Resipi Siput Sedut Masak Lemak Paling Sedap & Ringkas Yang Puan-Puan Boleh Cuba Hari Ni.

Share

Menu yang menjadi kegemaran ramai. Walaupun agak sukar untuk menyiang siput, tetapi ramai sanggup bersusah-payah demi semangkuk hidangan enak ini. Anda suka? Jom cuba resipi ni. Memang terasa lemak-lemak serta manis isi siput. Pasti puas hati.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg siput sedut
  • 5 ulas bawang merah |kisar
  • 3 ulas bawang putih|kisar
  • 2 inci kunyit hidup |kisar
  • 2 inci halia|kisar
  • 15 tangkai cili padi|kisar
  • 2 batang serai |dititik
  • 500ml santan

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan siput sedut dengan menggunakan berus hingga bersih
  2. Rendam sebentar di dalam air garam untuk membuang kotoran.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga harum
  4. Masukkan santan, serai dan siput. Kacau secara perlahan di atas api sederhana hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam. Masak hingga kuah sedikit pekat Sedia dihidangkan.

Info Chef: Pastikan bahagian hujung siput dibuang. Kalau tak jenuh nak sedut isi siput ni… Memang tak akan keluar.

Published by
Nur