Minuman Sirap Fanta Hijau ni memang sedap dan antara minum popular disajikan bila tiba musim perayaan. Bagi anda yang tertanya-tanya, bagaimana nak hasilkan pati sirap ini, caranya mudah sahaja. Saudari Nurul Ateekah ada kongsikan resipinya. Satu adunan ini boleh dapat sekitar 4 liter pati. Banyak dan boleh bancuh banyak kali. Nak sedekah pada jiran-jiran pun boleh. Sangat berbaloi. Jom cuba!
CARA MEMBUAT PATI SIRAP FANTA HIJAU
BAHAN-BAHAN: 330ml pati Oren Sunquick 3kg gula(beli online disini) 1/2 botol pewarna hijau apple @ pandan paste (beli online disini) 1/2 botol esen pisang 1 helai daun pandan – disimpul 2 liter air
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dan daun pandan yang telah disimpul ke dalam periuk.
Ads
2. Masukkan gula.
3. Seterusnya masukkan pati oren dan perasa pisang.
4. Tambahkan juga pewarna hijau epal / pandan paste.
5. Kacau sebati dan masak sehingga semua bahan bercampur sempurna.
6. Biarkan warna menjadi seperti ini dan kacau sentiasa supaya gula larut. Padamkan api dan sejukkan pati.
7. Untuk menyimpannya, bila pati Sirap Fanta Hijau sudah sejuk bolehlah dimasukkan ke dalam bekas atau botol yang bersesuaian.
8. Untuk menikmati minuman enak ini, caranya ialah dengan memasukkan ais ke dalam gelas, masukkan pati sirap angggaran 2 sudu makan, Tambahkan air dan kacau sebati.
Ads
9. Sedia untuk dinikmati.
Nota: Pati sirap Fanta Hijau ini boleh dapat dalam 4 liter. Jika mahu buat dalam jumlah sedikit, boleh bahagikan bahan kepada separuh.
Sedapnya Tauhu Telur atau Tauhu Jepun ni. Macam-macam menu boleh dimasak menggunakan bahan ini. Boleh dimasak sup, dijadikan inti dumpling atau dimasak bersama sayur pun sedap. Di Malaysia, Tauhu ini mudah diperolehi di pasaraya namun jika tinggal di luar negara atau nak cuba buat sendiri, resipi perkongsian saudari Ida Alina Salleh ni boleh dicuba. Sangat mudah, jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TAUHU TELUR HOMEMADE
BAHAN UNTUK TAUHU TELUR:
6 biji telur saiz besar
500ml susu soya panas ( resipi soya homemade ada disertakan bawah)
5gm tepung jagung
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur ke dalam bekas dan pukul. Pada masa yang sama, masukkan garam dan tepung jagung ke dalam bekas soya panas. Kacau rata.
2. Tuangkan soya tadi ke dalam bekas telur. Pukul perlahan hingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam loyang atau bekas bersesuaian. Kukus selama 20 minit menggunakan api perlahan. Pastikan alas tutup kukus dengan kain supaya tidak menitis.
4. Bila sudah sejuk, keluarkan tauhu dari acuan dan potong ikut saiz yang sesuai untuk masakan anda.
5. Rupa tauhu yang sudah siap untuk digunakan.
BAHAN UNTUK BUAT AIR SOYA:
250gm kacang soya
1.8 liter air
CARA-CARA:
1. Rendam kacang soya semalaman. Kemudian kisar dengan air hingga betul-betul halus. Tuang kisaran soya ke dalam kain kasa.
2. Ambik air soya yang ditapis tadi dan masak atas api hingga merenih lembut selama beberapa minit. Jangan sampai mendidih.
3. Gunakan tapis untuk membuang buih-buih yang terbentuk di permukaan soya. Ambil 500ml susu soya ini untuk menghasilkan Tauhu Telur.
4. Lebihan susu soya boleh direbus bersama daun pandan dan gula. Ia enak diminum pada bila-bila masa.
Sesekali masak Ikan Pari Kuh Lada, masakan popular orang Melaka memang layan, rasa pedas hangat dan sedap ni memang mengundang selera makan. Jika anda memasaknya, jangan lupa buat lebih kerana, lagi diperangatkan kuah akan menjadi lebih sedap. Selain makan dengan nasi, lauk ini juga sedap dicicah dengan roti jalan, roti dan roti canai. Terpulang pada citarasa anda dan keluarga. Untuk resipi penuh, berikut dikongsikan resipinya.
IKAN PARI MASAK KUAH LADA BAHAN-BAHAN:
1kg ikan pari | potong sederhana
15 tangkai cili kering | kisar
1 keping kelapa bakar | hiris kecil dan tumbuk hingga jadi seperti kerisik
1 cawan air asam jawa
2-3 helai daun limau purut
2 biji tomato | belah empat
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak Bahan Kisar:
2cm halia
3cm kunyit hidup
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan Bahan Goreng Sangai & Kisar:
1 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan jintan putih
1 sudu makan lada hitam
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan cili kering kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan kelapa bakar yang telah ditumbuk tadi.
Apabila timbul minyak, masukkan ikan dan air asam jawa. Tambahkan air secukupnya.
Setelah mendidih masukkan daun limau purut dan tomato.
Menu Asam Pedas Ayam Stail Nyonyani nampak sangat menyelerakan. Sangat membuka selera jika dihidangkan tatkala berbuka puasa. Ada lauk ni tak perlu dah menu utama yang lain. Cukup sekadar nasi panas, sambal belacan berserta ulam-ulaman. Memang terangkat! Saudari Umi Watieada kongsikan resipinya. Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
1.Kisar halus bahan-bahan bertanda (**). Cili kering perlu direbus sekejap bagi lembut barulah dikisar. 2. Dalam kuali, tumiskan semua bahan kisar dan serbuk kari. Tumis sampai garing dan pecah minyak. Kacau-kacaukan tapi jangan sampai hangit.
3. Tengok dah pecah minyak dan garing elok, masukkan ayam dan daun limau purut. Kacau lagi sampai ayam kecut.
4. Masukkan air asam jawa dan juga air dengan secukupnya. Biarkan mereneh sampai ayam masak.
5. Masukkan terung, kalau suka bendi pun boleh letak. Ubi kentang pun boleh. Ikut selera. Masak lagi sampai semua bahan masak elok. Perasakan dengan garam dan gula. Seimbangkan rasa.
6. Asam Pedas Ayam stail nyonya siap untuk dinikmati.