Minuman Sirap Fanta Hijau ni memang sedap dan antara minum popular disajikan bila tiba musim perayaan. Bagi anda yang tertanya-tanya, bagaimana nak hasilkan pati sirap ini, caranya mudah sahaja. Saudari Nurul Ateekah ada kongsikan resipinya. Satu adunan ini boleh dapat sekitar 4 liter pati. Banyak dan boleh bancuh banyak kali. Nak sedekah pada jiran-jiran pun boleh. Sangat berbaloi. Jom cuba!
CARA MEMBUAT PATI SIRAP FANTA HIJAU
BAHAN-BAHAN:
330ml pati Oren Sunquick
3kg gula (beli online disini)
1/2 botol pewarna hijau apple @ pandan paste (beli online disini)
1/2 botol esen pisang
1 helai daun pandan – disimpul
2 liter air
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dan daun pandan yang telah disimpul ke dalam periuk.
2. Masukkan gula.
3. Seterusnya masukkan pati oren dan perasa pisang.
4. Tambahkan juga pewarna hijau epal / pandan paste.
5. Kacau sebati dan masak sehingga semua bahan bercampur sempurna.
6. Biarkan warna menjadi seperti ini dan kacau sentiasa supaya gula larut. Padamkan api dan sejukkan pati.
7. Untuk menyimpannya, bila pati Sirap Fanta Hijau sudah sejuk bolehlah dimasukkan ke dalam bekas atau botol yang bersesuaian.
8. Untuk menikmati minuman enak ini, caranya ialah dengan memasukkan ais ke dalam gelas, masukkan pati sirap angggaran 2 sudu makan, Tambahkan air dan kacau sebati.
9. Sedia untuk dinikmati.
Nota: Pati sirap Fanta Hijau ini boleh dapat dalam 4 liter. Jika mahu buat dalam jumlah sedikit, boleh bahagikan bahan kepada separuh.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official