
Solok lada kelihatan renyah untuk dibuat namun ia tidak sesukar yang disangka. Malah ada pelbagai versi solok lada yang boleh dicuba. Salah satunya resipi perkongsian saudari PuAn AIn ni. Memang mudah. Jom cuba!
BAHAN-BAHAN:
- 13-14 biji cili solok | dibelah dan dibuang biji
- 4 ekor ikan sardin saiz sederhana | dikukus @ direbus
- 3-4 ulas bawang merah
- 1 inci halia
- 6-7 biji lada hitam
- 2 biji telur
- 1 genggam kelapa parut
- 2 sudu makan santan pekat
- Garam, gula & perasa secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan isi ikan, bawang merah, halia, lada hitam dan kelapa parut. Tumbuk hingga lumat.
2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas diikuti telur. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam, gula serta perasa dengan secukupnya. Gaul rata.
4. Sumbat adunan tadi ke dalam cili yang telah dibelah dan dibuang biji.
5. Kukus solok lada sehingga masak @ lembut.
6. Sedia untuk dinikmati.
Nota: Pastikan adunan inti tidak terlalu lembik. Jika lembik, tambah kelapa parut dengan secukupnya.
Kredit resipi & gambar: PuAn AIn
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Cara Goreng Tempura Rangup Kriuk-Keriukkk, Tak Menyesal Punya.

Anda pencinta tempura? Menu popular Jepun ini memang nampak senang disediakan tetapi kalau tidak kena gaya masak,usahkan ranggup, malah memerangkap minyak dan tidak rangup seperti diharapkan.
Tapi kalau anda tahu cara menggorengnya gerenti tidak ada masalah dan akan selalu menyediakannya. Berikut RASA kongsikan enam cara menggoreng tempuran agar garing, rangup dan tidak berminyak.
- Anda boleh gunakankan pelbagai jenis sayur, ikut cita rasa. Bagaimanapun pastikan cuci bersih sayur, kemudian tos dan pastikan ia kering sebelum dicelup dalam bancuhan adunan tepung.
- Gunakan kuali tembaga atau keluli, kerana ia boleh mengekalkan kepanasan yang sekata bagi membantu tempura garing sekata dan kekal rangup.
- Pastikan anda menggunakan sudik stainless steel semasa menggorang, tujuannya bagi mengelakkan aroma dan rasa tempura tidak melekat pada sudik. Masa yang sama, sudik stainless steel juga boleh digunakan untuk memeriksa kepanasan minyak.
- Untuk memastikan minyak betul-betul panas, masukkan satu adunan ke dalam minyak. Jika segera timbul, bermakna minyak cukup panas. Maka teruslah menggoreng tempura hingga selesai.
- Bagi memastikan tempura cukup masak, anda boleh kenal pastu melalui bunyi percikkan minyak semasa menggoreng. Jika bunyi percikan perlahan dan tepung yang meliputi sayuran berubah kepada warna kuning keemasan, angkat tempura dari kuali.
- Pastikan anda menggunakan penapis semasa mengangkat bahan tempura. Kemudian toskan minyak sebelum sedia dihidangkan. Masa yang sama, penapis ini akan memastikan sisa tepung rempura berjaya dikeluarkan dari kuali dan tidak menganggu gorengan seterusnya.
Senang je kan, diharapkan dengan tip ini anda boleh menghasilkan sayur goreng tempura yang rangup berkeriuk setanding menikmati tempura di restoran-restoran mewah.
Tempura Sayur
Bahan Sayuran:
- 60gm bunga kubis | potong dadu
- 60gm lobak merah | potong panjang
- 60 gm kacang buncis | potong jadi dua
- 3 batang daun bawang | hiris memanjang
- 60gm kubis segar hiris memanjang
Bahan Adunan:
- 2 ulas bawang putih | kisar
- 100gm tepung gandum
- 3 sudu makan tepung beras
- 1/4 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
Cara Memasak:
- Campurkan semua bahan dalam mangkuk.
- Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga mendapat bancuhan yang diperlukan
- Masukkan sayuran, seafood, isi ayam atau daging ke dalam adunan. Goreng hingga kekuningan.
- Tutup api, toskan minyak, kemudian hidang panas-panas.
Resipi Balado Itik & Pucuk Ubi Sedap Yang Harus Dicuba

Ada tak di sini yang menganggap masakan balado susah untuk dibuat? Sebenarnya, masakan baladolah yang paling senang untuk dibuat.
Balado merupakan teknik memasak yang kerap kita jumpai di Indonesia. Balado sendiri awalnya berasal dari Minangkabau.
Menerusi perkongsian resipi Balado Itik bersama dengan pucuk ubi daripada Cooking with MJ ini, nampak sedap dan harus dicuba.
RESIPI CARA MASAK BALADO ITIK SAMA PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
½ ekor itik
1 ikat pucuk ubi
2 biji tomato – beli online DI SINI
1 genggam cili padi – beli online DI SINI
Sedikit ikan bilis (pengganti belacan) – beli online DI SINI
1 inci halia – beli online DI SINI
1-2 biji bawang besar – beli online DI SINI
6 ulas bawang putih – beli online DI SINI
Sedikit garam/gula/aji
1 kiub knorr
Sedikit minyak – beli online DI SINI
Sedikit dry thyme
Sedikit mild curry powder
1-2 keping asam keping – beli online DI SINI
TONTON Minit Ekspress: Bendi Tumis Telur
TONTON Minit Ekspress: Ayam Masak Merah
CARA-CARA:
1. Mula-mula, sediakan pucuk ubi dulu. Ambil bahagian pucuk sahaja ye. Saya tak potong-potong, jadi ambil daun yang pendek-pendek saja. Daun yang dah tua panjang semua reject ye, kang tercekik pula.
2. Rebus pucuk ubi. Saya rebus dalam setengah jam hingga sejam. Rebus lama sampai lembut. Dah rebus tu, angkat dan toskan.
3. Kemudian, sediakan itik. Potong itik jangan besar sangat dan jangan kecil sangat. Sedang-sedang saja.
4. Rebus itik dengan kiub knorr,thyme dan mild curry powder. Ini supaya nak bagi hilang bau dan sedap dimakan.
5. Rebus sampai boleh cucuk dengan garpu. Apabila daging sudah lembut, angkat dan toskan.
6. Kemudian, panaskan minyak. Goreng itik tadi sampai agak garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
7. Kemudian siapkan bahan-bahan balado. Saya guna ikan bilis sebagai pengganti belacan sebab ahli keluarga tak makan belacan. Bawang kalau nak lebihkan pun boleh.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
8. Goreng semua bahan balado dalam minyak goreng itik tadi sampai layu. Hati-hati sebab cili boleh jadi ‘peluru berpandu’ bila panas. Dah layu tu, toskan dan kisar tanpa air.
9. Kemudian, tumis bahan kisar tadi sampai garing dan naik bau.
10. Masukkan perasa semua dan asam keping. Kacau rata. Bila sambal dah cukup rasa semua, masukkan itik.
11. Masukkan sekali pucuk ubi tadi. Kacau rata dan biar pucuk agak kering sedikit. Siap untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Cooking with MJ
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Penggemar Sambal Masin Daun Kunyit, Serai & Petai, Rugi Tak Cuba
Mudahnya Buat Daging Masak Taucu. Campak-Campak Je Cukup Rasa Masam,Manis, Pedas
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Cara Buat Kerepek Peria Homemade Yang Rangup & Sedap.

Peria memang punya rasa agak pahit namun tinggi nilai khasiatnya. Selain dimasak, sayur ini juga boleh dijadikan ulam atau jus. Namun rasanya agak kurang sedap. Oleh itu, bagi menikmati sayur ini dalam versi yang lebih enak, anda boleh hasilkan Kerepek Peria. Menerusi resipi perkongsian saudari Hasnita Namat, beliau menunjukkan cara mudah untuk menghasilkan Kerepek Peria yang sedap, rangup serta tahan lama. Jom cuba.
RESIPI KEREPEK PERIA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Peria katak secukupnya – ikut sebanyak mana nak buat
- Minyak masak secukupnya
BAHAN SALUT:
- Tepung gorengan serbaguna perisa pedas
- Tepung Gorengan serbaguna perisa original
- Tepung beras
( Jumlah ketiga-tiga tepung ni agak-agak sahaja. Campur supaya hasil kerepek nanti tidak terlalu masin dan tidak terlalu pedas)
CARA MEMASAK:
1. Basuh bersih peria dan toskan airnya. Biar kering.
2. Ambil penyagat ( sebaiknya penyagat untuk kerepek pisang) dan sagat sedikit buah peria tadi sehingga nampak rongga dalamnya.
3. Dengan menggunakan belakang sudu, korek untuk membuang bijinya.
4. Teruskan sagat peria nipis-nipis hingga habis.
5. Masukkan peria ke dalam bekas ( kuantiti untuk sekali goreng), isi tepung dan tutup bekas tadi. Goncang hingga tepung bersalut rata pada peria.
6. Panaskan minyak dengan banyak ( seperti nak goreng pisang), dan goreng hingga garing.
7. Angkat, toskan minyak dan biarkan sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup dan tahan lama. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Hasnita Namat