Sira Labu manisan yang sangat sinonim dengan rakyat Kelantan. Tatkala bulan puasa, ia merupakan salah satu manisan yang dijual sebagai juadah berbuka puasa. Begitu juga di majlis-majlis kenduri kendara dahulu kala. Sira Labu adalah salah satu manisan wajib ada. Namun kini, agak jarang menjumpai manisan ini. Bagi anda yang teringin nak rasa atau rindu nak makan Sira Labu, saudari Yani Mariani ada kongsikan resipinya. Lembut berkilat hasilnya! Persis air tangan orang tua dulu-dulu. Psti sedap. Jom cuba!
CARA MASAK SIRA LABU KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 biji labu
5 keping gula melaka (beli online disini)
2 sudu makan gula (beli online disini)
2 helai daun pandan
Kapur makan secukupnya (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan labu dan potong menjadi kepingan ‘wedges’ sederhana tebal. Kulit labu terpulang. Boleh dikupas atau dibiarkan sahaja.
2. Lumur kepingan labu tadi dengan kapur makan dan biarkan selama 3 jam. Selain dilumur, anda juga boleh merendamnya dengan air kapur. Tujuan kapur digunakan adalah supaya labu tidak lembik dan hancur apabila disira.
3. Cukup masa, bersihkan sisa kapur pada kepingan labu dan basuh bersih. Toskan.
4. Masukkan labu, daun pandan, gula dan gula melaka ke dalam periuk. Tidak perlu tambah air.
5. Masak guna api perlahan sehingga labu masak dan meresap bahan sira.
6. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Yani Mariani
Suka shopping online? Dapatkan baucar FREE SHIPPING dengan belian minima RM10 DISINI!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official