Resipi Soft Chocolate Chip Cookies Macam Kat Kedai Sandwich Tu, Memang Menjimatkan!
Mei 4, 2018
Share
Sesiapa yang menggemari biskut lembut yang terjual di kedai sandwich popular tu boleh la mencuba resipi yang dikongsikan oleh Faizani. Bukan setakan ibu bapa, anak-anak paling suka bila dapat makan biskut ini. Rasanya sedap, lembut dan kenyal membuatkan biskut ini sering sold out walaupun harga agak mahal. Nak jimat bolehlah buat sendiri!
Secubit garam (tinggalkan jika guna salted butter)
CARA MEMASAK:
Panaskan oven ke 165C atau bergantung kepasa oven masing2.
Alas tray dgn parchment paper.
Ayak tepung & soda dlm mangkuk. Ketepikan.
Dlm mixer, putar butter yg dicairkan, gula perang & putih hingga sebati.
Perlahankan mixer ke kelajuan sederhana. Masukkan telur penuh dan pukul lagi sehingga sebati baru dimasukkan kuning telur dan terus pukul sebati dlm 1 minit shj.
Turunkan mixer ke kelajuan yg paling rendah. Masukkan bahan diayak sikit2 sehingga habis. Matikan mixer sebaik saja semua tepung dah sebati.
Masukkan choc chips (boleh tambah kekacang spt almond atau hazelnut cincang yg dibakar)dan kacau dgn spatula. Lemah lembut saja…jgn kuat2, kerana gluten akan terbentuk. Nanti biskut tidak rapuh dan teksturnya akan jadi mcm brownie.
Scoop ke dlm tray pembakar yg dialas kertas parchment. Pastikan ada ruang yg besar antara kedudukan biskut2. Sbb biskut akan mengembang.
Bakar api atas bawah selama 8-10 minit bergantung oven masing2. Pindahkan ke atas redai dan biar sejuk sebelum simpan dlm bekas kedap udara.
TIP PENTING:
Saiz biskut bergantung anda. Saya gunakan scoop aiskrim yg agak besar sbb anak request nak biskut besar sama mcm kt Subway!
Kalau nak buat double chocolate choc chip cookies, tambah 2/3 cawan serbuk koko.
Bila dikeluarkan dr oven, biskut ini masih lembut. Jgn usik – biar di tray pembakar dlm 5-10 minit. Lepas tu, angkat guna sudip & letak atas redai. Biar benar2 sejuk sebelum simpan.
Adunan ini dpt 16 keping biskut sebesar tapak tangan. Hari ini mama jimat rm31.20 .
**tak la jimat mana pun, tapi puas hati sbb guna pure butter & choc chip Hershey. Kalau yg jual pun guna bahan2 gini, mau rm5 1 pcs gamaknya.
Kalau nak buat double choc chip cookie, tambah 2/3 cawan serbuk koko.