Resipi Sos Lada Hitam Sedap Pencicah Serbaguna

Share

Buat sendiri sos lada hitam homemade untuk dijadikan sebagai pencicah hidangan anda. Sos lada hitam selalunya enak di makan bersama daging kambing kambar, chicken chop atau kentang lenyek.

 

SOS LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu majerin
  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 sudu serbuk lada hitam
  • 2 cawan air
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 sudu gula (pilihan jangan letak kalau tidak suka)
  • 1 sudu kicap pekat
  • 1 tin mashroom hancur (pilihan)

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali dan cairkn majerin.
  2. Masukkan tepung gandum, kacau dengan cepat supaya tepung tidak berketul-ketul. Gunakan api sederhana supaya tidak hangus.
  3. Bila majerin dan tepung gandum sudah sebati boleh masukkan air  dan selepas itu masukkan kicap. Kicap ni untuk warna sahaja dan kalau suka hitam boleh tambahkan lagi .
  4. Selepas itu masukkan lada hitam dan cendawan. Kacau sehingga sebati dan masukkan kiub ayam. Pastikn hancurkan dulu kiub sebelum masukkan ke dalam.
  5. Perasakan garam, gula dan serbuk perasa. Rasa mengikut selera anda.
  6. Biarkan masak sampai pekat dan baru matikan api.

 

Kredit: noora shikin

Published by
Zera Naim