Lauk singgang sememangnya sinonim dengan orang-orang Pantai Timur. Jika anda biasa makan Ikan Singgang kuah putih, apa kata kali ni cuba Singgang Ikan Tenggiricara Terengganu pula. Kuahnya berwarna kuning kerana menggunakan kunyit hidup. Padu boh…Resipi ini adalah perkongsian dari saudaran Wan LuQman yang diambil dari ibunya sendiri. Bila dah resipi mak-mak ni, memang padu rasanya. Dapat pula makan bersama dengan budu, ulam-ulaman dan ikan goreng. Memang tak ingat dunia la jawabnya. Jom cuba!
CARA MASAK SINGGANG IKAN TENGGIRI TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
Ads
Ikan Tenggiri
2 biji kunyit hidup (besar ibu jari boleh tumbuk kasar)
3 hiris lengkuas (boleh tumbuk kasar)
12 batang cili padi
Sedikit biji ketumbar
3 ulas bawang Putih
3 keping asam keping
Garam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk dan isi air sampai bahan tenggelam.
2. Tutup periuk, biarkan mendidih dan biarkan hingga masak.
3. Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.
Ads
4. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih. Lagi bertambah sedap jika dimakan dengan tempoyak budu, ulam-ulaman dan telur dadar sebagai pelengkap hidangan.
Ads
INFO: Boleh tukar dengan ikan yang lain seperti ikan kembung, tongkol dan sebagainya.
Adakala, kita kurang berselera dek hampir setiap hari disajikan makanan yang penuh berlemak santan dan tumisan yang berminyak. Ketika itulah rasa macam tak tahu nak makan apa.
Saat tekak mengidamkan menu yang sederhana, tak berkuah namun cukup menambat selera, apa kata anda cuba buat ikan cencaru sumbat kelapa ini. Buat pedas-pedas sambal kelapa tu, lagi lah tambah selera.
Masak Lemak dan Asam Pedas memang antara hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Lauk ringkas dan biasa-biasa je tapi rasa dia memang luar biasa. Terasa nak masak menu ni hari ni? Jom cuba resipi yang admin kongsikan ni.
1. MASAK LEMAK IKAN MASIN KURAU DENGAN NANAS
BAHAN-BAHAN:
500gm tulang ikan masin kurau | rendam
1/4 biji nanas | kupas dan hiris nipis
300 ml santan
1 keping asam gelugor
1 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | carik dan simpul
600ml air
Perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
3cm kunyit hidup
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Rebus nanas dengan air hingga mendidih. Angkat dan toskan.
Bersihkan tulang ikan masin yang telah direndam, masukkan dalam periuk.
Seterusnya masukkan bahan kisar, daun kunyit, asam gelugor dan serai titik.
Tambahkan santan dan didik atas api sederhana. (Sentiasa kacau untuk elak santan pecah).
Setelah mendidih masukkan nanas yang telah direbus tadi.
Kecilkan api dan perasakan dengan serbuk perasa. Jika kurang masin tambahkan sedikit garam .
Setelah masak, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Tulang ikan masin boleh juga digoreng dahulu.
2. ASAM PEDAS IKAN PARI
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan pari | cuci bersih dan tos
1 biji terung bulat | belah empat
1 kuntum bunga kantan | belah empat
3 tangkai daun kesum | asingkan dari tangkai
150gm pes cili kering
1 sudu makan serbuk lada hitam
500ml air
Air asam Jawa secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pes cili dan kacau lagi.
Seterusnya masukkan serbuk lada hitam, daun kesum, bunga kantan.
Diikuti pula dengan memasukkan air asam Jawa, air .
Apabila mendidih masukkan ikan pari.
Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
Kecilkan api dan masukkan terung.
Biarkan kuah mereneh hingga sedikit pekat dan pecah minyak.
Tutup api dan asam pedas sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Ada sesetengah orang memasukkan kerisik di dalam masakan asam pedas.
‘Esok nak diet lah!’ ialah antara kata-kata atau ayat yang kita sendiri kadang- kala tidak mampu nak laksanakan.
Berikut ialah jenis-jenis diet yang popular bagi menghilangkan lemak tepu yang telah anda kumpul semasa berkunjung ke rumah terbuka rakan-rakan mahupun sanak saudara. Nak sihat dan kurus haruslah kene disiplinkan diri kan? Selamat mencuba!
Diet Paleo
Diet Paleo atau dikenali sebagai diet orang zaman batu mempunyai teori bahawa sakit moden yang masa sekarang ini adalah disebabkan pengambilan bahan-bahan seperti bijiran, tenusu dan juga makanan yang telah diproses. Diet Paleo lebih fokus pada pemakanan seperti sayuran, buah-buahan, kekacang dan mengelak pengambilan makanan yang diproses, gula, tenusu dan juga bijiran.
Diet Atkins
Diet Atkins merupakan antara diet yang popular di Malaysia. Diet atkins akan menolong dari segi kawalan tahap insulin dalam badan anda menerusi cara pemakanan yang betul.
Diet Atkins dikatakan berkesan kerana makanan yang anda ambil haruslah merupakan makanan yang mengandungi protein dan lemak serta mengelak daripada mengambil karbohidrat. Antara sebab utama diet ini berkesan adalah kerana ianya mengurangkan selera anda untuk mengambil makanan yang akan meningkatkan berat badan anda.
Diet Vegetarian
Kebanyakan vegetarian adalah lacto-ovovegetarians, dalam erti kata lain, mereka tidak makan makanan yang berasaskan haiwan, kecuali telur, susu, dan madu.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kajian menunjukkan bahawa golongan vegetarian mempunyai berat badan yang lebih rendah, kurang mendapat penyakit, dan secara umumnya mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada orang yang makan daging.
Diet Makanan Mentah (Raw Food)
Diet makan makanan mentah atau raw foodism, melibatkan makanan dan minuman yang tidak diproses, makanan tersebut berasaskan tumbuhan serta bahan organik yang ideal.
Bagi mereka yang ingin mencuba Raw Foodism, tiga perempat daripada pengambilan makanan anda harus terdiri daripada makanan yang belum dimasak. Sejumlah besar pengamal raw foodism turut merupakan vegan iaitu mereka tidak makan atau minum apa-apa yang berasaskan haiwan.
Terdapat empat jenis makanan mentah utama: vegetarian mentah, vegan mentah, omnivora mentah, dan karnivora mentah.
Intermittent fasting
Puasa secara berselang-seli adalah corak makan yang mana kitaran pemakanan adalah antara tempoh puasa dan makan. Daripada menyekat anda daripada makan, diet ini menandakan masa untuk anda perlu makan.
Puasa secara berselang-seli biasanya diamalkan untuk menurunkan berat badan kerana memudahkan proses penyekatan kalori anda.
Terdapat 4 kategori Puasa berselang-seli iaitu
Metod 16/8: Tidak mengambil sarapan dan hanya makan untuk 8 jam sahaja.
Metod Makan-berhenti-makan : Melibatkan anda berpuasa selama 24 jam sekali atau 2 kali dalam seminggu
Diet 5:2: Menghadkan pengambil kalori hingga 600 kalori 2 kali seminggu dan mengambil makanan seperti biasa bagi 5 hari yang selebihnya.
Diet Pahlawan: Hanya mengambil makanan seperti sayuran dan buah-buahan pada waktu pagi dan hanya mengambil makanan yang besar pada waktu malam.
Tapi haruslah ingat amalkanlah mengikut kemampuan anda. Diet, diet juga, senaman tetap kena buat juga. Lemak tepu itu takkan dapat hilang dengan mudah.