Resipi Sos Cili Thai Homemade Paling Mudah & Tak Banyak Bahan

Share

Nak belajar cara-cara membuat Sos Cili Thai homemade yang enak dan versi jimat? Boleh cuba yang ni. Memang sangat sedap dan boleh jimat banyak. Ada rasa pedas, masam dan manis. Sesuai sangat kalau guna untuk cicah keropok, ayam bakar, udang, sotong celup tepung, kerang rebus dan macam-macam lagi.Saudari Sumaiyah Abdullah ada kongsikan bahan-bahan serta cara membuatnya. Selamat mencuba!

RESIPI SOS CILI THAI HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

10 biji cili merah
5 biji cili padi
13 ulas bawang putih
1 cawan gula organik – boleh guna gula biasa – beli online disini
1 sudu makan garam pink – beli online disini
1 sudu makan cuka – beli online disini
Sos ikan secukupnya – boleh abaikan – beli online disini
1 sudu tepung jagung untuk memekatkan sos – beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Masukkan cili merah, cili padi dan bawang putih yang dipotong kasar ke dalam pengisar.

2. Kisar tanpa air. Pastikan tidak kisar terlampau halus kerana kita mahukan kepingan cili yang sedikit kasar.


3. Dalam periuk bersesuaian, masukkan air, gula, garam, cuka dan sos ikan.


4. Kemudian masukkan cili kisar tadi.


5. Masakkan atas api sederhana besar hingga menggelegak. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air.


6. Tunggu sos sehingga sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam botol.


7. Sedia untuk dinikmati. Mudah buat, sedap dan lebih jimat.

Kredit resipi & foto: Sumaiyah Abdullah

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN