Resipi Chi Kwa atau snek daging kering ni sangat popular dalam kalangan masyarakat Cina sewaktu menyambut Tahun Baru Cina. Resipi asal telah di olah supaya menjadi versi yang Halal untuk di makan oleh orang Islam di kongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook. Dalam resipi ni menggunakan daging ayam sahaja. Jom kita cuba resipi ni.
DAGING KERING / CHI KWA
BAHAN-BAHAN:
300g isi ayam kisar
2 ulas bawang putih – BELI DI SINI
1 sudu besar serbuk smoked paprika /cili – BELI DI SINI
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis – BELI DI SINI
1 sudu kecil serbuk kayu manis – BELI DI SINI
3 sudu besar sos merah @ kicap masin
3 susu besar madu – BELI DI SINI
CARA PENYEDIAAN:
Isi ayam kisar. Beli dah siap kisar.
Bahan serbuk ni, kalau malas nak sediakan satu-satu, beli sahaja rempah pra-campuran “chinese 5 spices” di pasar raya.
Campurkan rempah dan bawang putih pada ayam kisar. Gaul sebati.
Letak sos merah, atau kicap masin. Nak letak apa-apa perencah lain pun silakan. Resepi ni saya tak gunakan garam sebab sos dah masin.
OK ni sos merah ramuan rahsia! Padu benda ni!
Bahan-bahan: (dapat 1 cawan sos)
4 sudu besar taucu manis (masin pun OK)
8 sudu besar gula Melaka
2 sudu besar minyak bijan
½ sudu kecil cili boh
½ sudu kecil pes asam jawa
2 sudu kecil tepung jagung
Masukkan madu dan gaul sebati lagi. Dah gaul banyak kali baru terfikir kenapa tak campur semua bahan, barulah gaul.
Peraplah beberapa jam. Semalaman pun boleh.
Lepas dah perap, ambil isi ayam, dan ratakan ke atas kertas minyak. Jangan tebal sangat, jangan nipis sangat.
Lepas tu masukkan dalam oven yang dah dipanaskan. Masak dengam suhu 170-200°C untuk 10-15 minit. Suhu dan masa masak ni sebenarnya ikut saiz dan ketebalan chi-kwa kalian.
Ni dah masak separuh. Keluarkan dan asingkan air dan minyak yang terhasil.
Ini minyak dan air yang terhasil.
Letak sikit sos merah dalam minyak tu. Gaul sebati.
Sapu rata campuran minyak dan sos merah pada chi-kwa. Kemudian masukkan semula dalam oven.
Masak lagi 10 minit. Keluarkan, terbalikkan chi-kwa, sapu lagi minyak sos merah. Masak lagi 10 minit. Ulang masak sampai chick-kwa jadi kering dan berkilat. Renyah sikit prosesnya. Secara tradisi, mereka salai atas bara api.
Chi-kwa ni rasanya kenyal, masin, dan manis, serta sedikit berempah. Boleh makan begitu sahaja sebagai snek, atau dipotong kecil dan tabur atas bubur atau nasi goreng.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official