Resipi Solok Lada Paling Mudah. Makan Dengan Nasi Kerabu Memang Layan Sungguh!

Share

Solok lada kelihatan renyah untuk dibuat namun ia tidak sesukar yang disangka. Malah ada pelbagai versi solok lada yang boleh dicuba. Salah satunya resipi perkongsian saudari PuAn AIn ni. Memang mudah. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 13-14 biji cili solok | dibelah dan dibuang biji
  • 4 ekor ikan sardin saiz sederhana | dikukus @ direbus
  • 3-4 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 6-7 biji lada hitam
  • 2 biji telur
  • 1 genggam kelapa parut
  • 2 sudu makan santan pekat
  • Garam, gula & perasa secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Satukan isi ikan, bawang merah, halia, lada hitam dan kelapa parut. Tumbuk hingga lumat.
2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas diikuti telur. Gaul hingga sebati.


3. Masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam, gula serta perasa dengan secukupnya. Gaul rata.


4. Sumbat adunan tadi ke dalam cili yang telah dibelah dan dibuang biji.


5. Kukus solok lada sehingga masak @ lembut.


6. Sedia untuk dinikmati.

Nota: Pastikan adunan inti tidak terlalu lembik. Jika lembik, tambah kelapa parut dengan secukupnya.

 

Kredit resipi & gambar: PuAn AIn

Published by
Nur