan hijau. Kacang panjang dan tomato, gaul rata.
- Setelah nasi masak, buatkan beberapa lubang pada nasi, dan tuangkan sedikit pewarna kuning.
- Tutup semula dan biarkan lima minit baru tutup api.
- Sedia dihidangkan bersama lauk yang telah disediakan.
KOFTA BEEF CURRY
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KOFTA:
- 500gm daging cincang
- 2 biji bawang besar | dadu halus
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 2cm halia | kisar
- 1 sudu makan garam masala | untuk campuran kofta
- 1 sudu makan sos tomato
- 3 sudu makan daun ketumbar | cincang halus
- Garam secukupnya
BAHAN KUAH:
- 2 sudu makan minyak masak
- 2cm halia | kisar halus
- 3 ulas bawang putih | kisar halus
- 1/2 cawan yogurt
- 2 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1sudu teh serbuk cili
- 1sudu teh serbuk cili
- 1sudu teh garam masala
- 1biji tomato | potong dadu kecil
CARA MEMASAK:
- Campurkan daging cincang semua bahan kofta dalam mangkuk, gaul rata dan sebati.
- Bulat-bulatkan sebatian daging cincang dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng kofta hingga keperangan, kemudian tambahkan bawang putih dan halia kisar.
- Terus goreng lebih kurang dua minit lagi.
- Seterusnya, campurkan serbuk ketumbar, kunyit, jintan manis, cili dan garam masala, tambahkan sedikit air dan kacau rata. Ketepikan.
- Sementara itu panaskan minyak, tumiskan pes masala yang siap dicampurkan tadi.
- Tumis hingga pecah minyak, kemudian tambahkan dengan yogurt dan tomato yang telah dipotong dadu.
- Tambahkan satu cawan air suam dan perasakan dengan garam secukupnya.
- Akhir sekali masukkan kofta, kecilkan api dan biarkan mereneh lebih kurang 3-5 minit.
- Tutup api,kofta sedia dihidangkan bersama nasi putih dan roti.
Rahsia Emak-Emak Buat Kari Paling Sedap..Memang Cukup Rasa!
“Saya suka masak kari, tapi rasanya tak sesedap yang saya makan di kedai. Terutamanya di restoran mamak. Apa rahsia mereka ya?”.
Kali ini, RASA ingin berkongsi rahsia untuk memasak kari yang sedap. Ada sesetengah daripada tip ini yang mungkin akan mengejutkan anda. Ayuh, teruskan membaca!
KARI AYAM atau DAGING
- Rempah kena garing, tetapi jangan sampai hangus, selalu orang bancuh serbuk kari dengan air. Tapi sebenarnya kena tumis bawang dan bahan lain, kemudian masukkan rempah kari. Goreng pantas selama 1-2 minit dan masukkan air. Tak perlu banyak, cukup sekadar mencairkan rempah. Perlahankan api sehingga terbit minyak.
- Kemudian barulah masukkan daun kari dan kentang. Masukkan pula daging atau ayam. Biarkan sehingga ayam atau daging mengecut, barulah ditambah air.
- Apabila sudah dimasukkan air, masukkan pula santan atau susu segar. Perlahankan api dan biarkan kuah mereneh.
- Apabila kentang sudah empuk, masukkan asam gelugur atau sedikit jus asam jawa sebelum diperasakan dengan garam.
- Antara rempah yang boleh menyedapkan kari adalah bunga lawang, pelaga dan kayu manis.
- Cara memasak kari daging adalah lebih kurang seperti kari ayam cuma kebanyakan orang utara lebih suka memerap daging dengan rempah kari sebelum dimasak. daging akan menjadi lebih lembut. aroma kari juga akan meresap ke dalam daging dan menjadikan kuahnya lebih sedap.
KARI IKAN
- Untuk kari ikan yang sedap, anda boleh masukkan 1 sudu besar beras yang disangai dan ditumbuk halus selepas selesai menumis. Kacau rata.
- Jika anda menggunakan ikan yang hanyir, campurkan asam jawa dan ramaskan bersama santan. Ia dapat memotong bau hanyir ikan.
- Ketika menumis, anda boleh masukkan sedikit garam untuk menggaringkan rempah dengan baik.
- Untuk menyedapkan lagi kari ikan, anda boleh ‘patahkan’ 2-3 biji cili hijau dan masukkan ke dalam kari selepas masukkan ikan.
- Jika anda mahu menggunakan bendi di dalam kari, ia tidak perlu dicampur sekali. Anda hanya perlu merebus bendi dalam air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (jangan terlalu lama). Ketika mahu menghidang kari, baharulah dimasukkan bendi (ini adalah optional).
- Sebelum anda masukkan ikan ke dalam kari, pastikan kuah kari sudah menggelegak. Jika tidak, isi ikan mudah hancur dan membuatkan kuah menjadi hanyir.
- Apabila ikan sudah masak, kecilkan api untuk biarkan ia terbit minyak dan tidak perlu terlalu lama.
- Ketika menumis, gunakan rempah seperti biji sawi, halba dan jintan putih/halus. Elakkan jintan manis kerana ia akan merosakkan rasa kari.
- Jika mahukan rasa kari yang lebih sedap, masaklah sehari sebelum dimakan. rasa rempah dan santan akan menjadi lebih sebati dan kuahnya juga akan memekat. Apabila dipanaskan, rasanya lebih sedap.
Sajian Barat Daging & Ayam, No 5 Tu Spageti Udang Sesedap Rasa
Apakata tengahari ni kita makan sajian barat. Sajian berasaskan daging, ayam dan udang memang sungguh wow sedapnya. Boleh dimakan dengan roti dan crepe atau makan dimakan begitu sahaja pun enak.
Ni min kongsikan 5 variasi sajian barat untuk makan tengahari dan malam. Resipi dari Azian , Hassan, penulis buku masakan. Min dah try memang lazat.
1. DAGING STROGANOFF
BAHAN-BAHANNYA :
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu
- 1 ulas bawang putih | dicincang halus
- 3 cendawan butang | dihiris nipis
- 3 sudu makan cuka epal (cider)
- 3 sudu makan mentega
- 500 gm daging batang pinang | dipotong memanjang
- 1 cawan krim
- 1 cawan susu segar
- 1 sudu teh pasli kering
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
1. Panaskan dan cairkan mentega dan masukkan bawang holland dan bawang putih.
2. Masak sehingga wangi. Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan cendawan butang dan masak selama 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
4. Masukkan daging dan masak sehingga daging keperangan.
5. Masukkan epal cider dan sedikit air dan biarkan ianya mendidih.
6. Masukkan serbuk lada hitam, pasli, garam,susu segar dan krim
7. Renehkan sebentar sehingga kuahnya pekat.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 25 hingga 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian Tradisional Russia
Keistimewaan : Daging berjus dengan rasa lemak berkrim
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Gunakan daging segar yang mempunyai sedikit lemak untuk rasa lebih enak. Sajian tradisional Russia ini sudah wujud sejak abad ke 19 dan amat popular di seluruh dunia.
2. AYAM PANGGANG DENGAN NENAS
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 biji nenas | sederhana saiz, dikupas dan potong dadu
- 2 ketul peha ayam
- 4 sudu makan mentega
- 1 sudu makan madu
- 2 biji bawang merah | dicincang halus
2 biji cili merah | dihiris nipis - 1 biji oren | ambil jusnya
- 1/2 cawan apple cider @ cuka epal
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu teh garam
CARA MEMASAKNYA :
1. Bersihkan ayam dan tos ayam dengan menggunakan tisu dapur
2. Lumurkan ayam dengan garam,serbuk lada hitam dan lada sulah
3. Sementara itu panaskan mentega didalam kuali
4. Tumis bawang sehingga layu dan kemudian masukkan madu.
5. Masukkan apple cider, jus oren nenas dan cili merah.
6. Bancuhkan tepung jagung bersama air dan masukkan kedalam kuali.
7. Masak sehingga kuah pekat
8. Letakkan ayam keatas dulang pembakar
9. Tuangkan kuah tadi keatas ayam .
10. Panaskan ketuhar, dan bakar ayam di dalamnya dengan suhu 250 C selama 40-45 minit.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Sajian barat fusion
Keistimewaan : Rasa masam manis dari nenas menjadikan ayam panggang lebih lazat
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Sajian barat dengan sentuhan rasa tempatan. Lazat dimakan bersama kentang putar dan coleslaw.
3. CREPE BERINTI BAYAM DAN AYAM
BAHAN-BAHAN :
Bahan crepe :
- 175 gram tepung serbaguna
- 3 biji telur
- 1 sudu makan mentega
- 1 ½ cawan susu segar
- ½ sudu teh garam
Bahan inti :
- 100gm isi ayam | dipotong dadu
- 1 labu bawang Holland | dipotong dadu
- 3 ulas bawang putih | dicincang halus
- 1 ikat daun bayam | secekak, dibasuh bersih dan ditoskan
- 3 tangkai daun ketumbar | dipotong pendek
- 1 sm halia | dicincang halus
- 1 sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu kecil garam masala
- 1 sudu kecil garam
- 3 sudu besar minyak
CARA MEMASAK:
Cara membuat Crepe:
1.Ayak tepung bersama garam. Ketepikan
2.Pukul telur sehingga kembang dan masukkan telur ke dalam adunan.
3.Kacau adunan hingga sebati.
4. Masukkan susu sedikit demi sedikit dan terus mengacau adunan.
5. Pastikan adunan tidak berketul.
6. Biarkan adunan seketika untuk 1 jam
7. Selepas itu bolehlah di panaskan kuali dan sapukan sedikit mentega
8. Masukkan satu senduk adunan dan ratakan seperti membuat pan cake atau lempeng.
Cara membuat inti :
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan masak sehingga ianya layu.
2. Masukkan isi ayam, bawang putih, halia ,serbuk cili, garam masala dan garam.
3. Selepas itu masukkan tomato dan bayam
4. Kacau hingga ayam masak dan akhir sekali masukkan daun ketumbar
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 – 30 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sajian barat fusion
Keistimewaan : Sajian crepe berkhasiat dengan gabungan inti ayam dan bayam
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Usah membuat crepe yang terlalu tebal kerana ia menenggelamkan keenakan rasa inti ayam bayam.
4. STEW DAGING
BAHAN-BAHAN :
- 500gm daging batang pinang | diptong saiz 3 sm
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu
- 100gm mentega
- 3 sudu makan tepung gandum
- 2 biji lobak merah | dipotong membulat tebal
- 2 batang saderi | dipotong pendek
- 3 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh thyme
- 1 sudu teh rosemary
- 3 helai daun bay
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan kuali dan cairkan mentega
2. Masukkan bawang holland dan masak setakat ianya layu.
3. Masukkan tepung dan kacau sehingga warnanya menjadi keperangan.
4. Tuangkan air sedikit demi sedikit
5. Ulang langkah ini selama 3 kali dan akhir sekali tuangkan air mengikut kesesuaian.
6. Masukkan kesemua bahan-bahan lain dan reneh sehingga daging lembut.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian barat
Keistimewaan : Sajian stew bertambah lazat, bila dihangatkan dari lauk semalaman.
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Enak dimakan bersama roti. Anda juga boleh menambahkan kentang, cendawan dan kacang pis hijau ikut rasa yang anda gemari.
5. SPAGHETTI UDANG
BAHAN-BAHAN :
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu
- 1 ulas bawang putih | dipotong dadu
- 1 sudu teh paprika
- 2 cawan stok ayam
- 150gm spaghetti | direbus dan toskan
- 4 ekor udang
- 2 ekor sotong
- 2 tangkai daun ketumbar | dicincang halus
- 1 sudu makan minyak zaitun
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
1. Rebuskan dan toskan spaghetti, ketepikan
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan bawang putih dan masak sehingga wangi.
3. Masukkan serbuk paprika, serbuk lada hitam,tomato dan stok ayam
4. Masak sehingga kuah mendidih dan masukkan udang dan sotong
5. Masak selama 2-3 minit dan perasakan dengan garam dan lada sulah. Akhir sekali masukkan spaghetti tadi dan gaul.
6. Taburkan daun ketumbar
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Pasta
Keistimewaan : Spaghetti Makanan Laut memang lazat dengan ramuan udang segar
Anggaran kos : RM 13
INFO CHEF : Selain udang dan sotong, anda boleh sahaja memasukkan makanan laut yang lain seperti kekapis, kerang, kepah dan sebagainya.