Resipi Sizzling Tauhu Telur. Mudah Betul Cara Masaknya

Share

Biasa tauhu telur dimasak sup je kan? Sebenarnya ada menu berkuah lain yang sedap dimasak menggunakan tauhu telur ini. Saudari Raihanatu Zie ada kongsikan resipi Sizzling Tauhu Telur yang cukup sedap dan mudah yang boleh anda cuba. Rasanya tidak pedas, pasti kena dengan selera anak-anak. Jom cuba!

CARA MASAK SIZZLING TAUHU TELUR

BAHAN-BAHAN:
3 tiub tauhu telur
Capsicum merah secukupnya
Capsicum kuning secukupnya
Bunga kubis secukupnya
Cendawan shiitake beli online disini


1 sudu makan lada putih beli online disini
1 sudu makan kicap cair – boleh guna kicap masin beli online disini
1 sudu makan sos tiram beli online disini
1 sudu makan minyak bijan beli online disini
Tepung jagung secukupnya beli online disini
Sedikit bancuhan tepung jagung
Hirisan daun bawang (additional)
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA MEMASAK:
1.Potong semua sayur-sayuran dan tauhu telur.


2. Salut kepingan tauhu telur bersama tepung jagung.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng kepingan tauhu telur tadi hingga kuning keperangan. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Masukkan air secukupnya. Boleh juga masukkan air rebusan ayam.


5. Bila kuah sudah mendidih, masukkan hirisan sayur-sayuran yang telah dipotong.
6. Letak serbuk lada putih, kicap cair, sos tiram dan minyak bijan. Sebatikan.
7. Seterusnya masukkan tauhu telur yang telah digoreng tadi.

8. Bila sudah mendidih, masukkan air bancuhan tepung jagung. Sebatikan.
9. Tabur daun bawang dan hidangkan segera.

INFO:

  • Goreng tauhu telur tak perlu deep frying, guna sedikit minyak sahaja.
  • Lumur tauhu dengan tepung jagung supaya tauhu tidak hancur ketika digoreng.
  • Enak dinikmati bersama nasi wholegrain dan ulam timun.

Kredit resipi & foto: Raihanatu Zie

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Nur