Bagi menghasilkan hidangan stik dan Chicken Chop yang sedap, sos memang memainkan peranan yang penting. Nak cuba buat sos yang sedap? Resipi perkongsian saudari Fyda Nz ni harus anda cuba. Hanya guna empat bahan mudah tapi rasanya sangat sedap.  Cara nak masak pun mudah. Sangat berbaloi untuk dicuba.

 

SOS LADA HITAM HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • Sos lada hitam secukupnya ( ikut citarasa atau letak sehingga sos berwarna hitam.)
  • 2 cream of mushroom soup
  • 2 sudu makan cream of chicken soup mix ( kiub ayam )
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • Air secukupnya ( anggaran 1/2 periuk)

Cara-Cara Hasilkan Sos Lada Hitam Yang Sedap Untuk Sajian Chicken Chop & Stik.

CARA MEMASAK:
1. Campur kiub ayam, cream of mushroom dan tepung gandum tadi . Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berketul.

IKLAN

Cara-Cara Hasilkan Sos Lada Hitam Yang Sedap Untuk Sajian Chicken Chop & Stik.
2. Bila dah tak berketul, masukkan lebihan air dalam anggaran setengah periuk macam dalam gambar. Bila dah masukkan air setengah periuk, baru hidupkan api dan masak atas dapur sambil dikacau hingga mendidih. Jika tidak dikacau, bancuhan akan berketul dan kuah menjadi tidak cantik.

Cara-Cara Hasilkan Sos Lada Hitam Yang Sedap Untuk Sajian Chicken Chop & Stik.
3. Bila dah mendidih, baru masukkan sos lada hitam dan kacau sebati.

IKLAN

Cara-Cara Hasilkan Sos Lada Hitam Yang Sedap Untuk Sajian Chicken Chop & Stik.
4. Siap! Padamkan api. Sos lada hitam ini sedia untuk dinikmati mengikut citarasa anda.

Cara-Cara Hasilkan Sos Lada Hitam Yang Sedap Untuk Sajian Chicken Chop & Stik.

Kredit gambar & resipi: Fyda Nz

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI