Biasanya kalau nak masak Fetuccine atau Spageti Carbonara, kita beli sos carbonara segera di pasar raya. Kadang kala tak berapa nak kena dengan selera. Sos carbonara ni sebenarnya mudah je kalau nak buat secara homemade. Jom lihat resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni. Boleh cuba nanti.
1. Satukan isi ayam, bawang putih cincang dan serbuk lada hitam. Gaul sebati dan perap selama 5 minit.
2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan ayam yang diperap tadi. Kacau hingga masak.
3. Kecilkan api dan masukkan marjerin @ mentega. Biarkan cair.
4. Kemudian masukkan tepung gandum. Gaul sebati bersama ayam dan marjerin @ mentega.
5. Tambahkan air dan sebatikan sehingga tiada ketulan tepung dan kuah menjadi likat. Masak guna api sederhana.
6. Seterusnya masukkan kepingan keju, serbuk pati ayam dan sedikit garam.
7. Akhir sekali, masukkan oregano dan sebatikan. Padamkan api.
8. Sedia dihidangkan bersama pasta.
Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/sangat-sedap-30-menu-harian-masakan-kampung-kena-cuba/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official