Jom masak Singgang Tulang! Tulang sedap dimasak sup. Namun jika dah jemu, boleh cuba masak Singgang Tulang cara orang Kelantan ni. Bahan-bahannya sedikit berbeza dengan resipi Singgang Ikan namun rasanya sangatlah sedap sehinggakan anda tak mampu melupakannya. Gitu… Bagi anda yang nak cuba, Cikgu Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
Sedapnya Kuah Kacang Daging ni. Sesuai dihidangkan buat tetamu di hari raya. Kalau nak tahu, resipi Kuah Kacang Daging ni mudah dan cepat disediakan. Memang sedap dinikmati bersama nasi impit dan juga sate. Hirisan daging dalam kuah, menaikkan lagi keenakkan dan rasanya. Jom cuba. Anda pasti puas hati.
CARA MASAK KUAH KACANG DAGING
10155460144838739
BAHAN-BAHAN:
500gm kacang tanah tumbuk segera | boleh diperolehi di pasaraya utama
150gm daging | hiris nipis
200ml santan
200ml air
4 sudu makan pes cili
Satu sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
2cm lengkuas
2cm halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan pes cili, kacau rata hingga pecah minyak.
3. Masukkan pula daging, kacau rata.
4. Seterusnya masukkan kacang kisar, diikuti air.
5. Kacau rata hingga mendidih.
6. Tambahkan santan, air asam jawa garam dan gula secukupnya.
Alahai sedap dan ranggupnya Ayam Goreng Serunding, kena pulak dengan Semur Daging Batawi yang lembut kaya dengan rasa rempah ratusnya dan ditambah pula dengan hidangan Ikan Gurame Bersama Bumbu Gulai yang lemak-lemak pedas dan Kepitang Sos Merah yang pedas manis, memang makan berpeluh punya kerana empat menu autentik Batawi ini memang sedap dan comfirm makan nasi bertambah-tambah. Bila sedap admin kongsikan resipinya untuk kita cuba bersama.
AYAM GORENG SERUNDING
BAHAN BAHAN:
800gm ayam | dipotong 4
100ml air kelapa
2 lembar daun salam
2 batang serai
80gm gula merah
1 liter minyak masak
BAHAN KISAR UNTUK AYAM:
150gm bawang merah
50gm bawang putih
3gm serbuk ketumbar
20gm garam
15gm kunyit hidup
10gm buah keras
BAHAN SERUNDING:
200gm kelapa parut kasar
50g asam jawa
2 helai daun salam
1 batang serai
20gm garam
20gm gula pasir
100gm minyak masak
BAHAN KISAR SERUNDING:
3gm biji ketumbar
3gm biji jintan manis
50gm bawang putih
60gm lengkuas
150gm bawang merah
CARA MEMASAK:
Rebuskan ayam, kemudian gaulkan bersama bahan kisar , air kelapa, gula merah, daun salam, dan serai. Biarkan dalam 1 jam.
Kemudian panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing.
Untuk serunding pula, panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar, daun salam, dan serai sampai harum.
Tambahkan garam dan gula pasir. Gaul rata.
Masukkan kelapa parut dan air asam jawa. Masak sampai kering.
Sajikan ayam goreng dengan taburan serunding.
Hiaskan bersama daun ketumbar dan cili merah.
SEMUR DAGING BETAWI
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang
2 helai daun salam
3biji bunga cengkih
1 batang kayu manis
1 biji buah pala
2 biji buah tomato
150gm kicap manis
100gm bawang merah | goreng untuk hiasan
BAHAN KISAR:
50ml minyak masak
200gm bawang merah besar
40gm bawang putih
20gm buah keras
10gm garam
3gm serbuk lada sulah
5gm serbuk ketumbar
5gm serbuk jintan manis
50gm hali
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang merah hiris sampai wangi. Masukkan bahan kisar, daun salam, cengkih, kayu manis dan biji pala sehingga naik wangi.
Masukkan daging, gaul daging sehingga berubah warna. Tambahkan tomato dan gaul sampai layu. Masukkan kicap manis dan gaul lagi sehingga rata.
Tuangkan air rebus sampai daging empuk.
Taburkan bawang merah goreng dan hidangkan.
IKAN GURAME BBUMBU GULAI
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan gurame | potong 2 bahagian (ikan tilapia)
20 helai daun kemangi (daun selasih)
1 biji santan kelapa
40gm Air asam jawa (untuk melumuri ikan)
4 biji belimbing buloh
2 helai sireh
3 helai daun limau purut
3 helai daun salam
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
20gm garam
15gm gula
BAHAN KISAR:
60gm bawang putih | hiris nipis
200gm bawang merah | hiris nipis
20gm kunyit hidup
3gm serbuk ketumbar
40gm buah keras
50gm halia
CARA MEMASAK:
Cuci ikan sehingga bersih dan potongkan dua bahagian. Kemudian lumurkan ikan secara menyeluruh dengan menggunakan air asam jawa.
Selepas itu rendamkan ikan dalam 10 minit.
Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar. Kemudian tambahkan daun sireh, daun limau purut dan juga daun salam. Masukkan air.
Masukkan ikan gurame, kemudian masukan pula belimbing buloh.
Tambahkan pula cili hijau dan merah yang sudah dipotong sebelumnya, serta masukan pula bawang merah yang sudah dihiris, gula, garam, dan gaulkan rata sehingga masak.
Setelah gulai sudah pekat masukkan daun kemangi ke dalam gulai yang sedang dimasak tadi.
Setelah dirasa masak sempurna, angkat dan hidangan.
KEPITING SAUS MERAH (KETAM)
BAHAN-BAHAN:
4 ekor kepiting (ketam) | dipotong 2 bahagian
30gm bawang putih | dicincang kasar
100gm bawang merah | dicincang kasar
30gm halia | dicincang halus
10gm cili kering | dicincang halus
30gm sos tomato
30gm cili boh
15gm kicap manis
15gm garam
20gm gula pasir
100ml air
5gm daun bawang | dihiris halus
200ml minyak masak
CARA MEMASAK:
Gorengkan ketam sampai berubah warna. Angkat dan toskan minyaknya.
Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai wangi baunya. Tambahkan cili kering. Tumiskan sampai layu.
Masukkan ketam dan gaul rata.
Tambahkan sos tomato, cili boh, kicap manis dan garam. Gaulkan sehingga rata.
Tuang air dan masak sehingga sos pekat. Tambahkan daun bawang. Biarkan sebentar lalu angkat dan hidangkan.
Sedap, segar menyelerakan, itulah yang dapat digambarkan apabila menikmati sup tulang. memang terangkat. Istimewanya selain boleh dimakan begitu sahaja, sup tulang juga boleh dipadankan dengan nasi putih, bihun, mi atau kuetiaw . Nak pedas tambah sambal kicap. Kepada yang nak cuba masak sendiri, RASA kongsikan resipi kerana lebih berbaloi buat sendiri.
SUP TULANG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang | cuci bersih dan toskan
3cm halia | titik
3 ulas bawang putih | titik
1 batang serai
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan rempah sup
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN PENUMIS:
8 ulas bawang merah | hiris
5 ulas bawang putih | hiris
3 cm halia muda | hiris memanjang
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
BAHAN HIASAN:
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tulang dalam periuk bersama air, serai, halia dan bawang putih yang telah dititik. Rebus sehingga empuk.
2. Kemudian, panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan hirisan bersma rempah penumis hingga wangi
3. Masukkan rempah kurma dan rempah sup yang dicampur bersama dan dibancuh dengan sedikit air
4. Setelah pecah minyak masukkan rebusan tulang bersama airnya sekali.
5. Biarkan mereneh, tambahkan asam gelugor dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Selepas mereneh lebih kurang 10 minit dan cukup rasa, tutup api.
7. Taburkan hirisan daun bawang, daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!