Somtam Mangga boleh jadi menu pelengkap dengan lauk pauk yang lain. Jika anda ada banyak stok mangga dan tidak tahu hendak buat apa dengan mangga-mangga tersebut, bolehlah cuba buat Somtam Mangga. Mudah sangat nak buatnya dan bahan yang diperlukan hanya lima sahaja. Jom kita cuba resipi Somtam Mangga Style IbuAmeera hasil perkongsian
RESIPI SOMTAM MANGGA STYLE IBU
BAHAN-BAHAN:
4 biji mangga
Sedikit udang kering (saiz kecil) – beli online
1 biji bawang merah – beli online
5 biji cili padi – beli online
Sos Thail (secukupnya) – beli online
CARA MEMBUAT:
1. Sagat begini, nampaklah cantikkan. Selera pun bertambah-tambah.
2. Masukkan udang kecil.
3. Satu biji bawang merah dipotong nipis-nipis.
4. Lima biji cili padi dihiris nipis-nipis. Jika hendak pedas boleh letak lebih. Ikut cita rasa masing-masing.
5. Masukkan sos Thail. Gaul rata biar semua bahan sebati. Jangan letak gula dan garam. Sos ini semua cukup rasa.
6. Selepas siap digaul bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.
Sumber kredit: Ameera
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official