Jika anda penggemar makanan Arab, mesti anda sukakan Sos Bawang Putih atau Garlic Sauce. Ia merupakan bahan pelengkap untuk menaikkan lagi rasa dalam hidangan. Kebiasaannya, Sos Bawang Putih dimakan bersama Shawarma. Memang sedap. Kalau anda nak resipi sama macam makan di kedai Arab, jom cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Afiqah Hairi ini. Mudah dan gerenti menjadi! Jom kita lihat cara-caranya.
SOS BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
4 ulas bawang putih
1 biji telur
2 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 cawan minyak jagung | masukkan sedikit demi sedikit
CARA MEMASAK:
Masukkan telur, bawang putih, cuka, gula dan garam ke dalam pengisar.
Kisar bahan-bahan tersebut dan masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit.
Rasa masam manis acar buah memang memantapkan juadah yang dihidang. Campuran buah-buanhan jeruk dengan bawang, sos cili dan rempah kari padulah rasanya. Yang bestnya acar ni menjadi makin sedap bila dah dua tiga hari. Barulah mesra buah dengan ramuan.
Acar ni memang cukup sesuai dengan jamuan kenduri kendara atau untuk meraikan tetamu yang datang ke rumah. Kalau min, suka sangat makan dengan Nasi Minyak atau Beriani. Jom cuba resipi yang dikongsikan dalam FB Resepi Masakan ini.
RESEPI ACAR BUAH (5KG)*
BAHAN- BAHAN :
3 kg buah-buahan jeruk kering berlainan jenis
7 biji jeruk limau
200gm jeruk mangga
1 cawan cili kisar
1 cawan rempah kari ikan
17 ulas bawang putih( sebiji2)
17 ulas bawang kecil( sebiji2)
30 biji cili api
2 inci halia- mayang nipis panjang2
1/2 botol sos cili
1 cawan cuka makan
Gula (ikut rasa masing2)
Garam secukup rasa
3 cawan minyak masak
BAHAN TUMIS
1 sudu besar biji sawi
1/2 sudu besar jintan manis
5 tangkai daun kari – optional
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan-bahan hingga naik bau, masukkan cili kisar tadi dan kacau hingga sehingga pecah minyak
2. Kemudian masukan rempah kari ikan yg dibasahkan dgn sedikit air terlebih dahulu ye dan masak lagi selama lebih kurang 30 minit. Api jgn kuat.. Jgn masuk gula dulu ye.. Masukkan sedikit garam, cuka & sos cili..kacau lagi,lama2 sikit ye.
3. Masukkan gula, kacau seketika lagi.
4. Masukkan halia kemudian kacau sehingga sebati.
5. Masukkan buah2 jeruk yang keras terlebih dahulu dan kacau sehingga empuk.
6. Akhir sekali masukan buah2 yang lembut bersama bawang putih, bawang merah & cili api,kacau sehingga sebati.. Perasakan.. Kalau tak cukup manis boleh tambah gula..Tutup api, kalau rasa minyak banyak bertakung, boleh diasingkan minyaknya.
7. Simpan 2-3 malam dulu sehingga mesra kesemua buah dan barulah lebih sedap kalau di makan.
8. Bolehlah di hidang.
Minyak Bijan memang sedap dan boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Letak dalam masakan berkuah, bergoreng dan macam-macam lgi. Aromanya yang wangi, menaikkan lagi keenakan masakan dan membuka selera. Biasanya kita beli minyak bijan n ikan? Apa kata lepas ni buat sendiri guna bahan yang sangat mudah. Saudari UmiSarah AbdulRashid ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba!
RESIPI MINYAK BIJAN HOMEMADE HANYA GUNA 2 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan bijan
2 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
1.Ambil bijan, cuci dan toskan.
2. Sangai sekejap bijan untuk keringkan air. Kemudian kiar guna blender kering.
3. Bila bijan dah halus. Tuang dalam periuk dan masukkan minyak masak.
4. Kacau hingga serbuk bijan ebati dalam minyak. Bila dah betul-betul sebati, baru buka api sederhana.
5. Sentiasa kacau bijan dalam minyak untuk elak ia hangit di bahagian bawah. Bila bijan bertukar keperangan, boleh tutup api. Tapi teruskan mengacau sebab minyak masih panas.
6. Tutup periuk dan biar minyak sejuk. Kemudian boleh tapis. Tekan dan kacau tapisan supaya semua minyak terkumpul dan hanya tinggal hampas sahaja.
7. Hampas jangan dibuang. Boleh guna untuk letak dalam masakan.
8. Minyak siap disediakan. Dapat sebotol besar dan boleh guna 2-3 bulan.
Hidangan pencicah air asam ni memang sedap. Hanya menggunakan bahan yang ‘basic’, tapi hasilnya memang membuka selera. Pedas dan masam. Fuhhh… Kalau makan dengan ikan, daging bakaratau terung bakar memang sedap. Malah kalau cicah dengan aneka lauk pauk rebus pun sesuai. Terasa nak makan air asam? Ha… Jom kita tengok resipi-resipi yang mudah ni. Memang sedap.
1. AIR ASAM PUSAKA
BAHAN-BAHAN:
4 ulas bawang putih – dibakar
6 biji bawang merah saiz bola pingpong – dibakar
1 1/2 inci belacan – dibakar
Beberapa biji cili padi
2 biji limau nipis saiz besar
3/4 sudu makan gula
3/4 sudu teh garam
3/4 sudu makan perencah Hilal – abaikan jika tiada
1/2 cawan air
CARA MEMBUAT:
1. Untuk menyediakan air asam, kupas bahan-bahan bakar dan tumbuk bersama cili padi hingga lumat.
2. Kemudian perasakan dengan garam, gula serta perencah. Gaul rata. Kuantiti bergantung pada citarasa. Kurangkan jika terlalu berperisa.
3. Perah jus limau nipis dan gaul sekali lagi hingga sebati. Guna tapis bagi mengelakkan biji masuk ke dalam air asam.
4. Tambahkan air masak. Gaul sekali lagi.
5. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar.