Resipi Sizzling Yee Mee Homemade Tanpa Guna Hot Plate.

Share

Hidangan panas seperti Sizzling memang sesuai dijadikan  hidangan makan malam. Biasanya anda perlu membelinya di kedai. Namun, kenapa perlu beli lagi jika anda sebenarnya boleh menyediakan sendiri hidangan bertaraf restoran di rumah? Tak susah pun nak buat kuahnya jika anda jumpa resipi yang betul. Jika tak ada Hot Plate untuk sizzling tu pun tak apa. Jom cuba. Anda pasti sukakannya.

 

SIZZLING YEE MEE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 inci halia – potong ikut suka
  • 8 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 6 ketul ayam – potong kecil
  • 8 tangkai cili kering – potong kasar
  • 10 biji cendawan kering – potong kasar (rendam terlebih dahulu dalam air panas selama 1/2 jam.
  • 4 sudu makan tepung jagung – larutkan dalam air
  • Yee mee secukupnya
  • Sawi – potong kecil
  • Telur
  • Sos tiram – ikut citarasa. Tambah ikut kesesuaian.
  • Kicap lemak manis – ikut citarasa. Tambah ikut kesesuaian.
  • Kicap pekat  – ikut citarasa. Tambah ikut kesesuaian.
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

1. Untuk menyediakan kuah sizzling, panaskan minyak masak dan tumis halia serta bawang putih menggunakan api perlahan hingga kekuningan.

2. Masukkan cili kering dan kacau hingga garing.

3. Tambahkan ayam serta 1 mug air. Tambahkan juga sedikit garam dan biarkan mendidih selama 5 minit.

4. Seterusnya masukkan cendawan diikuti sos tiram, kicap lemak manis, kicap pekat dan 3 mug air. Biarkan mereneh seketika.

5. Setelah ayam empuk dan kuah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung. ( tip: buka api pada tahap kepanasan maksimun, kacau sehingga kuah tak berketul dan sampai pada kepekatan yang sesuai.

6. Cara membuat sizzling: Letak hot plate diatas api ( jika tiada, guna pemanggang ajaib), tuang sedikit kuah kemudian letak yee mee, sayur dan telur.

7. Buka api pada kepanasan maksimum dan tuang kuah sekali lagi keatas yee mee. Masak hingga lembut.

8. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Julieta Naura Aisya

Published by
Nur