Suka makan Singgang Ikan Tongkol? Memang sedap lebih-lebih lagi letak bendi. Sajian ini adalah salah satu masakan Kelantan yang mudah, simple dan jimat masa. Bahan-bahannya pun mudah je. Bendi tu pilihan sahaja. Jika tak letak pun tak mengapa. Tapi kalau letak, lgi sedap meratah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mizah Ngatiman ni. Pasti puas hati. Selamat mencuba!
CARA MASAK SINGGANG IKAN TONGKOL CARA KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol – potong kecil
Bendi
2 biji cili – belah tengah
1 biji bawang merah – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
2 inci lengkuas – hiris
2 keping asam gelugur
Gram secukup rasa
Air sebanyak mana kita nak kuah singgang
CARA MEMASAK:
1.Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan semua bawang yang telah dihiris, lengkuas dan cili.
2. Bila kuah sudah mendidih manja, masukkan ikan.
Ads
3. Masukkan garam dengan secukupnya dan biar hingga isi ikan lembut.
4. Tambahkan asam keping.
5. Akhir sekali, masukkan hirisan bendi. Bila bendi kelihatan agak layu, tutup api.
6. Singgang Ikan Tongkol siap dan sedia untuk dinikmati.
Selain dimasak kari, ikan tenggiri memang enak dimasak kicap begini. Tekstur isinya yang padat serta lembut digandingkan bersama kuah kicap pedas berperisa, menjadikan hidangan ini begitu enak sekali.
BAHAN-BAHAN:
3 keping isi ikan tenggiri | perap bersama garam dan serbuk kunyit
1 biji bawang besar | dikisar halus
2 ulas bawang putih | dikisar halus
3 ulas bawang merah | dikisar halus
2cm halia | dikisar halus
1 biji bawang besar | dimayang
2 sudu makan kicap pekat
Kicap manis secukupnya
2 sudu makan cili kering kisar
1 keping asam gelugur
1 sudu makan sos cili
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Goreng ikan yang telah diperap tadi hingga masak. Ketepikan.
Kemudian tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos cili dan sedikit air. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
Masukkan asam gelugur, gula dan juga garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng dan juga bawang besar yang telah dimayang. Masak sehingga kuah agak pekat.
Sup ikan jernih yang segar serta rasa masam dan pedas yang sunggu menyelerakan. Gerenti hirup sup sampai licin mangkuk. Makan panas-panas memang puas menikmatinya. Boleh aje dimakan begitu sahaja, kalau tengah berdiet atau tak selera nak makan nasi.
SUP IKAN SIAKAP VERSI KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
3 biji bawang merah sederhana besar – dimayang*
4 biji bawang putih – dimayang*
Halia sebesar ibu jari – potong memanjang*
Sedikit minyak
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Perasa | Jika suka
2 Sup bunjut
Kayu manis
Bunga lawang
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan yang bertanda * sampai naik bau
2. Masukkan air agak-agak sesuai untuk sup seekor ikan.
3. Masukkan sup bunjut, kayu manis & bunga lawang.
4. Masak sampai mendidih. Bila sudah mendidih masukkan garam & perasa.
6. Kemudian masukkan ikan dan tunggu sehingga ikan masak.
7. Bila ikan sudah masak, rasa sup pun dahulu dan tutup api.
BAHAN HIASAN & PELENGKAP:
Daun sup – hiris
4 biji cili api – potong kecil
1 biji limau nipis – potong
Bawang goreng
CARA MEMASAK:
Masa hendak hidangkan sup, boleh taburkan dengan bahan-bahan pelengkap/hiasan dan limau nipis. Siap!
INFO CHEF:
Masa masak tidak perlu balik-balikkan ikan sebab nanti isi ikan hancur. Cukup sekadar ikan tenggelam keseluruhan bahagian di dalam sup
Masakan sup di Kelantan memang menggunakan perahan limau nipis, cili padi potong selain daun sup & bawang goreng dalam masakan mereka. Ala-ala thai sup macamtu.
Penggemar kari dan asam pedas boleh cuba dua resipi yang dikongsikan oleh Puan Sri Nisa Bakri ni, ia memang sangat sedap sangat. Selain boleh dimakan dengan nasi, cecah dengan roti canai dan roti jalan pun layan. Sesuai ni untuk hidangan berbuka puasa petang nanti atau boleh je buat untuk hidangan di Hari Raya nanti.
KARI IKAN MASIN BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
500gm udang |saiz XL
150 gm isi ikan masin kurau | rendam dan goreng
2 sudu makan telur masin | kuning sahaja dan hancurkan
3 sudu makan pes kari
1 sudu kecil halba campur
1 biji bawang holland | potong dadu besar
2 biji tomato | potong dadu
2 batang kacang bendi | potong dua
2 tangkai cili hijau | potong dua
1 tangkai daun kari
1cawan santan pekat
Air secukupnya
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk tanah, panaskan minyak.
Tumiskan halba campur bersama daun kari, kacau hingga wangi.
Seterusnya masukkan masukkan pes dan kacau lagi. Jika terlalu pekat tambah air.
Kemudian masukkan ikan masin, diikuti dengan sedikit lagi air. Biarkan seketika.
Masukkan bahan sayuran, kacang bendi, tomato dan cili hijau.
Ia diikuti dengan udang, kuning telur masin dan santan.
Kacau dan biarkan mendidih dan udang masak.
Angkat dan hidangkan.
ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI ALA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
500gm ikan tenggiri | bersih dan tos
2 sudu makan pes asam pedas
2 sudu makan telur masin | bahagian kuning dan dihancurkan
2 kuntum bunga kantan | hiris
1 biji bawang Holland | potong dadu besar
1 biji tomato | belah empat
Sedikit daun ketumbar | hiris
2 tangkai daun kesum | lurut dari tangkai
2 biji cili merah | belah dua
2 biji cili hijau | potong dua
1/2 cawan santan pekat
Air secukupnya
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis pes (campur sedikit air jika terlalu pekat).
Masukkan bawang Holland, kacau seketika dan tambah air secukupnya.
Setelah mendidih masukkan ikan, bunga kantan, daun kesum, cili merah dan hijau.
Bila ikan masak, masukkan santan dan telur kuning, biarkan mendidih seketika.