Makan

Resipi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Makin Sedap Bila Tambah Pucuk Paku

Share

Sejak video perlumbaan siput sedut tular di media sosial, maki popular pula hidangan ini. Siput sedut ini paling sedap bila buat masak lemak cili api, ditambah pula dengan pucuk paku lagilah mantap. Nak rasa keenakannya kenalah buat sendiri.

Resipi siput sedut masak lemak cili api bersama pucuk paku

Bahan-bahan

1 kg siput sedut – rendam sekejap dengan air garam, buang ekor dan cuci bersih kemudian tos
10 – 15 biji cili padi – kisar halus
2 inci kunyit hidup – kisar halus
2 inci halia – kisar halus
2 batang serai – dititik
1 kotak santan
3 ulas bawang putih – kisar halus
5 ulas bawang merah – kisar halus
1 ikat pucuk paku
1 kiub pati ikan bilis
Garam dan gula secukupnya
1 keping asam gelugur

Cara membuat:

1. Bersihkan pucuk paku, potong pendek.

2. Tuang bahan kisar ke dalam periuk lalu masukkan serai dan asam gelugur. Kacau hingga naik bau, tambahkan sedikit air kemudian masukkan siput sedut.

3. Bila mendidih masukkan santan. Masak dengan api sederhana sambil kacau perlahan, selepas mendidih masukkan kiub pati bilis dan pucuk paku, perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

4. Masak hingga kuah mendidih dan pekat, tutup api. Siap untuk dihidangkan.

Resipi: Nur Masri

 

Published by
Rose